Perniagaan online semakin sinonim dengan rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka sudah mula mengenali platform-platform online khususnya untuk pasaran Malaysia. Begitu juga dengan penggunaan e-wallet di kalangan netizen.
Siapa tidak tahu tentang Facebook, Instagram serta platform jualan online seperti Shopee, Lazada, Zalora, Carousell dan pelbagai lagi. Kita dapat lihat pelbagai platform besar yang menghasilkan jualan puluhan juta dalam masa sebulan. Tidakkah anda teringin untuk memiliki perniagaan online seperti ini?
Anda sebenarnya boleh memulakan perniagaan online dengan platform yang percuma seperti Facebook, Instagram, Shopee dan lain-lain. Pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk memulakan perniagaan online anda. Kami ingin kongsikan beberapa cara mudah untuk anda memulakan perniagaan online.
1. Mulakan Perniagaan Online di Platform Percuma
Tahukah anda tentang berapa banyak trafik yang masuk di platform seperti Facebook dan Instagram setiap hari? Gambar di bawah menunjukkan statistik trafik bagi pengguna di Facebook yang mengatasi pengguna di Twitter.
Audience dan pasaran sudah pun tersedia untuk anda. Cuma memerlukan kreativiti dan teknik marketing daripada anda bagaimana untuk menjual produk anda.
2. Kaji Kehendak Pasaran
Sebelum menjual sesuatu produk, anda harus mengkaji kehendak bagi sesebuah pasaran tersebut. Jika anda menjual produk kecantikan, ianya lebih sesuai dengan platform yang mana audiencenya ramai dari kalangan wanita. Jika anda hanya menjual satu jenis produk, anda mungkin hanya memerlukan landing page dan diintegrasikan dengan Facebook Ads atau Google Ads dan hanya target kepada target pasaran anda sahaja. Tidak semestinya semua jenis produk anda perlu menjual di Shopee atau Facebook, ia memerlukan teknik digital marketing yang betul.
3. Keterangan Produk Yang Jelas
Jika anda menjual produk di mana-mana platform, pastikan anda menulis keterangan produk dengan jelas. Prospek pembeli produk anda semestinya mahu membaca keterangan produk anda terutamanya apa kelebihan produk anda tawarkan kepada mereka. Jika anda hanya menulis “Pos dan COD” dan anda terus siarkan iklan produk anda, adakah anda merasakan prospek akan tertarik dengan produk anda? Lagi-lagi bagi produk yang mempunyai ramai pesaing. Di sini apa yang penting adalah teknik copywriting dan juga testimoni pengguna.
4. Bina Website Untuk Produk Anda
Bagi mereka yang melihat website ini adalah aset digital untuk bisnes mereka, tahniah saya ucapkan. Anda sememangnya sudah selangkah ke hadapan. Dengan adanya website juga, ianya dapat membantu branding untuk jenama produk anda. Kebanyakan daripada pemilik bisnes tidak mahu melaburkan wang untuk website mereka sendiri. Alangkah ruginya kerana dengan adanya website, anda bakal menjimatkan masa dan aset digital anda ini dapat beroperasi 24 jam tanpa perlu penyeliaan yang berterusan.
Anda hanya tunggu notifikasi daripada email anda anda yang menandakan pesanan masuk lalu terus memproses pesanan tersebut. Jika anda ingin mengetahui jenis website mana yang sesuai dengan bisnes anda, anda boleh menghubungi kami. Kami akan berikan khidmat nasihat atau konsultansi percuma kepada anda.
5. Guna Teknik Digital Marketing Yang Berbayar
Apabila jenama anda sudah mula dikenali ramai, rasanya ia adalah masa yang sesuai untuk ke proses pemasaran yang lebih besar. Ianya juga dapat mempercepatkan jualan dan branding bisnes anda. Pelbagai jenis teknik digital marketing yang berbayar antaranya Facebook Ads, Google Ads dan lain-lain. Ianya bergantung kepada jenis produk yang anda tawarkan. Rasanya tidak rugi untuk melaburkan duit pada teknik yang berbayar ini. Jika kajian anda mendapati lebih ramai pengguna membuat carian di Google untuk produk anda, anda boleh menggunakan Google Ads. Jika anda inginkan permainan untuk jangka masa panjang, anda boleh optimumkan SEO untuk website anda supaya website anda dapat dipaparkan di muka pertama carian di Google.
Kesimpulannya, bagi mana-mana pemilik bisnes yang masih tidak memulakan perniagaan secara online ini, anda sebenarnya satu langkah ke belakang. Perniagaan secara online ini adalah penting bagi tempoh masa 2,3 tahun depan. Jika anda tertinggal, susah untuk anda kejar mereka iaitu pemilik bisnes yang sudah bertapak dalam platform perniagaan online. Mulakan perniagaan online anda sekarang!