Pembangunan teknologi baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ia adalah penting untuk pemilik bisnes dan web developer untuk sama-sama mengikuti perkembangan ini demi memenuhi kehendak pelanggan.
Salah satu perkembangan yang besar adalah dengan munculnya tablet dan smartphone. Kita boleh mencari dan melakukan aktiviti di dalam internet pada bila-bila masa tanpa halangan yang mempengaruhi perkembangan di dalamnya. Salah satu hasil daripada perkembangan ini adalah pemilik website perlu menyesuaikan laman mereka untuk memastikan dapat mengikut trend pada masa kini.
Ini adalah kenapa responsive web design menjadi popular kebelakangan ini. Pengguna Internet sekarang menjangkakan supaya boleh menggunakan sesuatu tanpa mengira laptop/PC, tablet mahupun smartphone. Website yang responsive menawarkan konsistensi dan adaptasi kepada pengguna menjadikan proses SEO lebih senang. Pada kali ini kami akan senaraikan beberapa perbezaan di antara website responsive dan non-responsive.
Imej dan Masa Loading
Imej adalah salah satu medium penting untuk menarik perhatian pengguna, yang mana juga adalah sebab betapa pentingnya visual untuk sesuatu website. Website yang non-responsive boleh menyebabkan banyak masalah apabila kita melihat imej pada peranti mudah alih termasuklah masa untuk loading. Website yang responsive pula menggunakan grid yang fleksibel, susun atur dan kombinasi imej dengan penggunaan CSS queries membenarkan visual yang penuh kepada semua jenis peranti mudah alih dengan saiz skrin yang berbeza.
Menjadi Lebih Mesra Pengguna
Seperti yang diterangkan di atas, website yang responsive dapat mengelakkan imej daripada daripada hilang impak semasa dilihat menggunakan skrin yang lebih kecil. Ia juga sama untuk teks dan navigasi website juga, dengan mengoptimumkan website untuk peranti mudah alih, web developer boleh menyelaraskan isi kandungan sementara membuatkannya lebih senang untuk pengguna akses dan melihat website tersebut.
Ada yang berpendapat bahawa laman web mudah alih yang berdedikasi lebih baik dalam hal ini, khususnya dalam kes website untuk berita yang mengandungi banyak kandungan bertulis atau laman e-dagang dengan pelbagai fungsi yang sukar diterjemahkan. Tetapi inilah masalahnya: kerana hakikatnya bahawa setiap website mesti dibuat daripada kosong, tanpa mengira bahawa website yang berasingan adalah sebahagian daripada jenama atau bisnes, website yang responsive yang berasingan akan menjadi masalah untuk berfungsi dengan lebih baik di dalam search engines.
Sebaliknya, sebuah website yang responsive dapat menawarkan user experience yang lebih bagus kepada semua peranti mudah alih dan juga memelihara reputasi website dengan menyimpan semuanya di bawah satu URL.
Dapat Memuaskan Syarat Google dan Menarik Perhatian Mereka
Pengiktirafan daripada Google merupakan satu faktor penting kepada setiap pemilik website kerana mengikut fakta ringkas, semakin tinggi ranking Google semakin tinggi trafik website anda. Jika anda mencari cara untuk meningkatkan ranking Google anda, adalah penting untuk anda melihat bounce rate pada setiap muka surat pada website anda; bounce rate yang tinggi bermaksud pengguna hanya melihat sekejap sahaja website anda, mungkin kerana mereka tidak menjumpai apa yang mereka cari.
Website yang non-responsive pula selalunya gagal untuk menukarkan isi kandungan secara effisen daripada satu peranti ke peranti mudah alih yang lain, dan akan memaksa pengguna yang menggunakan peranti telefon untuk meninggalkan website anda dengan cepat. Inilah sebabnya mengapa website yang responsive dapat memenuhi kehendak pengguna berdasarkan rekabentuk yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak sama ada dari segi search and share.
Masalah konsistensi di atas juga mempengaruhi ranking Google anda. Website yang menggunakan satu URL untuk satu website membuatkan Googlebot lebih mudah untuk crawl dan index kandungan sementara dapat mengelakkan penggunaan kandungan yang berulang.
Jika anda merupakan pemilik bisnes yang mempunyai website yang non-responsive dan berhajat untuk menukar website anda kepada responsive bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan website anda sekarang!