You are currently viewing Adakah Anda Betul-Betul Memerlukan Aplikasi?

Adakah Anda Betul-Betul Memerlukan Aplikasi?

Rata-rata pengguna pada hari ini mempunyai app (aplikasi) termasuklah restoran makanan segera, gymnasium, tempat kerja dan sebagainya. Di saat kewujudan aplikasi seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada zaman ini, adakah anda terfikir, adakah berbaloi membangunkan suatu aplikasi dengan kos yang tinggi? Di sini kami sertakan tiga sebab perniagaan anda sebenarnya memerlukan laman web berbanding dengan aplikasi.

1. Kelajuan

Jika kita lihat proses untuk memuat naik sesuatu aplikasi, membuka aplikasi, perlu mendaftar dahulu, memuat naik, memuat turun, …. . Kebanyakan pelanggan atau pengguna tidak suka mengambil masa yang terlalu lama dalam melakukan sesuatu perkara. Adalah lebih cepat dan senang untuk mereka membuka aplikasi Google yang ada pada peranti mereka untuk mencari sesuatu perkara.

2. Saiz

Apabila kita bercakap tentang aplikasi telefon sudah pasti ia berkait dengan saiz aplikasi tersebut. Selain masa, pengguna juga perlu mempertimbangkan untuk saiz storan peranti mereka untuk memasang sebarang aplikasi. Jika storan peranti mereka sudah hampir penuh, ia juga akan mempengaruhi tindakan mereka untuk tidak memasang aplikasi tersebut. Jadi anda telah hilang seorang pelanggan berpotensi. Jika melalui laman web, anda hanya perlu beberapa MB untuk melayari laman web bisnes anda.

3. Fragmentation

Penggunaan di antara pengguna Android dan iOS adalah vital pada masa kini. Jika anda ingin membina aplikasi, anda haruslah memenuhi kehendak untuk kedua-dua platform tersebut. Anda harus membina dua versi supaya dapat diakses pada kedua platform tersebut. Jika anda mempunyai laman web yang responsive, anda boleh mengaksesnya pada mana-mana platform.

Jika anda berhajat untuk mempunyai website dengan harga yang berpatutan, di sini lah jawapan kepada persoalan tersebut!

Leave a Reply