keyword research

5 Easy Trick Keyword Research Untuk SEO Website Anda!

Isi Kandungan

Mereka yang terlibat dengan dunia digital marketing dan website pasti tahu bahawa Keyword Research adalah komponen penting bagi Search Engine Optimization (SEO). Lazimnya, keyword research dilakukan semasa mempratikkan SEO di dalam website bisnes atau web e-commerce. Tujuan keyword research dilakukan untuk sesebuah website adalah untuk meningkatkan traffik dan jualan website dengan mengetahui kata kunci carian yang popular untuk niche bisnes website tersebut.

Apa itu Keyword Research?

Keyword Research atau penyelidikan kata kunci adalah salah satu teknik pengoptimuman enjin carian yang digunakan oleh developer profesional untuk mencari dan meneliti istilah carian yang pengguna masukkan ke dalam enjin carian ketika mencari produk, perkhidmatan atau maklumat umum. Keyword research juga adalah langkah pertama dalam proses SEO dan bertujuan untuk mengetahui kata kunci carian popular atau apa yang orang cari. Orang dalam konteks ini adalah user atau pengunjung yang masuk ke dalam website.

Bukan mudah untuk anda kenalpasti setiap kata kunci atau keyword yang tepat untuk setiap niche bisnes yang ada di dalam website anda, jadi mari kami kongsikan beberapa trick keyword research untuk anda kenalpasti keyword yang tepat bagi SEO website anda!

keyword research

Sumber: Google

5 Easy Trick Keyword Research Untuk SEO

Keyword research dapat dilakukan melalui pelbagai teknik dan cara, namun bagaimana anda ingin pastikan teknik tersebut adalah tepat dan berkesan untuk website anda? Berikut merupakan 5 Easy Trick Keyword Research Untuk SEO yang boleh anda cuba bagi mendapatkan keyword untuk SEO website anda.

1. Gunakan Google Suggest

Sebagai salah satu enjin carian paling popular di internet, Google ingin memberikan hasil enjin carian terbaik kepada penggunanya. Oleh itu, mengapa tidak anda menggunakan Google untuk mengetahui kata kunci apa yang dicari oleh pengguna semasa mereka mencari barangan atau servis yang anda dan pesaing anda tawarkan?

Google Suggest akan muncul semasa anda mencari kata kunci atau frasa tertentu di carian Google. Sebaik sahaja anda memasukkan istilah carian, anda akan mendapati bahawa Google telah menyediakan beberapa cadangan istilah carian yang serupa dan relevan di bawahnya. Istilah ini dapat digunakan sebagai kata kunci baru untuk SEO website perniagaan anda. Yang perlu anda lakukan ialah mulakan dengan carian istilah kata kunci umum, taipkan pada bar carian Google, dan lihat istilah carian apa yang dicadangkan oleh Google untuk frasa kata kunci yang serupa.

keyword research

Sumber: Google

2. Lihat Sasaran Kata Kunci Pesaing

Adakah anda mahu website perniagaan anda mendapat kedudukan #1 di hasil carian  Google? Jika ya, anda perlu sentiasa memerhatikan apa yang dilakukan oleh pesaing anda. Melihat kata kunci yang menjadi sasaran pesaing anda juga merupakan salah satu trick untuk Keyword Research yang paling mudah tetapi jarang digunakan. Dengan mengetahui kata kunci yang menjadi sasaran pesaing anda, anda dapat bersaing untuk mendapatkan kedudukan di hasil carian Google dengan mensasarkan pengguna yang mencari kata kunci yang sama.

Jadi bagaimana caranya? Pertama, anda perlu log masuk ke akaun Google Ads anda dan klik pada ” Tools > Keyword Planner ” di bar menu atas. ” Dari sini, Google memberi anda tiga pilihan asas :

Pilih “Search for new keywords using a phrase, website, or category.”  Kemudian, daripada memasukkan URL website anda sendiri untuk mencari kata kunci yang berpotensi, anda boleh memasukkan URL website pesaing terdekat anda. Kemudian Google akan memaparkan senarai topik dan kata kunci berdasarkan laman web pesaing yang anda masukkan tadi.

keyword research

Sumber: Disruptive Advertising

 

3. Pasangkan Dengan Kata Kunci Yang Trending

Satu lagi trick mudah untuk Keyword Research yang tepat untuk SEO website anda adalah dengan memasangkan kata kunci website anda dengan kata kunci yang sedang trending. Sebagai contoh, jika kata kunci “Sufian Suhaimi” sedang trending dan anda merupakan pemilik website yang menjual baju batik. Mungkin anda boleh menggunakan kata kunci “Baju Batik Sufian Suhaimi” sebagai contoh.

Google sebenarnya sudah menyediakan sebuah platform untuk anda mendapatkan topik atau keyword yang sedang trending di internet berdasarkan carian google pada tempat dan waktu tertentu. Platform ini diberi nama Google Trend, Google Trend merupakan salah satu features dari Google yang mempunyai banyak fungsi yang menarik. Google Trend dapat membantu anda mengenalpasti topik yang trending, mencari keyword yang sering digunakan dan popular, membandingkan performance antara keyword, dan lain-lain. Tambahan pula, Google Trends dapat digunakan secara percuma! Teknik ini juga boleh digunakan untuk mencari idea-idea yang fresh untuk artikel di website anda di samping mempromosikan kebaikan produk melalui fungsi blog.

4. Lihat Section “People Also Ask” pada carian Google

Sesetengah pengguna akan menggunakan Google untuk mereka mencari penyelesaian kepada masalah mereka, jadi mereka akan mencari penyelesaian tersebut dengan mengajukan soalan sebagai kata carian di enjin carian google. Google akan mencadangkan soalan-soalan lazim yang kerap diajukan di enjin carian sebagai salah satu hasil carian pada bahagian “People Also Ask”. Dengan mengetahui soalan-soalan ini, anda dapat menjadikan jawapan kepada soalan ini sebagai kata kunci untuk carian website anda!

keyword research

Sumber: Google

Selain itu, soalan-soalan ini juga boleh digunakan sebagai soalan lazim atau FAQ di website anda dan sekaligus dapat membantu menjawab soalan yang mungkin diajukan oleh prospek anda ketika berkunjung masuk ke dalam website. Dengan menggunakan soalan-soalan ini juga, anda dapat membina content yang baru dan memasukkan kata kunci pilihan anda yang lebih sesuai dan tepat di dalam website. Hasilnya, pengguna yang mencari jawapan kepada soalan-soalan ini akan menjadi traffic baru di website anda!

5. Gunakan Keyword Research Tools

Sekiranya anda ingin mendapatkan kata kunci yang tepat dengan data yang betul tanpa perlu banyak kerja, anda boleh menggunakan beberapa Keyword Research tools untuk mendapatkan result dengan pantas dan tepat untuk SEO! Terdapat beberapa tools yang boleh anda cuba seperti Google Keyword Planner,  Ubersuggest,  HittailAhrefsSEMrush dan sebagainya.

Setiap tools ini mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding yang lain. Namun begitu, ada sesetengah tools yang memerlukan bayaran untuk anda dapatkan data yang tepat dan menyeluruh. Jadi anda boleh memilih untuk menggunakan tools yang paling mudah dan efisien untuk SEO website anda berdasarkan kelebihan tools tersebut.

Kesimpulannya, keyword research merupakan sebuah kajian yang perlu dilakukan semasa proses SEO bagi mengenalpasti sasaran kelompok pengguna yang akan mencari penyelesaian yang anda tawarkan melalui produk atau servis di website.  Diharap dengan perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjalankan keyword research untuk SEO website anda dengan lebih efektif dan mudah!

Hubungi kami sekiranya anda perlukan sebarang bantuan atau ada pertanyaan berkenaan servis SEO untuk website anda, kami di Eskay Web Agency sedia membantu untuk meningkatkan kedudukan website anda pada hasil carian Google!

Leave a Reply

Share This Post