online video editor

5 Free Online Video Editor 2019

Isi Kandungan

Kadang-kadang anda mahu menggunakan video editor dengan kadar segera tanpa perlu memuat naik perisian. Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan editor secara atas talian? Di sini kami senaraikan beberapa laman web yang boleh anda gunakan.

1. Movie Maker Online

Pertama sekali, Movie Maker Online mempunyai ads yang mungkin akan sedikit mengganggu anda.

Jika anda dapat lihat, Movie Maker Online ini adalah tool yang sangat bagus. Ia membolehkan anda untuk memuat naik video, imej dan muzik, dan menggabungkan kesemuanya kepada projek dengan hanya drag and drop ke timeline.

Untuk pengetahuan anda juga, anda hanya boleh export video ke dalam format MP4 sahaja, tetapi bagi kami itu adalah standard kepada format video.

2. ClipChamp

ClipChamp menawarkan keseimbangan di antara kuasa dan penggunaan dan mungkin menjadi kesukaan anda jika Movie Maker Online (di atas) yang menawarkan lebih banyak pilihan daripada yang anda perlukan.

Versi free untuk tool ini mempunyai beberapa pengehadan, antaranya anda hanya boleh export video pada standard biasa sahaja.

Anda boleh memuat naik video daripada apa yang telah anda rakam atau menggunakan webcam untuk merakan video baru. Antara kelebihan yang ada pada tool ini termasuklah anda boleh menggunakan trimming, cropping, flipping, rotating dan brightness/contrast.

3. Adobe Spark

Adobe Spark boleh dikatakan sesuai untuk penyediaan video bagi media sosial. Ia menawarkan untuk anda membuat kad ucapan, flyers, post instagram dan semestinya video.

Spark memberikan anda 2 pilihan untuk membuat video, yang pertama adalah menggunakan template yang disediakan oleh mereka, ataupun bermula dari kosong.

Anda boleh merekod audio daripada mikrofon PC anda, meletakkan tajuk, warna tema, dan meletakkan muzik. Ia adalah pilihan yang ideal untuk penggunaan sosial media.

4. Online Video Cutter

Jika kita melihat pada namanya, Online Video Cutter lebih kepada untuk memotong durasi video mengikut kehendak anda. Tool ini membolehkan anda untuk memuat naik sehingga 500MB saiz video atau video yang disimpan di dalam Google Drive atau lain-lain servis.

Anda boleh buang mana-mana bahagian yang anda tidak perlukan di dalam video, crop dan lain-lain lagi. Anda juga boleh pusingkan video anda jika anda merekod video menggunakan telefon.

Anda juga boleh menyimpan video ini di dalam pelbagai format video dan anda juga boleh memilih untuk menyimpan dalam kualiti yang rendah atau tinggi untuk meminimakan saiz file.

5. Kizoa

Kizoa direka khas untuk membuat video slideshow untuk di penggunaan sosial media.

Walaupun anda boleh memusingkan dan memotong klip video, meletakkan beberapa video bersama, pada pandangan kami Kizoa berfungsi lebih bagus untuk penggunaan gambar bertukar kepada video.

Anda perlu mendaftar akaun percuma untuk digunakan tetapi ini adalah asas yang tidak memerlukan masa yang lama. Pengguna yang menggunakan akaun percuma akan mendapat 1GB storan untuk video dan akan diletakkan watermark.

Leave a Reply

Share This Post