8 Step by Step Cara Buat Facebook Page Untuk Bisnes Online Anda

cara buat facebook page

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang cara buat Facebook Page untuk bisnes online mereka. Namun begitu, masih ada segelintir pemilik bisnes yang tidak tahu cara buat Facebook Page malahan ada juga yang tidak tahu samada bisnes mereka sudah mempunyai Facebook Page atau belum! Hal ini mungkin kedengaran pelik atau tidak logik, namun ini adalah hakikat yang tidak mustahil terjadi di dalam dunia bisnes online. Dalam dunia bisnes online kini, Facebook Page bukan lagi satu pilihan tetapi merupakan satu keperluan asas dan wajib dimiliki oleh setiap bisnes online.

Melalui case study kami di Eskay Web Agency, kami mendapati rata-rata pemilik bisnes yang baru ingin berjinak-jinak di dalam pasaran online selalu menyangka bahawa Facebook Personal dan Facebook Page adalah perkara yang sama. Hakikatnya, ia adalah 2 perkara yang mempunyai fungsi yang berbeza. Namun begitu, syarat untuk mempunyai Facebook Page adalah anda perlu mempunyai akaun Facebook Personal terlebih dahulu. Kemudian baru anda boleh wujudkan sebuah Facebook Page untuk bisnes online anda. Jika anda masih belum mempunyai sebuah Facebook Page, mari kami kongsikan 8 step by step tentang cara buat Facebook Page untuk bisnes online anda.

8 Step by Step Cara Buat Facebook Page Untuk Bisnes Online Anda

Untuk panduan cara buat facebook page ini, kami menyarankan agar anda menggunakan komputer (PC) atau laptop supaya lebih mudah untuk anda ikut dan faham. Sebelum anda mula untuk buat facebook page, pastikan anda sudah mempunyai akaun Facebook Personal (akaun facebook peribadi). Jika anda masih belum mempunyai akaun facebook personal, anda boleh daftar di sini : Daftar Akaun Baru Facebook.

1. Mula dengan ‘Create A Page’

Sebagai langkah pertama, anda perlukan akses untuk ke halaman daftar Facebook Page. Terdapat 3 cara untuk anda akses halaman tersebut :

  • Pastikan anda log masuk ke dalam akaun facebook peribadi anda dahulu. Kemudian anda boleh klik pada pilihan ‘Create’ yang tertera pada bar menu atas dan pilih ‘Page’.

cara buat facebook page

  • Anda juga boleh akses ke halaman ‘Create a page’ melalui sidebar di sebelah kiri paparan facebook anda. Kemudian klik pada ‘Create Page’ untuk mula.

cara buat facebook page

cara buat facebook page

2. Pilih Page Category & Klik ‘Get Started’

Setelah anda masuk ke dalam halaman ‘create a page’, anda akan diberikan 2 pilihan kategori untuk anda tentukan jenis Facebook Page anda :

  • Business or Brand – Pilihan untuk usahawan yang ingin memasarkan produk untuk bisnes online mereka di Facebook.
  • Community or Public Figure – Pilihan untuk komuniti, organisasi atau kelab yang ingin berkongsi aktiviti mereka dan berhubung dengan ahli melalui Facebook.

Jika anda ingin buat facebook page untuk bisnes online anda, pastikan anda klik pada ‘Get Started’ di kategori yang betul iaitu Business or Brand. 

cara buat facebook page

3. Isi Maklumat Untuk Facebook Page

Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk Facebook Page anda seperti Nama Bisnes, Kategori Bisnes, Alamat dan Nombor Telefon. Maklumat ini sangat penting kerana ini akan menjadi maklumat yang digunakan oleh pengguna facebook untuk mencari atau menghubungi bisnes anda, jadi pastikan maklumat yang anda berikan adalah tepat dan terkini.

cara buat facebook page

Pastikan anda memilih nama yang ingin digunakan dengan teliti, hal ini adalah kerana nama untuk facebook page anda tidak boleh diubah selepas dipilih dan sekiranya boleh diubah sekalipun mungkin akan mengambil masa yang lama untuk diluluskan oleh Facebook. Anda juga perlu memastikan kategori yang dipilih adalah berkaitan atau hampir dengan niche bisnes anda, hal ini akan mempengaruhi hasil carian pengguna di dalam facebook. Jika anda memilih kategori yang tidak berkaitan dengan niche bisnes anda, facebook page anda mungkin akan susah dijumpai ketika para pengguna melakukan carian.

4. Muat Naik Gambar Profile

Selepas anda menghantar maklumat yang diminta, facebook page anda akan diwujudkan di dalam Facebook dan anda akan dibawa ke halaman untuk anda setup facebook page yang baru anda daftar tadi. Mulakan dengan memuat naik gambar profile, sebuah facebook page yang tidak mempunyai gambar profile lazimnya akan dilabel sebagai scammer dan kurang dipercayai oleh para pelanggan di facebook. Oleh itu, adalah penting untuk anda meletakkan logo bisnes atau gambar produk anda sebagai gambar profile bagi mendapatkan customer trust.

cara buat facebook page

Untuk memuat naik gambar profile, anda cuma perlu klik pada button ‘Upload a Profile Picture’ dan pilih gambar yang ingin anda gunakan. Untuk saiz gambar profile, kami sarankan untuk anda gunakan gambar yang mempunyai ukuran segi empat sama (square) seperti 180 x 180 pixel. Sekiranya anda masih tiada gambar yang sesuai untuk digunakan sebagai gambar profile, anda juga boleh skip step ini dan memuat naik gambar profile tersebut pada masa lain.

5. Muat Naik ‘Cover Photo

Langkah seterusnya selepas anda memuat naik gambar profile adalah memuat naik Cover Photo untuk Facebook Page anda. Caranya sama seperti anda memuat naik gambar profile, namun untuk saiz gambar cover photo ini kami sarankan ukuran sekitar 828 x 465 pixel

cara buat facebook page

Hal ini adalah kerana cover photo mempunyai saiz ukuran segi empat tepat (Rectangle) dan akan dipaparkan di facebook page anda seperti sebuah banner. Biasanya gambar yang digunakan untuk diletakkan di bahagian cover photo adalah gambar banner promosi untuk bisnes atau teaser video kerana bahagian cover photo merupakan bahagian pertama yang akan dilihat oleh pengguna facebook yang berkunjung ke page anda!

cara buat facebook page

6. Setkan Username Untuk Facebook Page

Setelah selesai memuat naik gambar profile dan cover photo,  anda perlu setkan username yang sesuai untuk facebook page anda. Username penting sebagai identiti page anda, username akan menjadi titik perbezaan sekiranya terdapat facebook page lain yang mempunyai nama yang sama dengan page anda. Username juga dapat memudahkan pengguna untuk tag facebook page anda sekiranya mereka lupa nama facebook page anda.

cara buat facebook page

Klik pada ‘Create Page @Username’ untuk setkan username yang anda inginkan untuk facebook page anda, pastikan username yang anda pilih mudah untuk dieja dan dibaca. Hal ini akan menjadi salah satu faktor penting dalam membantu para pengguna Facebook untuk mencari dan menjumpai facebook page anda.

Sekiranya username yang anda pilih tidak available atau sudah digunakan oleh orang lain, anda boleh cuba untuk gunakan username lain dan check sama ada username tersebut available atau tidak hanya dengan memasukkan nama username baru tersebut. Selain itu, anda juga boleh rujuk kepada tips untuk memilih username yang disediakan oleh Facebook.

7. Lengkapkan ‘Page Info’

Facebook page anda kini sudah tersedia dan berjaya diwujudkan. Namun begitu, pengguna facebook yang berkunjung ke page anda akan memerlukan beberapa maklumat tambahan penting yang berkaitan dengan bisnes anda seperti waktu operasi, URL website, nombor telefon untuk dihubungi, dan sebagainya. Anda boleh lengkapkan maklumat-maklumat tersebut pada melalui ‘edit page info’.

cara buat facebook page

Anda akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan maklumat tambahan untuk facebook page bisnes online anda. Halaman ini membahagikan maklumat kepada 5 bahagian iaitu General, Contact, Location, Hours dan More. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diminta selengkap yang mungkin dan tidak membiarkan bahagian Description kosong, hal ini adalah kerana semakin lengkap info yang anda isikan maka facebook page anda akan semakin dipercayai oleh para pengunjung.

cara buat facebook page

8. Lakukan Post Pertama

Kini anda sudah berada di langkah terakhir bagaimana cara buat facebook page untuk bisnes online anda. Perkara terakhir yang perlu anda lakukan setelah siap membuat facebook page adalah mempromosikan facebook page tersebut kepada rakan-rakan atau pelanggan anda. Namun begitu, sebelum anda berbuat demikian anda perlu memastikan facebook page anda mempunyai content atau post. Jika anda mempromosikan page anda tanpa melakukan posting terlebih dahulu, page anda akan menjadi kosong, tiada content dan mungkin akan dilabel sebagai scammer.

Oleh itu, pastikan anda melakukan 5 hingga 8 posting terlebih dahulu sebelum mula mempromosikan page tersebut. Sebagai permulaan, anda boleh mula melakukan posting seperti :

  • Gambar yang mempunyai tips atau kata-kata motivasi
  • Video teaser produk
  • Gambar produk

cara buat facebook page

Lebih banyak posting yang dilakukan sebelum mempromosikan page adalah lebih baik. Namun begitu, pastikan anda tidak post kesemuanya pada masa atau hari yang sama. Anda boleh menggunakan fungsi ‘Publishing Tools’ yang disediakan oleh facebook untuk membantu anda menjadualkan posting anda agar tidak di publish pada masa atau hari yang sama.

cara buat facebook page

Klik pada ‘Publishing Tools’ dan anda akan dibawa ke halaman Post Creation Tool. Selepas anda selesai mengisi copywriting untuk post anda, jangan terus klik pada publish. Sebaliknya klik pada button di sebelah ‘Publish’ kerana anda boleh jadualkan posting mengikut hari dan masa yang anda inginkan melalui fungsi ‘Schedule Post’.

Setelah memasukkan hari dan masa yang anda ingin jadualkan, anda boleh klik pada ‘Schedule’ untuk sahkan penjadualan post anda.

cara buat facebook page

Seterusnya, button ‘Publish’ anda tadi akan berubah menjadi ‘Schedule Post’ dan anda hanya perlu klik pada button tersebut untuk selesaikan proses penjadualan post anda.

cara buat facebook page

Setelah anda selesai setkan jadual untuk posting di facebook page anda, anda boleh rujuk kembali jadual posting yang telah anda lakukan tadi di bahagian ‘Scheduled Post’.

cara buat facebook page

Setelah selesai kesemua 8 Step by Step Cara Buat Facebook Page Untuk Bisnes Online Anda yang telah kami kongsikan ini, anda kini telah berjaya membuat sebuah facebook page untuk bisnes online anda. Diharap perkongsian kami pada kali ini dapat membantu mereka yang baru ingin belajar buat facebook page untuk bisnes online, jangan lupa untuk kongsikan ilmu ini agar kita semua dapat memperoleh manfaat bersama!

More To Explore

lajukan website
Web Maintenance

Lajukan Website Anda Dengan 3 Trick Mudah Ini

Kini semua orang inginkan result yang pantas dan begitu juga dengan carian maklumat atau pembelian di website, sudah tentu setiap orang inginkan website yang mereka layari dapat memenuhi kehendak mereka dengan cepat dan mudah. Oleh itu, penting untuk anda lajukan website anda bagi memastikan pengunjung tidak bosan menunggu lama dan tidak ‘ turn off ‘

menjana duit melalui internet
Blog

5 Teknik Menjana Duit Melalui Internet

Pada era digital ini, ramai yang telah mula menjana duit melalui internet. Rata-rata mereka yang menjana duit melalui internet ini telah menjadikan internet sebagai punca pendapatan utama mereka, hal ini kerana kaedah menjana duit melalui internet ini bukanlah perkara yang sukar kerana mereka dibayar berdasarkan aktiviti mereka secara atas talian. Jadi mereka cuma perlu memastikan

Subscribe to our newsletter

Dapatkan tips - tips terkini tentang website dan SEO!

Tips & Trick Website

Dapatkan Tips & Trick Terkini berkenaan website!
 Maklumat anda tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak ketiga.
× Boleh kami bantu anda?