website down dan puncanya

Website Down ? Kenali sebab dan kenapa ia berlaku

Table of Content

3 Punca Utama Yang Menyebabkan Website Down :

Baru baru ini, kecoh di sosial media apabila laman sesawang untuk rakyat malaysia mendaftar vaksin mengalami masalah laman web berat ataupun error . Sehingga ia menyebabkan ramai rakyat malaysia memberi tanggapan negatif terhadap kerajaan. Kenapa boleh berlaku situasi tersebut ? , dikatakan lebih dari 1 juta users berperang untuk masuk pada waktu sama yang ditetapkan dan akhirnya.. Error 404! Aik, apa yang terjadi sebenarnya sehingga server website down? Jadi jom kita fahamkan 3 faktor yang boleh menyebabkan website tidak boleh berfungsi dengan baik.

1. Traffic Website

Pengguna ataupun traffic yang terlampau ramai pada sesuatu masa sehingga menyebabkan laman web down. Hal Ini kerana tidak dapat menampung jumlah tersebut membuatkan ia gagal untuk beroperasi. Seperti contoh, kita berada di dalam sebuah lif elevator yang hanya boleh menampung 10 orang tapi di dalam lif tersebut terdapat seramai 15 orang, sudah pasti lif tersebut akan membunyikan siren amaran dan tidak boleh bergerak, kan? Overload! Haa sama lah jugak seperti sistem dalam website ni.

Jadi solusi nya ? macam mana nak pastikan ia dapat menampung jumlah yang banyak pada sesuatu masa? Kita kena besarkan “lif” tersebut, yang memberi maksud kita perlu besarkan storage yang sesuai bagi memastikan website kita boleh menampung jumlah users yang ramai pada sesuatu masa.

2. Hosting

Pemilihan hosting yang sesuai dan tepat juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kelancaran sesebuah laman web untuk beroperasi serta mengelakkan berlakunya website down. Seperti anda membeli laptop atau smartphone, sudah semestinya anda mempunyai sebab – sebab tertentu kenapa anda memilih phone tersebut, boleh jadi kerana RAM atau storage nya dan beberapa jenis spesifikasi yang mengikuti citarasa dan tujuan pengunaan anda sendiri.

Begitu juga dengan laman web, anda hendaklah memilih hosting yang sesuai mengikut spesifikasi “goal” anda dan jangkaan jumlah traffic yang akan mengunakan website tersebut.

Anda mungkin berminat dengan untuk memilih hosting yang bersesuain untuk website anda bagi mengelakkan berlakunya website down, Anda Boleh dapatkan khidmat nasihat dan cadangan daripada kami yang kebanyakkan menggunakan hosting yang terbaik.

3. Hacker

Masih ingatkah kejadian Israel diserang oleh penggodam dari Malaysia, sampai boleh akses CCTV kat sana. Power kan! Begitu jugak dengan website, ia boleh digodam oleh hacker tau. Terdapat data yang penting dan sangat berpotensi untuk diserang oleh hacker.  hacker ini dapat mencuri data dan maklumat di dalam laman sesawang , seperti contoh nombor kad pengenalan, alamat dan nombor akaun bank anda. Bahaya nya jika sampai tahap dah boleh akses nombor bank kita, kan! Jadi, anda sebagai pemilik website hendaklah sentiasa update plugins atau pun menggunakan khidmat third part contohnya cloudflare untuk membuat simpanan data ataupun Backup.

“Mencegah lebih baik dari merawat” Sekarang anda sudah tahu faktor kenapa boleh down atupun error kan? Ingat, laman web yang lancar dan berfungsi dengan baik mampu memberi impresi yang baik terhadap sesiapa yang mengunjung dan menggunakannya. Haa, macam mana nak lajukan website anda? klik disini untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Share This Post