Jika anda seorang pelajar IPT atau pun pemilik bisnes, semestinya anda pernah terfikir untuk membuat website sendiri tanpa mengupah web designer atau developer. Bagi pelajar, semestinya mereka ingin keluar daripada zon selesa dan ingin mencabar diri mereka untuk membina website bagi menonjolkan skill dan portfolio mereka. Bagi pemilik bisnes pula, sudah tentu jika mereka mempunyai kemahiran membina website sudah semestinya dapat menjimatkan kos bagi bisnes mereka. Persoalannya, mampukah mereka membina website sendiri?
Contoh Kekangan Pemilik Bisnes Untuk Membina Website
Bagi sesebuah website yang simple, ianya kemungkinan dapat dibina oleh pelajar yang berusaha melihat tutorial di Youtube atau di mana-mana rujukan lain. Atau pun mereka download daripada sumber-sumber yang tertentu. Itu pun jika mereka dapat mengubahsuai isi kandungan di dalam website seperti yang diingini. Lain pula bagi pemilik bisnes, mereka mempunyai banyak kekangan contohnya kekangan masa kerana sibuk untuk menguruskan urusan bisnes seharian.
Jika pun mereka mempunyai masa, adakah mereka dapat membina sesebuah website seperti yang diingini mereka? Kekangan yang seterusnya adalah dari segi kepakaran. Untuk menjadi seorang web designer terutamanya di Malaysia, anda perlu mempunyai beberapa kemahiran yang perlu dikuasai kerana ianya berkaitan antara satu sama lain seperti mahir membuat suntingan gambar, suntingan video dan tentu sekali memerlukan pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan.
3 Sebab Kenapa Perlu Mengupah Web Designer
1. Melancarkan urusan jualan
Bagi pemilik bisnes, mereka tentunya mahukan sesebuah website atau sistem yang dapat mengurangkan beban mereka dalam menguruskan bisnes. Apabila sesebuah website khususnya website e-commerce telah siap, mereka telah pun selangkah ke hadapan di dalam pemasaran mereka. Mana kan tidak, hanya hebahkan di dalam media sosial, anda hanya menunggu trafik daripada media sosial ke website anda. Yang penting sekali adalah store atas talian anda ini beroperasi selama 24 JAM.
2. Memastikan Stor Anda Beroperasi Sempurna
Seperti yang kita sedia maklum, untuk menghasilkan sesuatu untuk memastikan ianya berjalan dengan lancar adalah sesuatu yang agak sukar di dalam pembangunan website. Apabila anda mengupah web designer, secara amnya anda boleh membuat permintaan sama ada mahukan ciri-ciri yang tertentu untuk website anda. Yang pastinya sesuatu yang di luar pengetahuan anda.
Bagi website e-commerce, anda perlu berhati-hati agar tidak tertinggal apa-apa setting yang penting. Apabila stor atas talian anda mula beroperasi, anda perlu memastikan tidak ada masalah untuk pelanggan membuat belian dan juga anda perlu pastikan supaya maklumat yang anda perlukan untuk membuat penghantaran barang dapat diterima.
3. Mampu Membuat Jualan
Bagi web designer yang berpengalaman, mereka semestinya tahu aliran untuk membuat satu-satu website yang dapat menjual. Mereka lebih tahu apa yang perlu ada di dalam website dan apa yang perlu dielakkan. Termasuklah dari segi warna website, warna butang, gambar dan lain-lain. Jika pemilik bisnes dapat menyediakan bajet khas untuk pemasaran, ianya adalah BONUS besar untuk stor atas talian anda.
Saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian contoh-contoh tempat rujukan bagi web designer mencari ilham untuk membuat website. Mungkin anda juga boleh mencari sesuatu idea untuk menambahbaik website anda atau pun bagi website yang ingin anda bina.
Antara website yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti:
Anda juga boleh melihat portfolio-portfolio website yang telah kami hasilkan sebelum ini di website kami iaitu eskay.my.
Kesimpulannya, anda boleh membuat penilaian sama ada perlu atau tidak mengupah web designer bagi menghasilkan website yang terbaik untuk bisnes anda. Website juga merupakan salah satu aset iaitu aset digital yang sangat penting untuk masa akan datang. Diramalkan, trend untuk menggunakan e-wallet atau cashless payment akan meningkat dalam beberapa tahun lagi.
Adakah anda bersedia untuk menghadapi trend ini? Sebagaimana sediakah anda? Adakah anda mahu jadi salah satu yang terawal sebagai pencetus kepada trend ini? Bina website anda sekarang! Hubungi kami untuk khidmat nasihat atau penerangan yang lebih lanjut apa yang perlu anda sediakan atau pun website bagaimana yang anda perlu untuk bisnes anda?
Hubungi kami dengan klik di sini.