Benarkah SEO sudah mati? Seringkali kita dengar kata-kata “Orang Malaysia Malas Membaca”. Dari kajian dan pemerhatian yang saya dapati, kebarangkalian kenyataan itu tidak tepat adalah tinggi.
Adakah kenyataan ini hakikatnya boleh diterima pakai? Rakyat Malaysia mungkin malas membaca bahan-bahan bacaan fizikal seperti akhbar, buku, ensiklopedia dan sebagainya.
Tapi ada kemungkinan, masyarakat di Dunia ini lebih memilih untuk membaca melalui platform yang mudah di capai. Di setiap poket masyarakat dunia rata-rata mempunyai Smartphone, segala maklumat yang dicari hanya dihujung jari.
Kerana carian terhadap solusi yang diperlukan lebih mudah dan cepat didapati tanpa menyelak halaman mukasurat naskah-naskah fizikal.
Tetapi untuk mendapatkan WISDOM kita akan tetap memerlukan ilmu-ilmu dari buku dan penambahan kosakata dalam minda.