google my business

Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma

Table of Content

Dalam usaha untuk dapatkan lebih paparan di enjin carian Google, banyak perniagaan sekarang ni senaraikan bisnes mereka di Google, juga dikenali sebagai Business Profile. Sekiranya anda adalah salah seorang usahawan, dan bisnes anda masih belum tersenarai di carian Google, maka ini perkara wajib anda perlu ambil tahu untuk pastikan lebih ramai bakal pelanggan dapat menjumpai perniagaan anda secara online dengan daftar Google My Business.

Untuk senaraikan premis atau perniagaan anda secara online, apa yang diperlukan ialah anda perlu daftarkan perniagaan anda melalui Google My Business atau pun digelar juga (GMB). Dengan GMB ni anda boleh senaraikan waktu bila premis anda dibuka, bila hari cuti, apa alamat yang spesifik, apa laman web anda, nombor telefon untuk dihubungi dan juga maklumbalas dari pelanggan-pelanggan yang pernah mendapatkan produk atau perkhidmatan anda.

Tahukah anda Google paparkan bisnes anda di Google secara PERCUMA. Ya, anda tak perlu keluar wang untuk paparkan lokasi bisnes anda di Google Map sama sekali. Dengan maklumat bisnes anda yang dipaparkan dengan lebih terperinci dan tersusun pada hasil carian Google, pengguna akan lebih cenderung untuk klik dan menghubungi bisnes anda dengan lebih mudah.

Dalam kegawatan ekonomi yang melanda dunia akibat Covid-19 kini, pasti semua pemilik bisnes sanggup menggunakan pelbagai cara termasuk pemasaran secara atas talian bagi memastikan kelangsungan bisnes mereka. Dalam dunia pemasaran secara atas talian pula, antara ciri utama yang diperlukan untuk bisnes online adalah pastikan bisnes anda dapat dicari dan dijumpai di enjin carian Google dengan mudah jadi jom daftar Google My Business untuk perniagaan anda sekarang.

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma Eskay GMB 1400x647

 

Apa itu GMB?

Google My Business merupakan salah satu fungsi yang disediakan khas oleh Google untuk para usahawan memasarkan bisnes mereka secara atas talian dengan lebih mudah. Bisnes anda dapat ditemui oleh pelanggan dengan lebih mudah melalui GMB kerana ia dapat memaparkan maklumat bisnes anda seperti lokasi, waktu operasi, pautan laman web, alamat emel, nombor telefon untuk dihubungi dan lain-lain.

Selain itu, GMB juga dapat membantu anda untuk memaparkan gambar lokasi dan review pelanggan untuk bisnes anda melalui Google Review. Untuk memudahkan bisnes anda mendapat tempat pertama pada hasil carian di Google, pastikan anda tingkatkan kualiti rating review (Star Rating) bisnes anda kerana semakin tinggi kualiti rating bisnes anda maka semakin mudah bisnes anda akan mendapat tempat pertama pada hasil carian Google.

GMB adalah salah satu elemen yang penting untuk local SEO malah kajian juga menunjukkan 46% pengguna yang melakukan carian di Google akan mencari maklumat tempatan (local information) dan 88% pengguna yang menggunakan telefon pintar untuk melakukan carian bisnes tempatan di Google pasti akan berhubung atau berkunjung ke bisnes tersebut dalam masa 24 jam. Hal ini menjadikan GMB sebuah tools yang wajib bagi para usahawan yang ingin bisnes mereka dijumpai dengan mudah di Google. Oleh itu, mari kami kongsikan 6 Step by Step Daftar Secara Percuma.

1. Login Google My Business

Sebelum mendaftar akaun GMB, pastikan anda sudah mempunyai satu akaun Gmail yang boleh digunakan. Seterusnya, anda perlu ke halaman utama Google My Busines untuk proses pendaftaran dan klik pada ‘Sign In’ pada bahagian kanan bar menu. Pastikan anda sudah login pada akaun Gmail yang ingin anda gunakan untuk bisnes anda sebelum klik pada ‘Sign In’.

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma Sign In GMB e1606355846732

2. Masukkan Nama Bisnes Anda

Anda akan dibawa ke halaman untuk anda memasukkan nama bisnes anda setelah anda klik pada Sign In’. Sekiranya bisnes anda sudah dikenali di kawasan tempatan, anda boleh mencari bisnes anda di dalam database Google dengan memasukkan nama bisnes tersebut. Lazimnya, Google akan mewujudkan akaun GMB secara automatik untuk bisnes yang sudah popular dan dikenali di kawasan tempatan.

Namun begitu, akaun tersebut masih belum menjadi milik usahawan bisnes tersebut kerana ia adalah akaun yang diwujudkan oleh pihak Google atas faktor bisnes yang popular dan dikenali di kawasan tempatan. Jika bisnes anda juga mempunyai situasi yang sama, jangan risau dan bimbang kerana anda boleh memohon untuk mendapatkan akaun GMB tersebut untuk bisnes anda dengan memasukkan nama bisnes anda seperti di bawah.

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma Cari Nama Bisnes GMB

Sekiranya nama bisnes anda tidak muncul selepas anda memasukkan nama bisnes tersebut, ini bermakna Google masih belum mempunyai maklumat untuk bisnes anda. Oleh itu, anda perlu klik pada ‘Add your business to Google’ dan masukkan nama bisnes anda untuk mula mendaftar akaun GMB yang baru.

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma Add Bisnes GMB

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma Masukkan Nama Bisnes GMB

3. Pilih Kategori

Seterusnya, anda perlu tentukan kategori bisnes anda. Kategori bisnes ini akan digunakan oleh Google untuk menentukan target market untuk bisnes anda dan akan mempengaruhi hasil carian di Google. Jadi pastikan anda memilih kategori yang paling tepat untuk bisnes anda.

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma kategori bisnes GMB

4. Masukkan Lokasi Bisnes Anda

Sekiranya bisnes anda mempunyai kedai fizikal atau premis perniagaan untuk pelanggan datang membeli, pastikan anda memasukkan lokasi premis tersebut untuk memudahkan lokasi premis perniagaan anda dijumpai di Google. Dengan memberikan alamat dan lokasi yang tepat, anda juga akan membantu Google untuk mengemaskini database mereka untuk Google Map dan memasukkan nama bisnes anda pada lokasi yang diberikan. Jika anda menawarkan servis delivery untuk produk anda, anda juga boleh sertakan senarai kawasan yang available untuk servis delivery tersebut.

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma lokasi bisnes GMB

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma map bisnes GMB

5. Masukkan Nombor Telefon Untuk Dihubungi dan URL Laman Web

Langkah seterusnya adalah memasukkan maklumat berhubung dengan bisnes anda. Anda akan diberikan pilihan untuk memasukkan maklumat nombor telefon dan URL laman web (jika ada), maklumat ini amat penting kerana ini akan menjadi maklumat yang akan keluar pada GMB anda di carian Google.

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma Contact Detail GMB

 

6. Sahkan Pendaftaran GMB Anda

Setelah selesai semua langkah tersebut, anda perlu klik pada ‘Finish’  untuk selesaikan proses pendaftaran GMB. Untuk memastikan GMB bisnes anda muncul pada hasil carian Google dan dapat diuruskan oleh anda, anda perlu mengesahkan bahawa anda merupakan pemilik sebenar bisnes tersebut. Mari kami kongsikan cara untuk anda sahkan pendaftaran GMB anda.

Google My Business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma Sahkan Bisnes GMB

Cara Mengesahkan Pendaftaran GMB (Verify Google My Business)

Majoriti bisnes yang berdaftar dengan GMB perlu mengesahkan pendaftaran mereka melalui kaedah poskad. Namun begitu, terdapat beberapa bisnes yang diberi kelonggaran untuk mengesahkan pendaftaran mereka melalui kaedah yang berlainan. Terdapat 5 kaedah berbeza yang digunakan untuk mengesahkan pendaftaran GMB :-

  • Poskad – Google akan menghantar poskad kepada alamat yang anda gunakan untuk mendaftar dan akan diterima dalam masa 14 hari. Poskad ini akan mengandungi kod 5-digit yang diperlukan untuk anda sahkan lokasi bisnes anda. Pastikan anda tidak mengubah atau mengmaskini maklumat bisnes anda semasa tempoh menunggu poskad diterima kerana hal ini mungkin akan menyebabkan proses pengesahan ini tergendala.
  • Telefon – Jika anda diberikan kelonggaran untuk mengesahkan bisnes anda melalui telefon, anda akan menerima satu kod pengesahan melalui nombor telefon yang anda gunakan untuk mendaftar. Kod tersebut akan dihantar melalui SMS automatik terus ke telefon anda.
  • Emel – Untuk melakukan pengesahan melalui emel, anda perlu pastikan alamat yang tertera pada emel yang dihantar oleh Google betul dan tepat. Seterusnya, anda hanya perlu klik pada button ‘Verify yang disertakan di dalam emel tersebut.
  • Pengesahan Secara Pukal (Bulk Verification) – Bisnes yang mempunyai 10 lokasi yang berbeza atau lebih boleh memohon untuk melakukan pengesahan secara pukal dan akan dikategorikan sebagai bisnes rantaian. Kaedah pengesahan ini mungkin akan memakan masa selama seminggu sebelum Google akan menerima permohon untuk pengesahan anda kerana terdapat beberapa garis panduan yang perlu diikuti untuk kaedah ini.
  • Pengesahan Segera (Instant Verification) –  Pemilik bisnes yang sudah mengesahkan laman web bisnes mereka di Google Search Console mungkin dapat mengesahkan pendaftaran mereka secara automatik.

google my business  Google My Business 6 Step by Step Daftar Secara Percuma Verify GMB

Setelah selesai kesemua langkah step by stepyang telah kami kongsikan ini, anda kini telah berjaya mendaftar Google My Business untuk bisnes online anda! Sebagai kesimpulan, platform GMB ini telah disediakan oleh pihak Google untuk membantu usahawan membina social proof yang kukuh melalui Google Review dan memudahkan lokasi bisnes mereka dijumpai di Google Map.

Sekiranya anda mempunyai bisnes yang sudah berdaftar di GMB, maka anda telah selangkah kehadapan dalam proses memasarkan bisnes secara atas talian. Diharap dengan perkongsian kami pada kali ini dapat membantu anda dalam memasarkan bisnes online anda melalui GMB.

Jangan lupa untuk kongsikan ilmu ini kepada kenalan bisnes anda untuk daftar Google My Business ini agar kita semua akan mendapat manfaat bersama! Komen di bawah sekiranya ada soalan yang ingin diajukan atau topik cadangan untuk posting akan datang.

Ingin bina laman web yang mampu menaikkan jualan bisnes anda? Dapatkan bantuan kami untuk laman web idaman anda sekarang, kami di Eskay Web Agency sedia membantu membangunkan laman web untuk bisnes online anda!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Share This Post