Sekiranya anda sedang mencari peluang untuk tingkatkan jualan Web E-Commerce anda, ini adalah panduan ringkas untuk laman web e-commerce yang anda akan perlukan!
1. Adakah Anda Mempunyai Banner Image Beresolusi Tinggi Dengan Mesej Dan Call To Action Yang Jelas?
Berikan first impression yang ‘WOW’ pada laman web anda. Pastikan semua gambar dan maklumat di bahagian pertama laman web anda dapat membantu membentuk first impression yang baik.
Perhatikan bagaimana banner image ASOS di bawah memberitahu pengunjung bahawa itu adalah laman web menjual pakaian. Gambar yang digunakan juga penuh dengan personaliti, dan anda dapat melihat beberapa jenis pakaian barat moden yang mereka tawarkan di laman tersebut.
Elakkan menggunakan carousels yang terlalu mengganggu, atur tona warna dengan betul:
Sumber: xlplugins.com
Mesejnya jelas dan ringkas: “Your Fashion and Style Destination”. Hal ini mendorong pengunjung untuk klik pada salah satu daripada dua button yang disediakan bagi memulakan pembelian.
Pengkategorian 2 button yang berbeza pada banner image di laman utama juga antara faktor yang dapat membantu untuk tingkatkan jualan web anda.
2. Adakah Anda Menawarkan Pilihan Pada Menu Navigasi Anda Untuk Membantu Pengunjung Membeli?
Anda mesti memberikan pautan-pautan yang relevan dalam menu navigasi anda seperti ‘Best Sellers’, ‘New Arrivals’, ‘On Sale Item’ dan sebagainya. Ini membantu pengunjung mencari jalan untuk membeli dengan mudah di laman web anda dan memudahkan pemilihan produk. Dengan memudahkan proses pembelian untuk pengunjung, anda dapat memastikan mereka mempunyai pengalaman yang baik semasa membeli. Hal ini akan mengakibatkan mereka cenderung untuk terus membeli melalui laman web anda sekaligus dapat membantu untuk tingkatkan jualan web anda.
Perhatikan bagaimana ThinkGeek.com mempunyai pautan pada menu navigasi untuk ke ‘What’s New’ bagi menunjukkan produk keluaran terbaru dan ‘ On Sale’ bagi produk yang sedang mempunyai promosi :
Sumber: xlplugins.com
3. Adakah Unique Selling Proposition (USP) Anda Diterangkan Jelas Dan Baik?
Unique Selling Proposition (USP) adalah kedudukan pernyataan yang menjelaskan produk apa yang terjual di laman web anda. USP yang jelas akan membantu untuk tingkatkan jualan web anda dengan lebih efisen.
Ini contoh USP bagi laman web yang menjual produk kecantikan atas talian, ‘Boom by Cindy Joseph’ :
Sumber: xlplugins.com
‘…The pro-age cosmetic line for women of every generation’ adalah contoh USP yang sangat baik. Hal ini adalah kerana ia memberitahu pengunjung sama ada produk tersebut sesuai untuk mereka atau tidak.
Ini membantu memulakan proses pembelian di laman web anda dan bertindak sebagai penyataan yang memenuhi kriteria carian pengguna.
Perlukan lebih banyak tips panduan untuk website e-commerce anda? Hubungi kami untuk dapatkan Consultation berkenaan laman web e-commerce anda sekarang. Eskay Web Agency sedia membantu dan guide bagaimana cara untuk tingkatkan jualan web anda!