Responsive Website Design kini telah menjadi salah satu ciri yang menjadi standard ukuran bagi sesebuah website yang bagus, hal ini adalah kerana peralihan sumber dapatan maklumat yang beralih dari dekstop komputer ke telefon pintar dan tablet. Sebuah website yang responsive bermaksud website tersebut boleh beradaptasi melalui pelbagai jenis saiz dan ukuran gadjet tanpa mengganggu reka bentuk dan kandungan maklumat asal yang ingin disampaikan. Hal ini secara tidak langsung akan membantu website tersebut untuk menjadi lebih ‘Mobile Friendly‘ dan memudahkan pengguna untuk bernavigasi di dalam website tersebut.
Jika dulu segala maklumat hanya dapat diperoleh melalui medium surat khabar, televisyen atau dekstop komputer sahaja, kini segala bentuk maklumat dapat dicapai hanya melalui hujung jari! Malah sesetengah pengguna lebih gemar melayari sesebuah website melalui telefon pintar mereka sendiri berbanding melayari melalui komputer atau laptop. Kajian juga telah membuktikan bahawa bilangan viewer untuk pengguna telefon pintar yang masuk ke dalam website kini telah mula melebihi viewer dari dekstop komputer. Hal ini membuktikan bahawa sebuah website yang responsive bukan lagi satu kemahuan tetapi merupakan satu keperluan wajib bagi setiap website!
Sumber: freepik.com
5 Sebab Anda Perlukan Responsive Website
Salah satu ciri wajib yang perlu ada pada setiap website kini adalah responsive website design, berikut merupakan 5 sebab mengapa anda perlukan Responsive Website :-
1. Peningkatan Trafik Website melalui Telefon Pintar
Dengan perkembangan teknologi telefon pintar yang sangat pesat sekarang, semua pengguna lebih cenderung untuk melayari sesebuah website melalui telefon pintar mereka sendiri. Lebih 80% pengguna internet akan menggunakan telefon pintar untuk melayari internet dan masuk ke dalam website. Ini merupakan salah satu faktor yang kritis untuk anda mempunyai sebuah website yang responsive, di mana anda secara tidak langsung dapat meningkatkan trafik website dan memudahkan penyampaian maklumat kepada pengunjung website anda.
Tambahan pula, sebuah website yang responsive juga akan membantu pengunjung anda faham dengan lebih mudah maklumat yang ingin disampaikan dan mereka mungkin akan mengingati website anda sekiranya mereka ingin mencari produk atau servis yang ditawarkan di dalam website anda disebabkan anda mempunyai reka bentuk website yang responsive.
2. Memperbaiki User Experience
User Experience merupakan antara perkara penting yang patut dipertimbangkan dalam sesebuah website. Setiap pemilik website pasti inginkan pengunjung mereka untuk kembali lagi setelah kunjungan pertama mereka, persoalannya adalah bagaimana anda ingin meyakinkan mereka agar kembali lagi ke website anda sekiranya website anda memakan masa yang lama untuk loading atau tidak mempunyai resolution yang baik bagi saiz dan ukuran telefon pintar?
Hal sebegini dapat mempengaruhi User Experience para pengunjung yang berkunjung masuk ke website anda, di mana mood mereka untuk membeli atau mencari sesuatu pada website anda akan hilang dan mereka mungkin akan beralih ke website pesaing anda yang lebih responsive! Oleh itu, sebuah responsive website adalah perlu untuk anda memperbaiki User Experience para pengunjung website anda agar mereka merasa selesa dan ingin kembali lagi untuk membeli atau mencari sesuatu di website anda.
3. Membantu Search Engine Optimization Website
Sumber: freepik.com
Search Engine Optimization, atau SEO merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh kebanyakan bisnes online untuk membantu menaikkan ranking website mereka pada Google Search Page. Semakin tinggi ranking mereka dalam hasil carian Google, semakin tinggi peluang untuk pelanggan mereka menemui website dan servis/produk yang mereka tawarkan!
Punca responsive website design dapat membantu SEO untuk sesebuah website adalah Google sendiri. Dalam proses menaikkan ranking sesebuah website pada Google Search Page, strategi SEO amat berkait rapat dengan algoritma Google. Bermula 21 April 2015, Google telah menambahkan ciri “Mobile Responsive Design” pada algoritmanya. Algoritma ini akan mengimbas tempoh loading bagi setiap halaman website, elemen mobile responsive design dan amalan terbaik untuk telefon mudah alih. Hasilnya, website yang menepati semua ciri responsive design akan muncul pada ranking yang lebih tinggi pada Google Search Page.
4. Menjimatkan Waktu & Kos Maintenance Website
Suatu ketika dahulu, website yang dibangunkan untuk bisnes akan mempunyai 2 versi yang berbeza. Satu versi untuk paparan desktop dan satu versi untuk paparan telefon pintar. Mungkin kaedah ini seperti sudah tidak relevan pada era digital kini namun begitu, masih ada pemilik website yang menggunakan kaedah ini. Di samping itu, kaedah ini memakan masa yang lama & kos maintenance yang tinggi kerana terdapat 2 versi website yang berbeza perlu dikemaskini ketika terjadi masalah atau ingin mengubah/menambah isi kandungan website.
Sebuah responsive website dapat menjimatkan waktu dan kos maintenance website kerana anda cuma perlu laburkan kos tersebut kepada 1 versi sahaja. Mungkin kos untuk pembangunan untuk satu responsive website lebih tinggi daripada non-responsive website, namun secara keseluruhannya kos untuk pembangunan dan maintenance responsive website adalah lebih rendah daripada kos keseluruhan 2 versi website untuk paparan yang berbeza.
5. Meningkatkan Conversion Rate
Sumber: freepik.com
Menurut Google, jika website anda susah untuk dinavigasi oleh pengunjung, terdapat 61% kemungkinan pengunjung tersebut akan keluar dari website anda. Namun begitu, jika pengunjung website anda memperoleh interaksi yang positif seperti ayat copywriting yang menarik, arahan navigasi yang jelas, reka bentuk website yang mesra mobile (Mobile Responsive) dan sebagainya, terdapat 67% kemungkinan pengunjung tersebut akan convert kepada pelanggan!
Sebuah website yang responsive dapat membantu untuk meningkatkan conversion rate dengan menawarkan User Experience yang baik untuk para pengunjung. Dengan reka bentuk yang dapat diadaptasi ke semua jenis saiz dan ukuran gadjet, responsive website dapat memudahkan pengunjung untuk bernavigasi hanya melalui telefon pintar mereka tanpa perlu zoom atau scroll untuk mendapatkan paparan yang lebih baik. Ciri yang sebegini juga turut membantu memudahkan pencarian maklumat atau proses pembelian di dalam sesebuah website sekaligus meningkatkan keterujaan pembeli untuk shopping secara atas talian di website anda!
Kesimpulannya, sebuah responsive website adalah sangat relevan kepada pemilik bisnes yang baru hendak mula membangunkan website mereka sendiri. Diharap dengan perkongsian kali ini dapat menerangkan serba sedikit tentang betapa pentingnya untuk anda mempunyai sebuah website yang responsive. Hubungi kami jika anda ingin miliki sebuah website yang responsive untuk bisnes anda, kami di Eskay Web Agency sedia membantu untuk pembangunan responsive website untuk bisnes anda!