lajukan website

Lajukan Website Anda Dengan 3 Trick Mudah Ini

Table of Content

Kini semua orang inginkan result yang pantas dan begitu juga dengan carian maklumat atau pembelian di website, sudah tentu setiap orang inginkan website yang mereka layari dapat memenuhi kehendak mereka dengan cepat dan mudah. Oleh itu, penting untuk anda lajukan website anda bagi memastikan pengunjung tidak bosan menunggu lama dan tidak ‘ turn off ‘ ketika berkunjung masuk ke dalam website anda. Sebuah website yang bagus dan baik tidak hanya diukur melalui design dan content sahaja, tetapi juga merangkumi aspek masa yang diambil untuk loading ketika mula dilayari. Masa yang diambil untuk website anda load selalu menjadi penanda aras untuk menguji kelajuan sesebuah website di samping memberikan ‘first impression‘ yang baik.

lajukan website  Lajukan Website Anda Dengan 3 Trick Mudah Ini Fast Load

3 Trick Mudah Lajukan Website Anda

Jika masa loading yang diambil ketika berkunjung masuk ke dalam website anda lama atau website anda slow ketika dilayari, anda perlu lakukan sesuatu agar perkara tersebut tidak berlarutan kerana anda mungkin akan kehilangan trafik yang berharga. Jadi mari kami kongsikan 3 Trick Mudah Lajukan Website Anda supaya anda tidak kehilangan customer yang berharga di website.

1. Optimize Image

Setiap website pasti akan mempunyai gambar menarik terutamanya website e-commerce yang mempunyai banyak gambar produk pada website tersebut. Semakin banyak gambar yang diletakkan di dalam website, semakin banyak storage yang akan digunakan dan ini akan menyebabkan saiz website anda menjadi semakin besar. Apabila saiz website anda semakin besar, masa yang diambil untuk memaparkan sesebuah gambar akan menjadi semakin lama dan website anda akan dilabel ‘Slow‘.

lajukan website  Lajukan Website Anda Dengan 3 Trick Mudah Ini tinypng

Anda boleh mengurangkan masa loading tersebut dengan mengecilkan setiap gambar yang akan di upload ke dalam website. Ini adalah cara untuk anda optimumkan penggunaan gambar di dalam website, gambar dengan saiz yang lebih kecil akan mengambil masa yang lebih cepat untuk dipaparkan di dalam website. Anda boleh gunakan tools seperti tinypng.com untuk mengecilkan gambar anda secara automatik sebelum anda memuatnaik gambar tersebut ke dalam website. Saiz pixel untuk gambar di dalam website yang kami syorkan adalah tidak lebih 250 pixel dengan saiz gambar tidak lebih 120kb.

2. Minimalist Homepage

Homepage merupakan halaman pertama yang akan dikunjungi ketika pengunjung masuk ke dalam website anda. Masa yang diambil untuk loading pada halaman ini akan mempengaruhi first impresion terhadap website anda, jadi pastikan halaman ini mengambil masa kurang dari 5 saat untuk load sepenuhnya. Sebuah website yang mempunyai homepage yang minimalist bukan sahaja akan kelihatan cantik di mata pengunjung tetapi juga dapat membantu untuk melajukan website tersebut. Hal ini adalah kerana kurangnya penggunaan content yang berat seperti video, animasi bergerak, text bergerak dan sebagainya pada homepage tersebut.

lajukan website  Lajukan Website Anda Dengan 3 Trick Mudah Ini Minimalist Homepage e1609391088994

Content seperti video atau animasi yang bergerak akan mengambil masa yang lebih lama untuk load ketika website mula dibuka berbanding content statik seperti teks dan gambar yang tidak bergerak. Cuba untuk jadikan homepage website anda seringkas yang mungkin, ringkaskan setiap content agar homepage anda tidak terlalu panjang kerana semakin panjang dan banyak content di homepage anda maka semakin banyak juga masa diperlukan untuk load semua content tersebut. Gunakan menu atau button seperti ‘See More’ dan ‘Galeri’ untuk pecahkan content anda kepada beberapa halaman yang lain agar tidak terlalu banyak content yang tertumpu pada satu homepage.

3. Delete Plugin & Theme

Kadang kala kelajuan website juga dipengaruhi oleh plugin dan theme yang telah di install di dalam website tersebut. Pastikan anda delete segala plugin dan theme yang tidak digunakan di dalam website anda kerana walaupun plugin dan theme tersebut tidak aktif, ia masih boleh mempengaruhi kelajuan website anda kerana ia masih menggunakan space di dalam storage website anda.

Pastikan anda hanya menggunakan satu theme sahaja untuk website anda dan hanya mengekalkan plugin yang aktif sahaja. Hal ini penting terutamanya jika saiz website anda besar kerana setiap plugin dan theme akan mempunyai data masing-masing yang perlu disimpan di dalam website anda, jadi semakin banyak data yang disimpan maka semakin besar saiz website anda. Seterusnya kelajuan website anda juga akan berkurang secara automatik ekoran saiz website anda bertambah besar.

Sebagai kesimpulan, website yang laju akan mendatangkan first impression yang baik. Pengunjung yang berkunjung masuk juga tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan maklumat atau membeli melalui website yang mereka layari. Bayangkan jika anda kehilangan pelanggan untuk membeli di website hanya kerana website anda slow, pasti pelanggan tersebut tidak akan berkunjung masuk lagi ke dalam website anda kerana telah melabel website tersebut sebagai website yang ‘slow’.

Hubungi kami jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat dan nasihat dalam melajukan website anda, kami di Eskay Web Agency sedia membantu anda mendapatkan sebuah laman web yang pantas dan mudah dilayari! 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Share This Post