6 Easy Step Daftar Google My Business Untuk Bisnes Anda

google my business

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dalam kegawatan ekonomi yang melanda dunia akibat Covid-19 kini, pasti semua pemilik bisnes sanggup menggunakan pelbagai cara termasuk pemasaran secara atas talian bagi memastikan kelangsungan bisnes mereka. Dalam dunia pemasaran secara atas talian pula, antara ciri utama yang diperlukan untuk bisnes online adalah pastikan bisnes anda dapat dicari dan dijumpai di enjin carian Google dengan mudah. Tahukah anda Google mempunyai satu produk khas untuk mempromosikan bisnes anda dengan lebih terperinci pada hasil carian Google dan apa yang paling menarik adalah produk tersebut boleh didapatkan secara PERCUMA!

Google My Business

Produk yang kami maksudkan di sini merupakan sebuah features yang boleh didapati di Google yang bernama Google My Business. Google My Business atau sebutan ringkasnya GMB dapat membantu memaparkan maklumat bisnes anda dengan lebih tersusun dan terperinci di hasil carian Google seperti gambar di atas. Dengan maklumat bisnes anda yang dipaparkan dengan lebih terperinci dan tersusun pada hasil carian Google, pengguna akan lebih cenderung untuk klik dan menghubungi bisnes anda dengan lebih mudah.

Apa itu Google My Business?

Google My Business merupakan salah satu fungsi yang disediakan khas oleh Google untuk para usahawan memasarkan bisnes mereka secara atas talian dengan lebih mudah. Bisnes anda dapat ditemui oleh pelanggan dengan lebih mudah melalui Google My Business kerana ia dapat memaparkan maklumat bisnes anda seperti lokasi, waktu operasi, pautan laman web, alamat emel, nombor telefon untuk dihubungi dan lain-lain.

Selain itu, Google My Business juga dapat membantu anda untuk memaparkan gambar lokasi dan review pelanggan untuk bisnes anda melalui Google Review. Untuk memudahkan bisnes anda mendapat tempat pertama pada hasil carian di Google, pastikan anda tingkatkan kualiti rating review (Star Rating) bisnes anda kerana semakin tinggi kualiti rating bisnes anda maka semakin mudah bisnes anda akan mendapat tempat pertama pada hasil carian Google.

Google My Business adalah salah satu elemen yang penting untuk local SEO malah kajian juga menunjukkan 46% pengguna yang melakukan carian di Google akan mencari maklumat tempatan (local information) dan 88% pengguna yang menggunakan telefon pintar untuk melakukan carian bisnes tempatan di Google pasti akan berhubung atau berkunjung ke bisnes tersebut dalam masa 24 jam. Hal ini menjadikan Google My Business sebuah tools yang wajib bagi para usahawan yang ingin bisnes mereka dijumpai dengan mudah di Google. Oleh itu, mari kami kongsikan 6 Easy Step Daftar Google My Business Untuk Bisnes Anda.

1. Sign In 

Sebelum mendaftar akaun Google My Business, pastikan anda sudah mempunyai satu akaun Gmail yang boleh digunakan. Seterusnya, anda perlu ke halaman utama Google My Busines untuk proses pendaftaran dan klik pada ‘Sign In’ pada bahagian kanan bar menu. Pastikan anda sudah login pada akaun Gmail yang ingin anda gunakan untuk bisnes anda sebelum klik pada ‘Sign In’.

Google My Business

2. Masukkan Nama Bisnes Anda

Anda akan dibawa ke halaman untuk anda memasukkan nama bisnes anda setelah anda klik pada Sign In’. Sekiranya bisnes anda sudah dikenali di kawasan tempatan, anda boleh mencari bisnes anda di dalam database Google dengan memasukkan nama bisnes tersebut. Lazimnya, Google akan mewujudkan akaun Google My Business secara automatik untuk bisnes yang sudah popular dan dikenali di kawasan tempatan.

Namun begitu, akaun tersebut masih belum menjadi milik usahawan bisnes tersebut kerana ia adalah akaun yang diwujudkan oleh pihak Google atas faktor bisnes yang popular dan dikenali di kawasan tempatan. Jika bisnes anda juga mempunyai situasi yang sama, jangan risau dan bimbang kerana anda boleh memohon untuk mendapatkan akaun GMB tersebut untuk bisnes anda dengan memasukkan nama bisnes anda seperti di bawah.

Google My Business

Sekiranya nama bisnes anda tidak muncul selepas anda memasukkan nama bisnes tersebut, ini bermakna Google masih belum mempunyai maklumat untuk bisnes anda. Oleh itu, anda perlu klik pada ‘Add your business to Google’ dan masukkan nama bisnes anda untuk mula mendaftar akaun GMB yang baru.

Google My Business

Google My Business

3. Pilih Kategori

Seterusnya, anda perlu tentukan kategori bisnes anda. Kategori bisnes ini akan digunakan oleh Google untuk menentukan target market untuk bisnes anda dan akan mempengaruhi hasil carian di Google. Jadi pastikan anda memilih kategori yang paling tepat untuk bisnes anda.

Google My Business

4. Masukkan Lokasi Bisnes Anda

Sekiranya bisnes anda mempunyai kedai fizikal atau premis perniagaan untuk pelanggan datang membeli, pastikan anda memasukkan lokasi premis tersebut untuk memudahkan lokasi premis perniagaan anda dijumpai di Google. Dengan memberikan alamat dan lokasi yang tepat, anda juga akan membantu Google untuk mengemaskini database mereka untuk Google Map dan memasukkan nama bisnes anda pada lokasi yang diberikan. Jika anda menawarkan servis delivery untuk produk anda, anda juga boleh sertakan senarai kawasan yang available untuk servis delivery tersebut.

Google My Business

Google My Business

5. Masukkan Nombor Telefon Untuk Dihubungi dan URL Laman Web

Langkah seterusnya adalah memasukkan maklumat berhubung dengan bisnes anda. Anda akan diberikan pilihan untuk memasukkan maklumat nombor telefon dan URL laman web (jika ada), maklumat ini amat penting kerana ini akan menjadi maklumat yang akan keluar pada Google My Business anda di carian Google.

Google My Business

 

6. Sahkan Pendaftaran Google My Business Anda

Setelah selesai semua langkah tersebut, anda perlu klik pada ‘Finish’  untuk selesaikan proses pendaftaran GMB. Untuk memastikan GMB bisnes anda muncul pada hasil carian Google dan dapat diuruskan oleh anda, anda perlu mengesahkan bahawa anda merupakan pemilik sebenar bisnes tersebut. Mari kami kongsikan cara untuk anda sahkan pendaftaran GMB anda.

Google My Business

Cara Mengesahkan Pendaftaran Google My Business

Majoriti bisnes yang berdaftar dengan Google My Business perlu mengesahkan pendaftaran mereka melalui kaedah poskad. Namun begitu, terdapat beberapa bisnes yang diberi kelonggaran untuk mengesahkan pendaftaran mereka melalui kaedah yang berlainan. Terdapat 5 kaedah berbeza yang digunakan untuk mengesahkan pendaftaran Google My Business :-

  • Poskad – Google akan menghantar poskad kepada alamat yang anda gunakan untuk mendaftar dan akan diterima dalam masa 14 hari. Poskad ini akan mengandungi kod 5-digit yang diperlukan untuk anda sahkan lokasi bisnes anda. Pastikan anda tidak mengubah atau mengmaskini maklumat bisnes anda semasa tempoh menunggu poskad diterima kerana hal ini mungkin akan menyebabkan proses pengesahan ini tergendala.
  • Telefon – Jika anda diberikan kelonggaran untuk mengesahkan bisnes anda melalui telefon, anda akan menerima satu kod pengesahan melalui nombor telefon yang anda gunakan untuk mendaftar. Kod tersebut akan dihantar melalui SMS automatik terus ke telefon anda.
  • Emel – Untuk melakukan pengesahan melalui emel, anda perlu pastikan alamat yang tertera pada emel yang dihantar oleh Google betul dan tepat. Seterusnya, anda hanya perlu klik pada button ‘Verify yang disertakan di dalam emel tersebut.
  • Pengesahan Secara Pukal (Bulk Verification) – Bisnes yang mempunyai 10 lokasi yang berbeza atau lebih boleh memohon untuk melakukan pengesahan secara pukal dan akan dikategorikan sebagai bisnes rantaian. Kaedah pengesahan ini mungkin akan memakan masa selama seminggu sebelum Google akan menerima permohon untuk pengesahan anda kerana terdapat beberapa garis panduan yang perlu diikuti untuk kaedah ini.
  • Pengesahan Segera (Instant Verification) –  Pemilik bisnes yang sudah mengesahkan laman web bisnes mereka di Google Search Console mungkin dapat mengesahkan pendaftaran mereka secara automatik.

google my business

Setelah selesai kesemua 6 Easy Step Daftar Google My Business Untuk Bisnes Anda yang telah kami kongsikan ini, anda kini telah berjaya mendaftar Google My Business untuk bisnes online anda! Sebagai kesimpulan, platform Google My Business ini telah disediakan oleh pihak Google untuk membantu usahawan membina social proof yang kukuh melalui Google Review dan memudahkan lokasi bisnes mereka dijumpai di Google Map. Sekiranya anda mempunyai bisnes yang sudah berdaftar di Google My Business, maka anda telah selangkah kehadapan dalam proses memasarkan bisnes secara atas talian. Diharap dengan perkongsian kami pada kali ini dapat membantu anda dalam memasarkan bisnes online anda melalui Google My Business. Jangan lupa untuk kongsikan ilmu ini agar kita semua akan mendapat manfaat bersama!

Ingin bina laman web yang mampu menaikkan jualan bisnes anda? Dapatkan sebutharga untuk laman web idaman anda sekarang, kami di Eskay Web Agency sedia membantu membangunkan laman web untuk bisnes online anda!

More To Explore

lajukan website
Web Maintenance

Lajukan Website Anda Dengan 3 Trick Mudah Ini

Kini semua orang inginkan result yang pantas dan begitu juga dengan carian maklumat atau pembelian di website, sudah tentu setiap orang inginkan website yang mereka

menjana duit melalui internet
Blog

5 Teknik Menjana Duit Melalui Internet

Pada era digital ini, ramai yang telah mula menjana duit melalui internet. Rata-rata mereka yang menjana duit melalui internet ini telah menjadikan internet sebagai punca

Subscribe to our newsletter

Dapatkan tips - tips terkini tentang website dan SEO!

Tips & Trick Website

Dapatkan Tips & Trick Terkini berkenaan website!
 Maklumat anda tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak ketiga.
× Boleh kami bantu anda?