Saya seorang yang berpegang bahawa penyediaan kandungan website amat penting sebelum memulakan reka bentuk grafik dan ini adalah terpakai untuk website dan blog. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya tetapi saya akan membuktikan bahawa pendapat saya betul dari segi logiknya.
Saya percaya:
Reka bentuk yang bagus fokus kepada pengguna.
Reka bentuk website harus dibuat berpandukan pengguna, keperluan mereka, dan hasil lawatan website yang diinginkan. Ia harus memfokuskan kepada cabaran pengguna dan kemampuan website untuk menyelesaikan masalah ini.
Ia seharusnya tidak hanya fokus kepada trend koding dan template website tersebut.
Trend Reka Bentuk Datang dan Pergi, Tetapi Tidak Kepada Pengguna
Jarang sekali orang menhubungi agensi design dan mempersembahkan data berdasarkan pelawat mereka, keperluan pengguna, dan matlamat utama penggunaan website.
Pemilik website terperangkap dalam trend reka bentuk, website pesaing mereka, dan apa yang mereka percaya adalah elemen reka bentuk moden dan terkini. Dengan berbuat demikian, mereka kehilangan pelawat website yang sebenar.
Sering kali orang memilih template website atau tema blog dan terperangkap dalam persembahan grafik yang ditawarkannya. Sebaik sahaja mereka membeli tema, mereka akan mengisi kandungan mereka berdasarkan blok kandungan di dalam template yang sudah tersedia ada. Atau lebih buruk lagi, mereka membuat reka bentuk website untuk mematuhi gaya dan persembahan yang sama dari website pesaing utama.
Kandungan Datang Terlebih Dahulu Dalam Membuat Keputusan
Dokumentasikan aliran pengguna yang anda inginkan, laluan pelawat, dan call to actions adalah sesuatu yang biasanya dilakukan selepas reka bentuk grafik selesai. Malangnya itu adalah pendekatan yang salah kerana ia memaksa anda ke dalam kandungan yang sesuai dengan tema atau reka bentuk website. Ia sepatutnya sebaliknya.
Anda perlu mendokumenkan persona pengguna anda, cabaran individu mereka, tawaran penyelesaian anda, dan laluan yang anda ingin pengunjung masuk dalam website.
Walaupun reka bentuk grafik sangat penting, ia mesti dilakukan pada masa yang tepat di dalam projek untuk benar-benar membolehkan anda mempamerkan website , kandungan, dan menawarkan penyelesaian yang terbaik.
“Content precedes design. Design in the absence of content is not design, it’s decoration.” – Jeffrey Zeldman
Fokus Kepada Isi Kandungan Yang Betul
Semasa saya mengatakan bahawa anda harus menulis kandungan sebelum membuat reka bentuk, saya tidak mengatakan bahawa anda perlu mempunyai semua kandungan anda ditulis. Itulah tugas yang sukar untuk dicapai oleh kebanyakan pemilik website dan bisnes.
Saya menggalakkan anda untuk menumpukan kepada bahagian dan halaman laman utama teras. Semasa proses jualan, saya biasanya melawati website mereka dan mencari bahagian yang saya rasa akan mendapat manfaat daripada templat yang telah tersedia ada. Ini akan berbeza mengikut pelanggan, industri, dan sasaran demografi.
Berikut adalah beberapa perkara umum yang boleh memberi manfaat dari strategi pertama kandungan:
- Halaman utama
- Info tentang syarikat
- Servis utama
- Bahagian sumber atau kategori
- Templat landing page
- Halaman blog utama
- Bahagian contacts
Cari Keseimbangan
Tidak semua situasi akan membolehkan anda untuk menyediakan kandungan terlebih dahulu sebelum pendekatan reka bentuk laman web. Anda perlu mencari keseimbangan yang mengikut kepentingan terlebih dahulu.
Jika pendekatan ini menjadi sukar, saya mencadangkan supaya anda bermula dengan elemen seperti navigasi, SEO, dan call to actions. Kemudian anda boleh mula fokus dengan mengkaji pengguna-pengguna dan laluan pelawat mereka.
Tumpukan kepada unsur-unsur yang diketahui dan menukarnya kepada reka bentuk dengan memulakan dengan halaman utama terlebih dahulu dan seterusnya ke bahagian-bahagian yang lain. Semasa bergerak melalui proses ini, teruskan fokus kepada pengunjung, apa yang mereka perlukan, dan tindakan yang anda mahu mereka lakukan.
Proses ini mungkin kelihatan sukar, tetapi seperti apa-apa dalam kehidupan, anda perlu memecahkannya kepada beberapa bahagian dan menilainya sedikit demi sedikit.
Jika anda berminat untuk mempunyai website sendiri atau kepada bisnes anda, kami sedia membantu. Kami menyediakan servis membuat website, Search Engine Optimization (SEO), training and coaching, mobile app dan system development.
Kami sedia untuk bertemu dengan anda ataupun anda boleh menghubungi kami di sini.