5 Kelebihan Mempunyai Laman Web Untuk Bisnes Anda

kelebihan mempunyai laman web

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email
88 / 100

Tahukah anda? 97% daripada pelanggan (Customer) mencari sesebuah servis atau busines secara atas talian (Online). Jika anda menjalankan bisnes tanpa kelebihan mempunyai laman web untuk bisnes anda, anda mungkin sudah kehilangan sebilangan besar pelanggan ini!

Dalam era digital hari ini, hampir semua pengguna akan terhubung dengan World Wide Web (WWW) untuk memenuhi keperluan harian , hiburan, pendidikan dan penyelidikan mereka. Populariti internet telah mendorong pelbagai perniagaan untuk memiliki kedai atas dalam bentuk Laman Web.

Sekiranya anda belum mempunyai laman web untuk bisnes anda, anda mungkin belum mencapai potensi penuh dalam mengembangkan prestasi bisnes anda. Memiliki sebuah  Laman Web dapat memberikan beberapa kelebihan untuk bisness anda yang mungkin belum anda ketahui sebelum ini.

Sumber: freepik.com

5 Kelebihan Mempunyai Laman Web Untuk Bisnes Anda

Jika anda memiliki atau mengendalikan bisnes yang belum mempunyai laman web, berikut adalah 5 kelebihan mempunyai laman web untuk bisnes anda yang mungkin akan membuatkan anda rasa menyesal kerana tidak mempunyai laman web lebih awal.

 

#1 Beroperasi 24/7

Mempunyai sebuah laman web bermaksud pelanggan akan sentiasa dapat mencari anda bila-bila masa di mana sahaja. Walaupun di luar waktu operasi bisnes anda, laman web anda akan terus mencari dan mendapatkan pelanggan baru pada setiap masa.

Sebuah laman web juga mampu menawarkan keselesaan mencari maklumat kepada pengguna kerana mereka dapat mengakses maklumat yang mereka perlukan hanya melalui rumah mereka sendiri tanpa tekanan untuk membeli daripada penjual. Tambahan pula, kebanyakkan bisnes kini mempunyai laman web mereka sendiri, jadi kemungkinan besar anda akan kehilangan pelanggan jika anda terus menafikan kelebihan mempunyai laman web untuk bisnes anda.

 

#2 Pertukaran Maklumat

Dengan mudah laman web mampu menyediakan cara yang paling cepat dan mudah untuk menyampaikan maklumat daripada penjual kepada pembeli. Salah satu kelebihan mempunyai laman web juga adalah anda boleh menyatakan waktu operasi, maklumat perhubungan seperti nombor telefon atau Facebook Page, menunjukkan gambar lokasi atau produk anda, dan menggunakan borang online untuk memudahkan pertanyaan dari pengguna atau prospek.

Anda juga boleh memuat naik video promosi untuk tarikan pelanggan dan menjual produk anda dengan cara yang lebih efektif dan menjimatkan. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang baik untuk mempromosikan saluran media sosial anda di samping membina hubungan baik dengan pelanggan anda.

 

#3 Kredibiliti Bisnes

Antara kelebihan mempunyai laman web adalah kredibiliti bisnes. Bayangkan jika anda mempunyai sebuah laman web yang kelihatan profesional dan mesra pengguna, kemungkinan besar pengguna akan lebih mempercayai bisnes anda berbanding bisnes-bisnes lain yang tidak mempunyai laman web atau mempunyai laman web yang kurang baik.

Anda juga akan mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapatkan pelanggan kerana mereka akan menjangkakan kepakaran anda adalah setara dengan rupa laman web anda

 

#4 Khidmat Pelanggan Secara Atas Talian

Kelebihan mempunyai laman web yang seterusnya adalah dapat menyediakan cara yang lebih mudah untuk mengendalikan perkhidmatan pelanggan. Dengan menyediakan jawapan bagi Soalan Lazim atau Frequently Asked Questions (FAQ), anda dapat mengurangkan kos khidmat pelanggan  dan menjimatkan masa serta wang anda, di samping itu anda juga mampu menawarkan lebih banyak maklumat untuk pelanggan.

Ini bermaksud bahawa pelanggan anda dapat menerima jawapan untuk soalannya dengan serta-merta untuk dan menjimatkan masa mereka. Hal ini sekaligus dapat membantu mendorong pelanggan untuk memberikan maklum balas yang positif melalui laman web anda. Ini juga boleh mendatangkan manfaat kepada anda, semua maklum balas positif tersebut boleh dimuat ke dalam laman web sebagai testimoni!

 

#5 Kembangkan Pasaran Bisnes

Internet membolehkan setiap bisnes untuk merentasi sempadan geografi dan menjadikan bisnes anda dapat diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai sambungan internet di mana-mana saja di dunia pada bila-bila masa. Sama ada anda menyediakan produk atau perkhidmatan, laman web adalah lokasi alternatif untuk menjual dan mempromosikan bisnes anda. Anda boleh menjangkau pelanggan yang berada di bandar atau negara lain hanya dengan sebuah laman web.

Dengan gaya hidup norma baharu yang menghadkan pergerakan pengguna ke kedai fizikal, mereka mula beralih untuk berkunjung ke kedai atas talian (Online Store) yang lebih mudah, cepat dan selamat! Laman web kini mampu mempromosikan produk anda 100 kali lebih pantas daripada paparan tingkap di hadapan kedai di dalam mana-mana pasaraya.

Mengapa tunggu lagi? Mengapa masih ragu-ragu selepas mengetahui kelebihan mempunyai laman web? Hubungi kami untuk khidmat nasihat atau penerangan yang lebih lanjut tentang kelebihan mempunyai laman web.

Jika anda berminat atau perlukan website, dapatkan quotation harga untuk website anda secara percuma dengan kami di Eskay Web Agency. Kami sedia membantu anda untuk memberikan servis yang terbaik untuk anda!

More To Explore

bersihkan website daripada malware
Blog

Website Terkena Serangan Malware? 12 Langkah Bersihkan Website Daripada Malware

83 / 100 Powered by Rank Math SEO Website kena hack? Terkena serangan malware? Anda tidak tahu cara bersihkan website daripada malware? Kali ini kami akan kongsikan cara bagaimana untuk anda bersihkan sendiri website anda daripada malware. Jika anda menggunakan platform WordPress untuk website anda, isu serangan malware sememangnya tidak boleh dielakkan. Pemantauan secara berterusan

font dalam website
Web Design

4 Rahsia Pemilihan Font Dalam Website

90 / 100 Powered by Rank Math SEO Pemilihan font dalam website merupakan salah satu faktor yang penting dan patut dititikberatkan ketika proses membina sesebuah website. Ketika membina sesebuah website, selain daripada mempunyai copywriting yang memberi impak yang baik, anda juga perlu mempertimbangkan jenis font yang anda ingin pilih agar website anda akan mempunyai gambaran

Subscribe to our newsletter

Dapatkan tips - tips terkini tentang website dan SEO!

Tips & Trick Website

Dapatkan Tips & Trick Terkini berkenaan website!
 Maklumat anda tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak ketiga.
× Boleh kami bantu anda?