cara buat fb ads yang berkesan

Cara Buat FB Ads Yang Berkesan 2022

Table of Content

Cara buat FB Ads ni bagi sesetengah orang mungkin agak teknikal, bagi sesetengah orang ianya tidaklah terlalu rumit. Tapi sebelum saya terangkan kaedah langkah demi langkah cara buat FB Ads ni, anda kena faham situasi yang saya jelaskan di bawah ni.

FB ads atau sekarang nama baru yang diberi ialah META merupakan salah satu produk atau servis yang disediakan oleh Facebook kepada pengguna-penggunanya yang mahu menjalankan pengiklanan melalui sosial media tersebut. FB Ads bukanlah satu perkara baru di dalam dunia perniagaan terutama berkaitan dengan pemasaran.

Jadi melalui perkongsian kali ini, saya kongsikan langkah bagaimana untuk anda mula menjalankan pemasaran secara online menggunakan FB Ads ini.

Apa Itu FB Ads?

Nak mudah faham FB Ads ni umpama satu department di dalam sebuah organisasi. Sebagai contoh, pernah kan tengok iklan-iklan yang keluar di Televisyen? Tengah-tengah tengok drama TV3 Suamiku Mr Pilot tiba-tiba keluar iklan Fabreze. Persoalannya, macam mana Fabreze ni boleh letak iklan di situ?

TV yang kita tonton tadi tu umpama device kita macam telefon, laptop, ipad dan sebagainya. Channel yang kita tonton tadi umpama macam laman web atau aplikasi Facebook yang kita buka di TV iaitu channel TV3.

Jadi macam mana Fabreze tu boleh beriklan di TV3 tadi? Mestilah Fabreze menggunakan medium ataupun Channel TV3. Fabreze bayar pada TV3 untuk iklan mereka boleh dikeluarkan pada rancangan yang mereka mahukan, pada masa yang mereka mahukan, pada target audience yang mereka mahukan iaitu rakyat Malaysia yang suka menonton drama Melayu.

Itulah analogi paling mudah untuk saya jelaskan. Jadi FB Ads umpama satu department pengiklanan yang terdapat di TV3 tadi.

Cara Buat FB Ads Yang Berkesan 2022 fb ads vs iklan tv 765x400

 

Cara Buat FB Ads

Untuk buat FB Ads ini, perkara paling utama adalah, anda perlukan produk untuk anda pasarkan atau perkhidmatan. Ini paling penting anda perlu sediakan sebelum jalankan kempen pemasaran tersebut. Langkah pertama adalah pastikan anda mempunyai akaun FB Ads. Mustahil anda tak ada akaun Facebook, mana mungkin anda menjumpai artikel kami ini kan?

Ada beberapa langkah untuk buat FB Ads ini, tapi ini langkah paling mudah untuk anda setup dengan pantas dan mudah seperti berikut.

Bina akaun di FB Ads Manager

FB Ads manager ni apa pulak? Ianya umpama pengurus yang terdapat di TV3 tadi untuk bantu kita jalankan pengiklanan tadi. Mereka akan sediakan atau paparkan kepada kita sebuah dashboard untuk kita rujuk performance iklan yang kita jalankan, untuk lihat iklan FB ADs yang sedang aktif ataupun kempen yang telah di reject oleh pihak Facebook.

 

Bina Facebook Page

Cara Buat FB Ads Yang Berkesan 2022 Beza Facebook Page dan Profile

Facebook hanya benarkan kita beriklan di Facebook Page, tetapi tidak kepada Facebook Profile. Anda kena jelas dan faham tentang ini, ianya dua perkara berbeza yang ramai orang anggap ianya sama. Facebook Page perlu ada LIKE button di halaman utama, manakala Facebook Profile pula ada butang ADD FRIEND. Nak tahu cara buat Facebook Page boleh klik di sini.

Klik pada Butang Hijau +Create

Cara buat FB Ads yang berkesan  Cara Buat FB Ads Yang Berkesan 2022 facebook ad manager

Langkah seterusnya anda klik pada butang hijau yang terdapat pada dashboard yang terpapar seperti di atas ni. Jangan takut untuk klik, ramai orang takut untuk tekan button yang terdapat di Facebook Ads manager ni, jangan risau tiada sebarang bayaran lagi dikenakan, ianya percuma untuk mencuba langkah pertama ;).

Pilih Objektif Kempen FB Ads objective fb ads  Cara Buat FB Ads Yang Berkesan 2022 Facebook Ads Manager Marketing Objectives Overview

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Share This Post