Dalam era digital hari ini, hampir semua bisnes dari skala kecil hingga besar mula mengembangkan pasaran mereka melalui platform online seperti media sosial atau melalui website. Website kini sudah menjadi dasar dalam dunia pemasaran atas talian (Digital Marketing).
Namun begitu, terdapat beberapa ciri website yang perlu anda ketahui dan perlu ada pada setiap website bagi memastikan website tersebut boleh dikategorikan sebagai sebuah website yang bagus dan berfungsi dengan baik. Dengan mengetahui beberapa ciri – ciri ini, anda pasti dapat mengenalpasti samada website anda benar – benar berfungsi secara optimum atau tidak.
Anda mungkin bersangka bahawa bisnes anda sudah cukup terkenal dengan ada follower yang banyak di Facebook dan Instagram tetapi itu semua tidak menjamin jualan yang tinggi. Jadi bagaimana anda ingin menapis semua follower yang anda ada di Facebook dan Instagram untuk tujuan pemasaran dan jualan, maka platform website adalah tempat yang paling mudah, sesuai dan tepat!
Sumber: freepik.com
5 Ciri Website Yang Perlu Anda Ketahui
Sebuah website yang berkualiti dan berfungsi secara optimum pastinya mempunyai ciri – cirinya yang tersendiri, berikut merupakan 5 ciri website yang perlu anda ketahui sebelum mula melakukan pemasaran melalui platform laman web :-
1. Memiliki Struktur Yang Jelas
Sebuah website yang bagus seharusnya memiliki struktur yang jelas. Bagi memastikan pengunjung dapat memahami struktur website anda dengan lebih jelas, anda perlu memahami dan menyusun urutan navigasi menu dan isi kandungan pada website anda dengan lebih jelas dan teratur.
Sebagai contoh, navigasi pada menu website anda boleh dimulakan dengan ‘About Us’, kemudian diikuti ‘Our Product & Services’, seterusnya baru diikuti dengan ‘Portfolio & Testimonial’ atau ‘Contact Us’.
Stuktur yang jelas akan mempengaruhi bagaimana cara anda mengarahkan pengunjung website untuk melakukan tindakan. Secara horizontal, anda dapat mengarahkan pengunjung website untuk klik pada navigasi menu. Secara vertical pula, anda dapat mengarahkan pengunjung untuk scroll ke bawah dengan menggunakan arahan dan ayat copywriting yang jelas dan teratur pada isi kandungan website anda. Hal ini juga dapat membantu untuk menghasilkan convertion rate yang lebih tinggi!
2. Stabil Dan Boleh Diakses Dengan Pantas
Kebanyakan pengguna internet di dunia kini lazimnya akan menggunakan telefon pintar mereka untuk melakukan carian bagi servis dan produk yang mereke inginkan melalui carian di Google dan Malaysia juga tidak terkecuali. Website yang stabil dan boleh diakses dengan pantas pasti akan dapat menangkap pengguna-pengguna ini untuk berkunjung ke website anda dan menaikkan lagi bilangan trafik yang masuk ke dalam website anda.
Ciri website yang stabil dan boleh diakses dengan pantas adalah website yang mampu mencapai Loading Speed di bawah 5 saat. Sekiranya website anda mempunyai loading speed melebihi 5 saat, maka anda perlu lakukan sesuatu segera!
3. Design Yang Responsive Dan Minimalist
Website yang responsive adalah website yang boleh menyesuaikan design layout nya pada mana-mana saiz ukuran gadjet elektronik seperti komputer atau telefon pintar. Hal ini adalah kerana pengunjung yang berkunjung ke website anda bukan sahaja akan datang melalui desktop komputer sahaja malahan ada juga yang berkunjung melalui telefon pintar, ipad dan sebagainya. Jadi website yang mempunyai design yang responsive amat penting bagi memastikan semua pengunjung yang datang dapat menerima maklumat yang ingin disampaikan dengan jelas dan tepat tanpa mengira ukuran gadjet elektronik yang digunakan.
Design yang minimalist juga dapat meningkatkan imej bisnes anda pada mata pengunjung website. Design yang minimalist tampak lebih profesional dan relevan pada masa kini, hal ini juga membantu untuk memastikan pengunjung website kekal lama di dalam website anda.
4. Mudah Di Modifikasi
Salah satu ciri website yang bagus adalah website yang boleh dimodifikasi atau diubah dengan mudah. Hal ini bermaksud layout design dan isi kandungan di dalam website anda sepatutnya boleh diubah pada bila-bila masa mengikut arus trend semasa, sudah pasti anda juga ingin pastikan website anda turut berkembang dan menjadi lebih optimum sejajar dengan perkembangan bisnes anda. Sebuah website yang up to date tidak hanya terhad kepada satu design sahaja dari mula website dibangunkan sehingga selepas bisnes berkembang tetapi akan sentiasa berubah mengikut kesesuaian User Experience (UX).
Website yang boleh diubah dengan mudah dari segi isi kandungan (content), design layout ataupun fungsi juga merupakan sebuah website yang boleh berkembang dan mampu mencapai tahap conversion rate yang tinggi. Sebagai pemilik bisnes, sudah pasti anda ingin memastikan website anda mudah untuk diubah suai ketika ingin melakukan promosi baru atau menambah produk dan maklumat baru di dalam website.
5. Selamat Dan Mempunyai Backup
Salah satu cara termudah untuk menilai sebuah website yang bagus dan selamat adalah dengan melihat alamat URL website, sama ada website tersebut menggunakan Hypertext Transfer Protocol Secure (https://) atau hanya Hypertext Transfer Protocol (http://) ? Website yang bagus seharusnya menggunakan SSL (Secure Socket Layer) yang bermaksud website tersebut selamat dan ter-enkripsi. Untuk pengetahuan anda, hasil carian melalui Google lebih mengutamakan website yang menggunakan alamat URL https yang mempunyai SSL berbanding website yang hanya menggunakan http atas faktor keselamatan. Selain itu, jika website anda hanya menggunakan http sahaja maka kemungkinan besar iklan yang akan anda jalankan melalui Google Search Engine (Google Ads) akan menjadi semakin mahal.
Tidak ada satu website pun di dunia ini yang kebal terhadap downtime. Oleh itu, pastikan website anda selalu memiliki backup yang terkini dan hosting website anda pula seharusnya cukup selamat dari serangan siber seperti serangan Malware, DDoS dan sebagainya. Berikutan dari ancaman serangan siber yang semakin meningkat pada era digital ini, anda boleh menggunakan apa-apa plugin yang menawarkan fungsi keselamatan pada website anda tetapi sebuah file backup terkini adalah wajib bagi setiap website kerana ia merupakan inisiatif terakhir untuk menyelamatkan website anda!
Setelah mengetahui ciri-ciri yang kami kongsikan ini, adakah anda rasa website anda sudah mencapai tahap yang optimum? Ataupun adakah anda pening dan buntu bagaimana cara ingin implement ciri-ciri ini pada website anda?
Jangan risau kerana kami di Eskay Web Agency sentiasa bersedia untuk membantu memberikan consultation kepada anda berkenaan website, hubungi kami untuk dapatkan khidmat consultation website di Eskay Web Agency. Kami sedia membantu untuk memberikan servis yang terbaik untuk anda!