Pada era digital ini, ramai yang telah mula menjana duit melalui internet. Rata-rata mereka yang menjana duit melalui internet ini telah menjadikan internet sebagai punca pendapatan utama mereka, hal ini kerana kaedah menjana duit melalui internet ini bukanlah perkara yang sukar kerana mereka dibayar berdasarkan aktiviti mereka secara atas talian. Jadi mereka cuma perlu memastikan platform atas talian mereka sentiasa aktif dan boleh menjana lebih banyak duit untuk mereka.
5 Cara Menjana Duit Melalui Internet
Internet telah menjadi sebuah tempat yang sangat popular pada era digital ini baik untuk mendapatkan maklumat atau menjana duit secara atas talian. Bagi para usahawan pula, internet dilihat sebagai salah satu peluang untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat. Jadi mari kami kongsikan 5 Cara Menjana Duit Melalui Internet :
1. Youtube Channel
Tidak dinafikan lagi bahawa seorang youtuber mampu menjana pendapatan sehingga 3 angka sebulan hanya dengan memuat naik video ke dalam Youtube Channel mereka. Menurut statistik Youtube’s Top-Earners 2020, seorang youtuber mampu mencapai pendapatan mencecah 29.5 Juta USD hanya dengan memuat naik video seperti review barang permainan, eksperimen sains DIY, masa bercerita bersama keluarga dan sebagainya.
Jumlah pendapatan yang akan diperoleh seseorang youtuber adalah berdasarkan jumlah tontonan video dan subscriber mereka di Youtube Channel tersebut. Semakin tinggi jumlah tontonan dan bilangan subscriber, semakin tinggi pendapatan yang akan mereka peroleh daripada Youtube. Klik video di bawah jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai bagaimana cara menjana duit melalui Youtube :
2. Social Media Influencer
Social Media Influencer merupakan individu yang mempunyai pengaruh di dalam komuniti media sosial. Influencer ini mampu mempengaruhi dan meyakinkan pengikut mereka untuk membeli produk atau servis yang mereka syorkan atau review. Anda mungkin sudah sedia maklum tentang kaedah influencer ini menjana pendapatan melalui media sosial mereka, namun tahukah anda pendapatan untuk social media influencer boleh mencecah $466,110 USD hingga $776,833 USD untuk satu post di media sosial.
Kini anda tidak perlu menjadi seorang selebriti terkenal untuk menjadi seorang influencer di media sosial, cukup hanya dengan berkongsi content yang dapat menarik minat netizen dan kemungkinan content tersebut menjadi viral akan melonjak tinggi. Anda boleh menggunakan teknik berikut untuk mula berjinak di dalam dunia social media influencer :
- Fokus kepada 1 topik khusus yang menarik
- Sentiasa berkongsi post yang bermanfaat dan relevan
- Tingkatkan interaksi dengan audiens di media sosial
- Bangunkan reputasi online yang baik
3. Kursus Online
Ilmu pengetahuan kini tidak lagi memerlukan interaksi fizikal ekoran perkembangan arus teknologi digital yang pesat. Dengan perkembangan teknologi kini, anda boleh menjana pendapatan melalui hasil jualan kursus online di internet. Kaedah ini hampir sama seperti online coaching cuma kursus online tidak memerlukan pemantauan berterusan seperti online coaching tetapi lebih kepada penjualan modul pembelajaran untuk sesebuah topik khusus.
Lazimnya modul di dalam kursus online akan diberikan dalam bentuk teks dan video, jadi sesi pembelajaran akan mengikut langkah yang telah ditetapkan di dalam sesebuah modul tersebut. Beberapa contoh laman web yang menawarkan kursus online secara berbayar adalah Udemy, Coursera, RuangGuru dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh menjual kursus online ini di platform media sosial seperti Instagram dan Facebook atau platform marketplace seperti Shopee dan Lazada.
4. Game Live Streaming
Berita baik untuk anda yang suka bermain permainan video secara atas talian, kini anda boleh menjana pendapatan melalui kaedah Live Stream semasa anda bermain permainan tersebut. Hanya dengan bermain satu permainan dan menyiarkannya secara live, anda akan mendapat hasil yang agak lumayan. Kebiasaanya, para gamers ini melakukan Live Streaming semasa bermain permainan video melalui Facebook.
Hal ini adalah kerana mereka dapat menjana pendapatan melalui Facebook Gaming. Facebook Gaming menggunakan sistem ‘star‘ sebagai alat untuk tujuan monetization semasa gamers melakukan live streaming di Facebook, star/bintang ini akan disumbangkan oleh penonton live streamer tersebut dan boleh ditukar menjadi duit jadi para gamers boleh mengeluarkan duit tersebut dalam bentuk tunai.
Berikut adalah carta pengiraan untuk nilai bintang mengikut mata wang dollar USD :
5. Bangunkan Laman Web
Pada musim pandemik covid-19 ini, rata-rata netizen telah menyedari kepentingan laman web untuk tujuan pembelian secara atas talian. Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dijalankan pada 18 Mac 2020 yang lalu, hampir semua pemilik bisnes di Malaysia mula mewujudkan bisnes mereka secara atas talian dengan membangunkan laman web. Hal ini adalah perlu bagi memastikan kelangsungan jualan dan menampung kerugian yang dialami oleh premis perniagaan mereka kerana pembeli tidak lagi bebas untuk keluar membeli secara fizikal.
Melalui platform laman web, sempadan dan kekangan yang wujud disebabkan pandemik covid-19 mampu dikurangkan ke tahap minimum kerana semua pembelian dan transaksi jual beli dilakukan secara atas talian dan lebih selamat tanpa sebarang interaksi fizikal. Tambahan pula, laman web dapat membantu pembeli untuk membeli tanpa mengira waktu. Mereka juga akan mendapat maklumat berkenaan produk yang ingin dibeli hanya melalui laman web tersebut dan tidak perlu menunggu anda menjawab pertanyaan melalui Whatsapp.
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai cara untuk anda jana duit melalui internet pada era digital ini. Dengan maklumat yang hanya di hujung jari sahaja, ramai yang telah mula menjadikan internet sebagai tempat untuk menjana pendapatan utama dengan mudah. Salah satu platform yang popular untuk menjana pendapatan di internet adalah melalui laman web.
Hubungi kami jika anda berminat untuk membangunkan sebuah laman web untuk membantu menjana pendapatan di internet, kami di Eskay Web Agency sedia membantu anda mendapatkan sebuah laman web yang terbaik dan profesional!