Memulakan langkah ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah bukan setakat perjalanan biasa. Ia satu perjalanan yang dipandang tinggi dan dihormati dalam Islam, dimana setiap tahun ribuan umat Islam dari Malaysia serta pelbagai pelusuk dunia berazam untuk menunaikan Umrah. Alhamdulillah, kesedaran untuk mencari keredhaan dan keampunan dari Allah SWT semakin bertambah, dan ini jelas kelihatan dengan peningkatan jumlah umat Islam yang ingin menunaikan ibadah ini.

Pakej Umrah Andalusia Travel Agency Packages Umrah DIY Rukun Umrah  5 Tips Pilih Pakej Umrah & Travel Agency 2024 Yang Terbaik Pakej Umrah Andalusia Travel Agency Packages Umrah DIY Rukun Umrah 585x400

Umrah Mabrur & Maqbul

Tapi, jangan lupa! Memilih pakej umrah yang sesuai dan berkualiti amat penting untuk memastikan pengalaman kita berharga dan bermakna. Bukan sekadar nak dapatkan Umrah yang maqbul, tapi kita juga berharap dapat melaksanakan Umrah yang mabrur.

Apa beza ‘Umrah yang Mabrur’ dengan ‘Umrah yang Maqbul’? Senang cerita, ‘Umrah yang Mabrur’ tu lebih kepada keikhlasan hati, ketulusan niat kita dalam beribadah. Sementara ‘Umrah yang Maqbul’ tu lebih kepada mematuhi aspek teknikal dan syarat-syarat yang ditetap dalam Islam. Kita nak pastikan kedua-duanya tercapai.

Bila dah fokus pada tujuan utama kita, iaitu untuk dapatkan pakej umrah terbaik, langkah pertama yang kita kena ambil ialah memilih agensi pelancongan yang tepat. Ini kunci utama nak pastikan perjalanan umrah kita lancar dan memuaskan. Apa yang perlu kita tengok dalam memilih Pakej Umrah ni? Saya kongsikan 5 Tips yang perlu dititikberatkan.

1. Reputasi Travel Agency

Pertama, tengok reputasi atau nama baik travel agency tu. Syarikat travel yang bagus biasanya dipercayai dan banyak pengalaman dalam menguruskan umrah. Kita boleh cek reputasi mereka melalui review pelanggan kat website, media sosial, atau Google Reviews. Pastikan juga agensi tu mematuhi peraturan dan syarat-syarat industri pelancongan. Lagipun, agensi yang handal ni biasanya lengkap menawarkan perkhidmatan dari tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, sampailah ke program ziarah.

Oleh itu, apabila menilai kebolehpercayaan sebuah travel agency, anda akan melihat faktor-faktor seperti:

  • Sejarah track record agensi dalam menguruskan perjalanan umrah.
  • Ulasan dan testimoni dari pelanggan sebelumnya. Boleh cek di Google Review atau Facebook Page Review.
  • Kepatuhan agensi terhadap peraturan dan syarat-syarat industri pelancongan.
  • Kemampuan travel agency untuk menyediakan perkhidmatan yang lengkap dan berkualiti, termasuk pengurusan tiket penerbangan, penginapan, transportation, dan program-program ziarah.

2. Lesen Syarikat Travel Agency Yang Sah

Kedua, jangan lupa pastikan lesen syarikat travel agency tu sah. Pilihlah agensi yang berdaftar dan ada lesen yang sah dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atau badan berwajib lain. Ini bukan setakat untuk pastikan travel agency tu beroperasi secara sah, tapi juga untuk memastikan pakej umrah yang mereka tawarkan tu memenuhi standard kualiti dan keselamatan yang telah ditetapkan.

3. Pentingnya Travel Agency Yang Berpengalaman

Memilih pakej umrah bukan sekadar mengejar harga murah. Penting untuk kita ambil kira pengalaman dan kebolehpercayaan agensi pelancongan yang menyediakan pakej tersebut. Kita kena ingat, walaupun ada pakej umrah yang ditawarkan dengan harga yang lebih rendah, tapi kualiti perjalanan dan pengalaman kita semasa menunaikan umrah itu jauh lebih penting.

Bila kita sebut pasal travel agency yang sudah lama dalam bidang ni, mereka ni biasanya lebih arif dalam menguruskan segala hal berkaitan umrah, termasuk urusan visa, tempat tinggal, pengangkutan, dan juga program-program ziarah yang disediakan. Agensi yang mantap ni, mereka akan bagi kita info yang terang dan lengkap pasal segala aspek perjalanan, dari jadual kita pergi sampai la balik, apa jenis tempat tinggal yang disediakan, sampai la ke detail-detail program ziarah yang ada. Lagi satu, agensi yang dah berpengalaman ni selalunya lebih ready untuk handle situasi yang tak dijangka, dan boleh bagi nasihat yang berguna, pastikan kita selamat dan selesa sepanjang perjalanan.

Jadi, bila kita nak pilih travel agency untuk pakej umrah, penting sangat untuk kita timbang tara pengalaman dan nama baik mereka, bukan setakat tengok harga pakej umrah atau pakej haji je. Kita kena buat research yang mendalam, baca review dari jemaah yang dah pergi sebelum ni, baru boleh buat keputusan yang bijak. Kadang-kadang, bayar sikit lebih untuk pakej yang berkualiti tu berbaloi untuk pengalaman umrah yang lebih lengkap dan memuaskan hati.

6. Senarai Syarikat Travel Agency Umrah Yang Bagus

Dari pengalaman peribadi saya beberapa kali mengerjakan ibadah umrah dan dari sumber beberapa orang kenalan yang juga merupakan pemilik Travel Agency Umrah ini antara senarai yang boleh anda pertimbangkan untuk dapatkan pakej umrah dari mereka.

  • Syarikat Insaff Travel & Tours Sdn. Bhd.

Syarikat Travel Agency Insaff Travel ni berpusat di Kuala Terengganu. Dan mereka juga mempunyai cawangan di serata Malaysia. Setahu saya antara cawangan yang mereka ada di Kemaman, Sabah, Putrajaya, Kuala Lumpur (Cawangan Ampang, dan mungkin ada beberapa kawasan lain.

Saya bersama mengerjakan ibadah umrah bersama Insaff Travel ini dengan Pakej Umrah Ramadhan 2022 bersama isteri, anak-anak dan juga kedua mertua. Syarikat ni terdiri dari asatizah bekas-bekas penuntut universiti di Madinah dan Mekah. Boleh berhubung terus dengan Ustaz Falah di 6019-342 6777 atau layari website Insaff Travel di https://insafftravel.com.my.

  • Tiram Travel Sdn Bhd

Tiram Travel juga antara syarikat yang tidak asing lagi dalam memberikan Pakej Haji dan Pakej Umrah yang berpatutan. Ahli keluarga saya berpengalaman beberapa kali mengerjakan umrah bersama dengan pihak Tiram Travel ini. Pakej yang ditawarkan berpatutan, tapi perlu diingatkan, dapatkan informasi yang lebih detail tentang pakej umrah, dan jangan utamakan pakej umrah yang murah.

7. Apa Yang Ditawarkan Tak Serupa

Dalam merancang perjalanan umrah, sesekali apa yang dijanjikan oleh agensi pelancongan mungkin berbeza dengan realiti yang dihadapi. Kekadang, perbezaan ini bukan disebabkan oleh agensi itu sendiri, tapi disebabkan oleh faktor luar yang tak terjangka, contohnya isu dengan syarikat penerbangan atau masalah pada pihak hotel.

Ambil contoh situasi dengan hotel. Ada kalanya, agensi pelancongan kita mungkin telah dijanjikan sesuatu oleh pihak hotel, tetapi akhirnya apa yang disediakan mungkin tidak seperti yang diharapkan. Ini boleh terjadi akibat misalnya kesilapan komunikasi atau perubahan yang diluar dugaan dan kontrol agensi.

Ini penting untuk difahami, terutamanya ketika berurusan dengan negara yang memiliki budaya dan cara perniagaan yang berlainan. Misalnya, dalam berurusan dengan pihak Arab, kita mungkin berhadapan dengan situasi yang berbeda dari biasa. Ini bukan bermakna bangsa Arab itu buruk, tapi lebih kepada memahami bahawa setiap negara memiliki keunikannya tersendiri dari segi sosio-budaya.

Melalui pengalaman ini, kita bukan saja belajar tentang perjalanan umrah, tetapi juga tentang bagaimana beradaptasi dan berkomunikasi dalam konteks budaya yang berbeza. Ini membantu kita menjadi lebih bersabar, terbuka dan adaptif dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka.

Penting untuk bertanya dan memahami bagaimana agensi pelancongan anda menghadapi dan menguruskan isu-isu seperti ini. Agensi yang terbuka dan jujur dalam komunikasi mereka tentang potensi isu dan penyelesaiannya bisa membuat pengalaman umrah kita lebih lancar.

Dari sini, kita belajar menjadi lebih bersedia menghadapi situasi tak terduga dan menghargai kepelbagaian budaya yang kita temui sepanjang perjalanan. Ini semua adalah sebahagian dari pengalaman berharga yang kita peroleh dalam perjalanan umrah.