Mempunyai logo yang menarik mampu menaikkan pemasaran jenama anda. Logo ibarat DNA kepada proses pemasaran bisnes anda. Logo adalah komponen asas kepada penjenamaan dan pemasaran. Sama seperti DNA, ia mempengaruhi rupa kepada sesuatu bisnes tersebut.
Sesuatu logo itu termasuklah kombinasi yang unik daripada topografi, warna dan bentuk yang mempersembahkan asas kepada organisasi jenama tersebut. Ia merupakan titik mula kepada yang lain.
Logo yang bagus adalah logo yang tersendiri dan pada masa yang sama intuitif. Ia boleh menyokong kepada keseluruhan strategi bisnes.
Logo yang betul mampu untuk membezakannya daripada pesaing-pesaing yang lain. Ia akan menarik target audience kepada jenama anda. Jadi reka bentuk logo adalah satu proses pertama yang kritikal dalam membentuk jenama yang kukuh.
Reka Bentuk Logo Adalah Suatu Pelaburan Jangka Masa Lama Kepada Jenama Anda
Reka bentuk logo merupakan suatu pelaburan. Logo seharusnya muncul terlebih dahulu sebelum website, brochure, dan juga kad perniagaan anda.
Terdapat beberapa website yang menawarkan servis membuat logo secara percuma. Persoalannya adakah ia dapat memenuhi kehendak dan keperluan bisnes anda? Kebanyakan adalah template yang sedia ada dan sudah berapa ramai orang menggunakannya. Jadi, ia tidak unik untuk bisnes anda. Ia tidak boleh mempertimbangkan tujuan bisnes anda yang sebenar. Lebih buruk lagi, ia mungkin tidak sah untuk digunakan kerana masalah copyrights.
Logo yang berkualiti perlu dibuat oleh graphic designer yang professional. Seorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran akan memahami tentang penggunaan font, warna dan bentuk untuk membentuk suatu logo.
Mungkin anda akan berfikir jika mengupah graphic designer yang professional memerlukan modal yang besar. Tetapi anda harus sedar bahawa dengan hasil yang diterima adalah sangat berbaloi dengan kos mengupah mereka. Kami juga menawarkan untuk membuat logo dengan harga yang berpatutan selain daripada website.
5 Elemen Penting Untuk Reka Bentuk Logo
Apabila memasuki proses mereka bentuk logo, kami mengesyorkan anda untuk mengambil kira 5 elemen ini.
- Seringkas yang mungkin – Semakin kompleks sesuatu logo, semakin susah untuk orang mengingatinya. Logo yang ringkas lebih mudah diterima oleh audience kerana ianya senang untuk diingati. Jika anda dapat melihat logo bagi bisnes yang popular pada masa kini seperti Nike, Apple, Facebook dan sebagainya adalah sangat ringkas.
- Lebihkan masa untuk terokai tipografi – Memilih font yang sesuai adalah salah satu langkah yang penting dalam mereka bentuk logo. Font yang digunakan pada logo anda akan digunakan pada website dan seterusnya dalam pemasaran anda.
- Pertimbangkan pilihan warna – Warna boleh mempengaruhi respon daripada audience, jadi ia proses penting dalam penghasilan logo. Pilihan warna haruslah disahkan kerana warna ini juga akan menjadi rujukan dalam penghasilan website dan bahan-bahan untuk pemasaran dan promosi. Ia juga haruslah sesuai dengan niche bisnes anda.
- Jadikan logo itu supaya dapat diingati – Jika kami menanyakan pada anda tentang logo seperti Coca-Cola, Google, McDonalds atau pun Mercedes- Benz, secara automatik anda akan dapat terbayangkan di fikiran anda. Begitu juga dengan logo anda, ianya haruslah mudah dan ringkas supaya dapat diingati oleh orang ramai.
- Pertimbangkan versatility – Logo anda akan digunakan untuk pelbagai kegunaan pada masa akan datang seperti kad bisnes, bahan-bahan digital, website dan media sosial. Pastikan logo akhir anda dapat menampung dan bersesuaian untuk penggunaan cara tradisional dan digital. Jika logo yang tinggi boleh menyebabkan header website akan akan tinggi, dan jika logo yang lebar akan menjadi isu pada penggunaan media sosial.
Jika anda ingin mengupah pereka logo professional, anda harus mengambil kira lima elemen ini. Jika anda mengambil masa untuk bekerjasama dengan pereka logo, anda akan mendapat hasil yang mengagumkan anda dan juga target pasaran anda.