DAPATKAN QUOTATION

Isikan maklumat anda di bawah

Kami akan hantarkan quotation harga kepada anda secepat mungkin!

Nilai Isi Kandungan Sebelum Reka Bentuk Website

reka bentuk website

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Saya seorang yang berpegang bahawa penyediaan kandungan website amat penting sebelum memulakan reka bentuk grafik dan ini adalah terpakai untuk website dan blog. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya tetapi saya akan membuktikan bahawa pendapat saya betul dari segi logiknya.

Saya percaya:

Reka bentuk yang bagus fokus kepada pengguna.

Reka bentuk website harus dibuat berpandukan pengguna, keperluan mereka, dan hasil lawatan website yang diinginkan. Ia harus memfokuskan kepada cabaran pengguna dan kemampuan website untuk menyelesaikan masalah ini.

Ia seharusnya tidak hanya fokus kepada trend koding dan template website tersebut.

Trend Reka Bentuk Datang dan Pergi, Tetapi Tidak Kepada Pengguna

Jarang sekali orang menhubungi agensi design dan mempersembahkan data berdasarkan pelawat mereka, keperluan pengguna, dan matlamat utama penggunaan website.

Pemilik website terperangkap dalam trend reka bentuk, website pesaing mereka, dan apa yang mereka percaya adalah elemen reka bentuk moden dan terkini. Dengan berbuat demikian, mereka kehilangan pelawat website yang sebenar.

Sering kali orang memilih template website atau tema blog dan terperangkap dalam persembahan grafik yang ditawarkannya. Sebaik sahaja mereka membeli tema, mereka akan mengisi kandungan mereka berdasarkan blok kandungan di dalam template yang sudah tersedia ada. Atau lebih buruk lagi, mereka membuat reka bentuk website untuk mematuhi gaya dan persembahan yang sama dari website pesaing utama.

Kandungan Datang Terlebih Dahulu Dalam Membuat Keputusan

Dokumentasikan aliran pengguna yang anda inginkan, laluan pelawat, dan call to actions adalah sesuatu yang biasanya dilakukan selepas reka bentuk grafik selesai. Malangnya itu adalah pendekatan yang salah kerana ia memaksa anda ke dalam kandungan yang sesuai dengan tema atau reka bentuk website. Ia sepatutnya sebaliknya.

Anda perlu mendokumenkan persona pengguna anda, cabaran individu mereka, tawaran penyelesaian anda, dan laluan yang anda ingin pengunjung masuk dalam website.

Walaupun reka bentuk grafik sangat penting, ia mesti dilakukan pada masa yang tepat di dalam projek untuk benar-benar membolehkan anda mempamerkan website , kandungan, dan menawarkan penyelesaian yang terbaik.

“Content precedes design. Design in the absence of content is not design, it’s decoration.” – Jeffrey Zeldman

Fokus Kepada Isi Kandungan Yang Betul

Semasa saya mengatakan bahawa anda harus menulis kandungan sebelum membuat reka bentuk, saya tidak mengatakan bahawa anda perlu mempunyai semua kandungan anda ditulis. Itulah tugas yang sukar untuk dicapai oleh kebanyakan pemilik website dan bisnes.

Saya menggalakkan anda untuk menumpukan kepada bahagian dan halaman laman utama teras. Semasa proses jualan, saya biasanya melawati website mereka dan mencari bahagian yang saya rasa akan mendapat manfaat daripada templat yang telah tersedia ada. Ini akan berbeza mengikut pelanggan, industri, dan sasaran demografi.

Berikut adalah beberapa perkara umum yang boleh memberi manfaat  dari strategi pertama kandungan:

  • Halaman utama
  • Info tentang syarikat
  • Servis utama
  • Bahagian sumber atau kategori
  • Templat landing page
  • Halaman blog utama
  • Bahagian contacts

Cari Keseimbangan

Tidak semua situasi akan membolehkan anda untuk menyediakan kandungan terlebih dahulu sebelum pendekatan reka bentuk laman web. Anda perlu mencari keseimbangan yang mengikut kepentingan terlebih dahulu.

Jika pendekatan ini menjadi sukar, saya mencadangkan supaya anda bermula dengan elemen seperti navigasi, SEO, dan call to actions. Kemudian anda boleh mula fokus dengan mengkaji pengguna-pengguna dan laluan pelawat mereka.

Tumpukan kepada unsur-unsur yang diketahui dan menukarnya kepada reka bentuk dengan memulakan dengan halaman utama terlebih dahulu dan seterusnya ke bahagian-bahagian yang lain. Semasa bergerak melalui proses ini, teruskan fokus kepada pengunjung, apa yang mereka perlukan, dan tindakan yang anda mahu mereka lakukan.

Proses ini mungkin kelihatan sukar, tetapi seperti apa-apa dalam kehidupan, anda perlu memecahkannya kepada beberapa bahagian dan menilainya sedikit demi sedikit.

 

Jika anda berminat untuk mempunyai website sendiri atau kepada bisnes anda, kami sedia membantu. Kami menyediakan servis membuat website, Search Engine Optimization (SEO), training and coaching, mobile app dan system development.

Kami sedia untuk bertemu dengan anda ataupun anda boleh menghubungi kami di sini.

More To Explore

sebab kenapa perlu ada website
Web

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Website?

74 / 100 Powered by Rank Math SEO SEO Score Mungkin sesekali anda pernah berfikir atau bertanyakan kepada anda sendiri, “perlu ke bisnes aku ada website?” “kenapa perlu ada website?” “boleh berjaya ke bisnes aku bila ada website?”. Di sini kami, Eskay Web Design Agency sebagai salah sebuah agensi pembangunan website ingin senaraikan beberapa sebab

bina website menggunakan elementor
Web

Bina Website Menggunakan Elementor (Page Builder)

78 / 100 Powered by Rank Math SEO SEO Score Membina laman web anda sendiri tanpa belajar cara coding, atau tanpa mengupah web designer adalah sesuatu perkara yang sukar. Dengan teknologi yang ada pada masa kini, hampir semua orang boleh membina website sendiri. Pelbagai platform tersedia  seperti WordPress dan anda boleh bina website menggunakan Elementor

Subscribe to our newsletter

Dapatkan tips - tips terkini tentang website dan SEO!

Tips & Trick Website

Dapatkan Tips & Trick Terkini berkenaan website!
 Maklumat anda tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak ketiga.
× Boleh kami bantu anda?