font dalam website

4 Rahsia Pemilihan Font Dalam Website

Isi Kandungan

Pemilihan font dalam website merupakan salah satu faktor yang penting dan patut dititikberatkan ketika proses membina sesebuah website. Ketika membina sesebuah website, selain daripada mempunyai copywriting yang memberi impak yang baik, anda juga perlu mempertimbangkan jenis font yang anda ingin pilih agar website anda akan mempunyai gambaran visual teks yang baik dan maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.

Tipografi atau jenis font di dalam website anda seharusnya dapat meningkatkan suara jenama anda, dan juga kelihatan jelas di skrin. Mari kami kongsikan 4 rahsia untuk memilih font yang sesuai dan terbaik untuk website anda!

font dalam website

Sumber: Google

4 Rahsia Pemilihan Font Dalam Website

Pemilihan font dalam design website adalah sangat penting kerana ia menentukan samada maklumat yang ada pada website akan disampaikan dengan baik atau tidak. Jadi setiap pemilik website perlu tahu bagaimana cara agar mereka dapat memilih font yang tepat untuk design website mereka. Pelajari 4 Rahsia Pemilihan Font Dalam Website di bawah ini sebagai panduan dalam memilih font yang paling tepat untuk website anda.

 

1. Pastikan font website sesuai dengan konsep bisnes/brand anda

Lazimnya dalam proses merekabentuk sesebuah website, pasti akan ada satu (1) konsep design yang akan digunakan dari permulaan proses hingga website siap dibina. Konsep ini biasanya akan sejajar dengan konsep bisnes yang digunakan, jadi pastikan anda memilih font yang sesuai dengan konsep bisnes/brand anda ketika membina sebuah website. Jangan gunakan font yang jauh dari konsep bisnes anda kerana hal ini mungkin akan menjadikan design website anda nampak tidak seimbang dan kurang kemas.

Penggunaan font dalam website yang sesuai dengan konsep bisnes anda juga akan menampakkan website anda lebih profesional dan trendy di mata pengunjung yang datang. Pastinya hal ini juga dapat menarik minat mereka untuk berada lebih lama di dalam website anda.

2. Susun jenis font mengikut kepentingan

Susunan jenis font juga perlu dipertimbangkan bagi meningkatkan impak visual website anda. Setiap website perlu memiliki susunan hierarki seperti Heading, Sub Heading, dan sebagainya. Sekiranya anda menggunakan font yang berlainan pada setiap susunan hierarki, pastikan anda menyusun setiap aras hirarki tersebut mengikut saiz font yang berlainan. Font dan saiz font untuk Heading perlu lebih menonjol dan besar berbanding Sub Heading, hal ini akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin anda ketengahkan kepada pengunjung website anda.

font dalam website

Sumber: Google

 

3. Pelajari klasifikasi asas font

Seni tipografi amat luas dan kompleks bermula daripada kebolehbacaan sesebuah tulisan sehingga ke penjajaran dan jarak teks. Antaranya adalah klasifikasi font : Serif & Sans Serif. Berikut adalah penerangan ringkas bagi setiap klasifikasi font berkenaan beserta contoh font :

  • Serif : Jenis huruf Serif adalah huruf yang memiliki garis-garis kecil yang berdiri horizontal pada badan huruf. Garis-garis kecil ini biasa disebut juga counterstroke. Counterstroke inilah yang membuat jenis huruf serif lebih mudah dibaca karena garis tersebut membantu menuntun mata pembaca melalui suatu garis teks. Sangat sesuai digunakan untuk teks content atau isi. Contoh font yang dapat dikategorikan pada jenis huruf Serif adalah Times New Roman, Garamond, Book Antiqua, Palatino Linotype, Bookman Old Style, Calisto MT, Dutch, Euro Roman, Georgia, Pan Roman, Romantic, Souevenir, dan lain-lain.

font dalam website

Sumber: Google

  • Sans Serif : Jenis huruf sans serif pula adalah jenis huruf yang tidak memiliki garis-garis kecil dan bersifat solid. Jenis huruf seperti ini lebih tegas, bersifat fungsional dan tampak lebih moden. Contoh font yang digolongkan kepada Sans Serif adalah Arial, Futura, Avant Garde, Bitstream Vera Sans, Century Gothic dan lain sebagainya.

4. Gunakan font mudah dibaca

Maklumat di dalam website anda akan berisiko untuk sukar dibaca sekiranya anda tidak menggunakan font yang tepat dan jelas. Setiap maklumat perlu disampaikan dengan tepat dan jelas, jadi pastikan anda memilih font yang tepat untuk setiap bentuk maklumat yang ingin disampaikan. Anda boleh menggunakan Google Font sebagai sumber rujukan dalam pemilihan font dalam website. Jenis font yang dimiliki google adalah font yang telah terbukti berkesan untuk memberi impak visual kepada pembaca, anda dapat menggunakan font tersebut secara percuma dan tiada isu hakcipta akan timbul untuk jenis-jenis font tersebut.

Natijahnya, pemilihan font dalam website sangat penting bagi mana-mana rekabentuk website. Hal ini adalah kerana ia merupakan elemen estetik di dalam website di samping membantu para pengunjung untuk dapat mengenal pasti maklumat dan membaca kandungannya dengan lancar. Sekiranya font yang dipilih terlalu bosan atau kusam, reka bentuk kandungan website mungkin kelihatan tidak menarik. Namun begitu, jika font yang dipilih terlalu fancy pula, kandungan website anda mungkin berisiko untuk sukar dibaca.

Diharap dengan perkongsian kali ini dapat memberi kesedaran berhubung penggunaan font yang tepat di dalam website anda. Hubungi kami jika anda ingin miliki sebuah website yang mempunyai reka bentuk yang menarik dan mudah dibaca, kami di Eskay Web Agency sedia membantu untuk membangunkan website untuk bisnes anda!

Leave a Reply

Share This Post