Di dalam dunia pemasaran digital sekarang, kemahiran untuk mempercepatkan SEO website untuk index di muka surat pertama Google Search adalah suatu anugerah. Akan tetapi kebanyakan pemasar digital sering mengabaikan kemahiran ini, walaupun ia mengambil beberapa langkah sahaja untuk membuatkannya berkesan!
Anda tidak perlukan peralatan yang mahal
Kami akan tunjukkan kepada anda beberapa cara mudah yang akan membimbing anda menentukan keberkesanan website anda. Untuk pesaing anda, mereka juga menolong untuk anda menentukan sesuatu yang perlu dipertingkatkan untuk SEO website anda.
Mari kami tunjukkan;
1. Ketahui domain authority website anda
Domain authority adalah markah daripada skala 100 yang direka oleh Moz, untuk menjangkakan kedudukan sesuatu website di search engines. Ia akan ditetapkan pada website anda untuk melihat kedudukan website anda. Semakin tinggi markah semakin tinggi kedudukan website anda di search results.
Bacaan ini sangat berguna apabila untuk membandingkan website anda dengan website yang lain untuk suatu tempoh masa.
Domain authority akan menentukan umur, SEO, linking root domains dan kekuatan backlinks. Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke website Moz dan buat carian untuk website anda.
Jika markah domain authority anda rendah maka anda perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan SEO website anda.
2. Periksa sitemap website anda
Adakah website anda mempunyai sitemap? Untuk mengetahui sama ada website anda mempunyai sitemap atau tidak, anda boleh ke browser dan taip nama domain website anda dan tinggalkan ruang, kemudian tambahkan perkataan “sitemap.xml”. Sebagai contoh: eskay.my sitemap.xml.
Jika tiada, anda harus berbuat demikian. Fungsi sitemap adalah untuk menunjukkan index website anda secara teratur dan mudah, yang mana bagus untuk search engines apabila mereka crawl website anda. Jika website anda mempunyai sitemap, semak keyword yang digunakan di anchor text, bilangan link dan yang penting sekali adalah memastikan semua muka surat adalah tersenarai.
3. Analisis robot.txt
Matlamat daripada analisis ini adalah untuk memerhatikan apa yang disekat daripada crawlers dan apa yang tidak, pastikan robot.txt adalah ditulis dengan baik. Apa yang penting adalah anda perlu pastikan bahawa ianya wujud. Untuk menyemak anda bolehlah taip di browser seperti : yourdomain/robots.txt
Robots.txt files kebiasaannya terdiri daripada senarai isi yang mana spiders/crawlers tidak dibenarkan. Website yang dioptimisekan mempunyai fail robots.txt yang tiada isi besar yang disekat.
4. Cuba target keyword anda
Mencari jalan bagaimana website anda beroperasi di dalam queries adalah salah satu cara yang mudah untuk membuat anggaran prestasi usaha SEO anda. Cuba dengan keyword yang panjang.
Google dan bilang nombor hasil carian anda hasil keputusan website anda. Tentukan kedudukan website anda di dalam search engine research results pages (SERPs). Jika website anda muncul sebagai nombor satu untuk sesuatu keyword, SEO anda adalah yang terbaik.
Kebanyakan pengguna hanya melihat muka surat pertama di search engines. Jadi jika website anda tidak muncul pada muka surat pertama, anda perlu tingkatkan SEO website anda.
5. Berapa laju website anda load?
Search engines sangat diskriminatif apabila bercakap tentang kelajuan website. Jika website anda perlahan, maka sukar untuk meningkatkan kedudukan website anda. Untuk menguji kelajuan website anda, bolehlah ke pingdom.com atau gtmetrix.com dan klik “analyze”.
Pingdom.com atau gtmetrix.com akan menganalisis website anda dan akan kemukakan keputusan hasil daripada analisis. Mereka akan memberitahu apa yang patut dilakukan untuk meningkatkan kelajuan website anda dan apa yang sudah bagus.
Dengan beberapa cara ini dapat membantu anda untuk meningkatkan SEO website anda. Ia adalah percuma yang tidak memerlukan anda membeli apa-apa atau memerlukan kemahiran yang tinggi.
Jika anda memerlukan khidmat untuk menaikkan SEO website anda dengan lebih terperinci, kami sedia untuk membimbing anda. Anda boleh menghubungi kami, dengan sedikit bayaran akan meningkatkan website anda di search engines dalam masa yang cepat!