kesalahan menyebabkan anda kehilangan visitor di website

5 Kesalahan Besar Yang Boleh Menyebabkan Anda Kehilangan Pelawat ke Website

Table of Content

Untuk mendapatkan pelawat secara konsisten ke laman web anda bukanlah sesuatu yang senang. Banyak faktor yang memainkan peranan kepada engagement pelawat anda. Cara penulisan juga penting untuk menarik pelawat supaya berterusan untuk datang membaca di blog kita. Hingga ke hari ini, kebanyakan bisnes biasa membuat 5 kesalahan ini yang menyebabkan pelawat tidak datang ke laman web anda.

 

Laman Utama yang Menganggu

Laman utama untuk sesebuah laman web memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan pelawat. Elakkan meletakkan terlalu banyak info sehingga mengelirukan pelawat. Penggunaan terlalu banyak font dan saiz yang berlainan juga boleh mengelirukan pelawat dan sekali gus mempengaruhi bilangan pelawat ke laman web anda.

Navigation Bar yang Mengelirukan

Sesetengah laman web tidak mempunyai menu atau navigation bar yang mesra pengguna. Kadang-kadang pelawat sukar untuk mencari menu bar untuk ke page yang lain. Pastikan setiap muka surat yang penting dipaparkan di menu bar dan footer bar.

Media Sosial Tidak Disertakan

Media sosial memainkan peranan yang besar untuk menghubungkan bisnes dengan laman web anda. Pastikan anda sertakan sekali akaun media sosial anda terutamanya di bahagian hubungi di laman web. Ini akan memudahkan pelawat untuk melihat akaun media sosial anda.

Anda Tidak Menggunakan Butang “Call-to-Action” Sepenuhnya

Bahagian call-to-action di dalam laman web adalah sangat penting supaya dapat mendidik pelawat untuk mengetahu sesuatu info dengan lebih lanjut. Contoh bahagian call-t0-action yang biasa digunakan ialah seperti ketahui dengan lebih lanjut, tempah sekarang, hubungi kami dan sebagainya. Laman web yang mempunyai call-to-action lebih mesra untuk pelawat ke laman web anda.

Laman Web Anda Menggunakan Stock Photos

Penggunaan stock photos boleh dipertimbangkan untuk suatu tempoh jangka pendek, tetapi kurang bagus untuk jangka masa yang panjang. Ia akan menunjukkan bisnes anda tidak mempunyai authority yang jelas. Inilah masanya untuk anda mengeluarkan sedikit modal untuk membuat pelaburan untuk gambar asli bagi bisnes anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Share This Post