Cara Beli Domain Untuk Bisnes Anda

cara beli domain

Table of Contents

Untuk membina sesebuah website, secara dasarnya anda memerlukan 2 perkara iaitu domain dan juga hosting. Sebenarnya, cara beli domain tidaklah sesukar jika anda faham langkah-langkahnya. Bagi yang biasa dengan domain pastinya tiada masalah.

Ada beberapa tempat atau pilihan untuk anda beli domain. Kami akan kongsikan cara untuk beli domain bagi mereka yang beginner.

 

cara beli domain

 

Domain .com

Untuk domain .com, .net., .co dan lain-lain, anda boleh beli di mana-mana syarikat hosting yang menawarkan perkhidmatan jualan domain. Contoh syarikat yang menawarkan domain ini adalah Yeahhost, ServerFreak, Exabytes dan lain-lain lagi. Ini adalah senarai syarikat di Malaysia. Bagi syarikat luar pula, anda boleh mendapatkan domain anda di NameSilo, NameCheap, HostGator, GoDaddy dan banyak lagi.

Domain .my, .com.my

Untuk membeli domain .my dan .com.my, anda hanya boleh beli domain di syarikat tempatan sahaja seperti senarai yang telah saya senaraikan di atas.

 

Proses / Cara Beli Domain

Anda hanya perlu ikut sahaja langkah-langkah mengikut paparan yang disediakan untuk pembelian domain. Cara beli domain ini tidaklah sesukar jika anda faham terma yang digunakan. Anda juga perlu bersedia untuk menggunakan payment gateway jika ingin buat pembayaran secara online banking.

Untuk cara beli domain menggunakan kad kredit, anda harus sediakan nombor kad dan lain-lain yang perlu.

Untuk mendaftar domain selain .com.my dan .my, anda hanya perlu masukkan detail seperti nama, email, maklumat syarikat (jika di bawah syarikat).  Jika anda tidak faham atau rasa tidak yakin untuk buat pembelian domain, anda boleh hubungi kami untuk buat pembelian domain.

 

 

 

Leave a Reply

Share This Post

Nak Kenal Potensi Diri?

Masukkan e-Mail di bawah & dapatkan info terkini tentang Potensi Otak Dominan sekarang!