browse fast

7 Sebab Kenapa Anda Perlukan SSL Certificate

Isi Kandungan

Rata-rata semua laman web sekarang mempunyai SSL certificate  iaitu, jika anda lihat pada address bar, anda akan nampak https yang bermaksud laman web tersebut mempunyai Secure Socket Layer (SSL) certificate, dan connection pada laman web adalah selamat. Anda juga dapat lihat kebanyakan laman web akan meminta maklumat peribadi terutamanya maklumat pembayaran.

SSL certificate sangat penting terutamanya jika anda mempunyai laman web sendiri tidak kiralah sama ada blog atau pun e-commerce, anda memerlukan SSL certificate. Di sini kami senaraikan beberapa sebab kenapa anda memerlukan SSL certificate.

1. Perlindungan Daripada Penggodam

Connection anda tidak selamat

HTTP adalah text protocol yang mana berfungsi sebagai penghantar maklumat di antara peranti anda dengan laman web yang anda lawati. HTTPS pula adalah versi yang selamat.

Ini adalah penting jika anda menghantar detail yang sensitif seperti kata laluan, info tentang kad kredit dan sebagainya. Ini akan melindungi anda daripada serangan man-in-the middle (MITM) iaitu penggodam mengganggu penghantaran di antara kedua client ini.

Anda lebih Dipercayai Kepada Pengguna

secure connection

Boleh dikatakan bahawa pengguna lebih mempercayai laman web yang selamat dilayari daripada yang boleh mendatangkan bahaya kepada peranti mereka. Diharap anda sentiasa menyemak sama ada sesuatu laman web itu selamat dengan menyemak pada URL terutamanya laman web e-commerce.

Suatu ketika dahulu, sangat sedikit pengguna yang mengetahui tentang SSL certificate. Sekarang, sudah ramai yang menyedari tentang SSL iaitu keselamatan. Kita boleh mengucapkan terima kasih kepada pihak Google kerana banyak membantu tentang kesedaran pentingnya SSL ini.

3. Google Chrome Akan Memaparkan Laman Web Anda Dengan Betul

browse fast with google chrome

Jika anda perasan, laman web yang tidak mempunyai SSL certificate akan memaparkan ikon bendera berwarna merah pada address bar, yang bermaksud amaran daripada Google Chrome.

4. Menaikkan Ranking Search Engine

https menaikkan search engine ranking

Untuk makluman anda, Chrome dan juga Google, sebagai search engine tidak menyukai laman web yang tiada SSL.

Ramai yang bergantung kepada Search Engine Optimization (SEO) untuk mencapai ranking yang tertinggi gi Google Search. Jika anda mencari sesuatu maklumat, yang keluar pada muka surat pertama dan seterusnya adalah laman web yang mempunyai alamat HTTPS. Tanyalah kepada Pakar SEO, dan mereka akan katakan bahawa benda ini penting untuk dua muka surat pertama di Google Search.

5. Meningkatkan Kelajuan Laman Web

perbandingan kelajuan http dan https

Kedudukan ranking laman web juga ditentukan oleh kelajuan laman web. Semakin laju laman web anda semakin ramai pengguna yang akan melawati laman web itu, dan semakin tinggi kedudukan ranking anda di Google Search.

6. Kos Yang Berpatutan

Memasukkan SSL certificate tidaklah terlalu sukar. Kebanyakan pihak hosting juga menawarkan servis ini termasuk sekali di dalam pakej.

Jika anda dapat lihat Let’s Encrypt, ditubuhkan pada lewat 2015, ianya disokong oleh nama-nama besar seperti Facebook, Shopify dan Mozzila. Ianya adalah percuma.

7. Persediaan Untuk Masa Hadapan

Perlindungan untuk laman web sentiasa berkembang. SSL certificate bukanlah sesuatu yang boleh menjamin anda 100% daripada penggodam, tetapi ia adalah satu jalan penyelesaian yang bagus untuk keselamatan laman web anda.

Leave a Reply

Share This Post