memilih nama domain

4 Trick Dalam Memilih Nama Domain Untuk Website Anda

Isi Kandungan

Salah satu elemen yang sangat penting dalam proses pembangunan laman web adalah proses memilih nama domain. Nama domain akan memainkan peranan sebagai nama untuk laman web tersebut dan akan menjadi kunci dalam menjadikan sesebuah laman web itu mudah diingati dan dijumpai ketika pengunjung melakukan carian.

memilih nama domain

Sekiranya anda masih belum mempunyai sebuah laman web atau ingin membina laman web yang baru, nama domain merupakan salah satu elemen yang patut diberikan perhatian kerana nama domain akan menjadi identiti kepada laman web yang akan dibina. Jadi pastikan anda memilih nama domain yang sesuai dan unik agar anda akan mempunyai identiti yang unik dan baik di internet.

Apa itu Nama Domain?

Nama domain merupakan alamat unik laman web di internet. Pada dasarnya, setiap laman web di internet akan mempunyai alamat IP (Internet Protocol Address) yang berbeza dan unik serta terdiri daripada kombinasi nombor yang susah untuk dihafal dan diingati. Oleh itu, nama domain memainkan peranan dalam mengenal pasti alamat IP tersebut agar dapat memudahkan pengunjung untuk mengakses maklumat di sesebuah laman web.

5 Trick Dalam Memilih Nama Domain Untuk Website Anda

Kebanyakan pemilik laman web sering mengambil mudah dalam proses memilih nama domain yang terbaik untuk laman web mereka. Nama domain boleh diibaratkan seperti alamat rumah untuk sesebuah laman web, pasti laman web anda sukar dijumpai jika alamat anda tidak jelas dan sukar untuk dieja. Bayangkan jika prospek anda tersalah alamat dan sampai ke laman web pesaing anda, pasti anda akan kehilangan pelanggan/pengunjung yang berharga hanya kerana nama domain anda tidak relevan atau sukar dieja.

Disebabkan hal ini, pemilihan nama domain amat penting bagi memastikan prospek/pengunjung anda dapat sampai ke laman web anda tanpa sebarang masalah atau kekeliruan disebabkan nama domain yang kurang sesuai. Mari kami kongsikan Trick Dalam Memilih Nama Domain Untuk Website Anda :

1. Gunakan nama domain yang singkat

Nama domain tidak memerlukan nama yang panjang, pastikan anda memilih nama domain yang ringkas dan singkat. Jika nama domain tersebut panjang, pengunjung mungkin akan menghadapi kesukaran ketika mencari laman web anda.

Pada masa yang sama, nama domain anda juga mungkin akan susah untuk dihafal oleh pengunjung. Pastikan anda memilih nama domain seringkas yang boleh seperti eskay.my, facebook.com, google.com dan sebagainya.

2. Elakkan penggunaan angka dan hyphen

Pastikan nama domain anda tidak menggunakan angka atau hyphen (-) yang akan menyukarkan atau mengelirukan pengunjung. Elakkan menggunakan angka atau simbol sebagai kata ganti yang singkat untuk perkataan di dalam nama domain anda , contohnya nama domain “bisnes2u.com” yang menggunakan nombor ‘ 2 ‘ sebagai ganti perkataan ‘ To ‘ dan “kismis-minda.com” yang menggunakan tanda ( – ) di dalam nama domain tersebut.

Penggunaan simbol atau angka sebegini mungkin terlihat kreatif, namun ia akan mengelirukan pengguna yang mungkin akan tersilap tafsir nama domain “bisnes2u.com” kepada “bisnesstoyou.com” atau “bisnes2you.com”. Hal ini secara tidak langsung akan menjadi punca utama laman web anda tidak dijumpai oleh prospek/pengunjung.

3. Mudah Untuk Dieja

Trick untuk memilih nama domain yang bagus adalah dengan memastikan nama domain tersebut mudah dieja oleh semua orang. Bayangkan nama domain anda sukar untuk dieja, pasti ini akan menyukarkan pengunjung untuk menaip nama tersebut dan mencarinya di internet. Mereka juga mungkin akan kehilangan minat dan mood mereka jika nama yang mereka taip tersilap eja dan tidak dijumpai.

Sebagai contoh, nama domain “mikaiellesuhaili.com” sangat susah untuk dieja dan kebarangkalian untuk melakukan kesilapan ketika menaip sangat tinggi kerana pengunjung akan keliru sama ada ejaan tersebut betul atau tidak. Jadi pastikan anda menggunakan ejaan yang jelas dan mudah dieja seperti “pandaisolat.com” atau “ganufresh.com” agar pengguna tidak keliru dan yakin dengan ejaan yang digunakan ketika menaip nama domain anda di internet.

4. Mudah Untuk Disebut

Apabila nama domain anda mudah disebut, nama domain tersebut pasti akan mudah untuk diingati oleh mereka yang mendengarnya. Elakkan menggunakan istilah saintifik atau perkataan yang akan mengundang kekeliruan di dalam nama domain anda kerana ini akan menyukarkan anda sendiri semasa anda memberitahu nama domain anda kepada seseorang.

Bayangkan jika anda menggunakan istilah saintifik sebagai nama domain seperti “morindacitrifolia.com”, nama yang bukan sahaja susah untuk disebut malahan sukar juga untuk dibayangkan ejaan ketika disebut. Gunakan nama yang mudah disebut seperti “naktutor.com” atau “lelakisado.com” untuk memudahkan nama domain anda diingati oleh mereka yang mendengarnya kerana nama tersebut lebih ringkas, mudah disebut dan secara tidak langsung mereka akan faham produk atau servis apa yang anda tawarkan hanya dengan mendengar nama domain tersebut.

Sebagai kesimpulan, proses untuk memilih nama domain amat penting sebelum anda mula membangunkan sebuah laman web. Semoga 4 trick dalam memilih nama domain yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak akan membantu anda dalam mendapatkan nama domain terbaik untuk laman web anda. Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pemilihan nama domain untuk laman web anda, kami di Eskay Web Agency sedia membantu anda mendapatkan pilihan nama domain terbaik untuk laman web anda!

Leave a Reply

Share This Post