Ikuti beberapa langkah ini untuk meningkatkan Search Engine Optimization (SEO) website anda dan anda akan dapat melihat hasilnya selepas beberapa minggu.
1.Hasilkan Kandungan yang Relevan
Kualiti kandungan artikel atau content anda sangat penting dalam menentukan ranking untuk search ranking website anda. Kualiti kandungan haruslah dibina secara spesifik untuk menaikkan site traffic, di mana akan meningkatkan site authority dan relevan.
Kenalpasti dan target keyword phrase untuk setiap muka surat. Fikir seolah anda adalah user yang akan mencari sesuatu frasa untuk sesuatu page contohnya dengan frasa “tempat makan best di Kuala Terengganu”. Jadi, anda harus gunakan frasa ini beberap kali di dalam artikel anda sama ada permulaan atau perakhiran perenggan.
Jangan lupa untuk gunakan bold, italics, tag heading (terutamanya H1) dan tag-tag lain untuk highlightkan frasa ini. Akan tetapi jangan gunakan terlalu banyak. Jangan abaikan bahasa dan writing style anda supaya user dapat maklumat apa yang sepatutnya.
2. Selalu Update Blog atau Artikel Anda
Untuk mendapat index di search engine, anda haruslah konsisten dalam update content website anda. Cara ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk penentu site relevancy. Jadi pastikan anda menulis content yang menarik.
3. Metadata
Apabila membina website anda, setiap muka surat perlu mengandungi ruang atau space di antara tag <head> untuk memasukkan metadata atau sebarang maklumat tentang kandungan muka surat anda. Untuk pengguna website CMS, fungsi tersebut telah tersedia ada untuk setiap muka surat website.
4. Mempunyai link-worthy site
Fokus kepada membuat link yang berkaitan di dalam kandungan daripada link “click here”, cuba tulis nama destinasi. “Click here” tiada nilai untuk search engine. Sentiasa guna descriptive links dengan linking keywords. Ia bukan hanya menaikkan SEO anda, tetapi akan menambahkan nilai kepada pembaca termasuklah kepada mereka yang mempunyai kekurangan ataupun mereka yang menggunakan screen readers.
5. Guna alt tag
Sentiasa describe visual dan video menggunakan tag alt, ataupun alternative text descriptions. Mereka membenarkan search engine untuk menempatkan muka surat website anda di mana ia adalah crucial terutamanya untuk mereka yang menggunakan text-only browser ataupun screen readers.