landing page

4 Info Tentang Landing Page Yang Anda Masih Belum Tahu!

Isi Kandungan

Dalam dunia Digital Marketing, Landing Page dibuat khusus untuk campaign marketing atau iklan. Di mana landing page menjadi tempat pengunjung untuk “mendarat” di dalam web setelah mereka mengklik pautan dalam emel, atau iklan dari Google, Youtube, Facebook, Instagram atau tempat serupa.

1. Apa itu Landing Page?

Landing Page merupakan halaman pertama yang dibuka oleh user dengan mengklik sesuatu pautan terlebih dahulu. Namun di dalam dunia digital marketing, landing page merujuk kepada sebuah laman khusus (one page) yang terpisah dari bahagian lain website. Landing page biasanya akan mempunyai target audience atau sasaran pelawat yang spesisfik dan bukan dibuat untuk menjual banyak jenis produk. Lazimnya, sebuah landing page hanya mempunyai 1 muka lama sahaja (one page) kerana ia direka bentuk untuk fokus kepada 1 produk yang spesifik sahaja.

Sebagai contoh, landing page yang menawarkan E-Book Percuma mengenai Tips & Trick Menjadi Dropship Tudung. Untuk mendapatkan E-Book ini, pengunjung yang masuk ke dalam landing page tersebut perlu memberi maklumat seperti nama, emel & nombor telefon melalui Opt-In Form di landing page tersebut. Kemudian pengunjung tersebut akan menerima E-Book Percuma itu melalui emel. Melalui kaedah ini, pemilik landing page tersebut telah mendapatkan database mereka yang berminat untuk menjadi agen atau dropship produk tudung.

landing page

Sumber: Freepik

Tidak seperti halaman website yang biasanya mempunyai banyak produk dan mendorong untuk pengunjung bernavigasi, landing page dirancang dengan fokus atau tujuan tunggal yang dikenali sebagai Call-To-Action (CTA). Fokus inilah yang menjadikan landing page sebagai salah satu teknik terbaik untuk meningkatkan conversion rate sesebuah campaign marketing di samping menurunkan kos untuk memperoleh leads atau sales. Berikut adalah funnel landing page dalam digital marketing :

landing page

Sumber: Google

Seperti yang diterangkan di dalam gambaran di atas, traffik pada bahagian atas funnel yang mengklik pada pautan di dalam emel marketing atau iklan yang dijalankan di platform media sosial akan dibawa masuk ke dalam landing page. Di sini trafik tersebut akan diberikan maklumat tawaran produk dengan menggunakan copywritting dan reka bentuk yang menarik dan memudahkan pengunjung. Di samping itu, database prospek juga dapat ditapis melalui landing page melalui penggunaan Opt-in Form seterusnya membantu pemilik landing page tersebut untuk menggunakan kaedah retargeting yang berfokus hanya kepada prospek yang pernah memberi database mereka melalui landing page tersebut.

2. Perbezaan antara Landing Page dan Homepage

Berikut merupakan salah satu contoh perbezaan antara landing page dan homepage. Perbezaan yang paling ketara yang boleh dilihat adalah homepage akan mempunyai banyak produk yang membawa kepada pautan yang berbeza manakala landing page pula hanya memiliki SATU(1) produk dan pautan lazimnya akan membawa kepada checkout page.

landing pageSumber: Google

Landing page biasanya akan memiliki hanya 1 produk yang berfokus. Dengan berfokus hanya kepada 1 produk untuk satu landing page, trafik yang masuk ke dalam landing page tersebut secara automatik akan dilabel sebagai prospek yang berminat dengan produk berfokus tersebut. Berlainan pula dengan homepage yang kebiasaanya akan mempunyai lebih dari 2 produk, prospek yang masuk ke homepage sesebuah website belum tentu berminat dengan produk yang dijual di dalam website tersebut. Tambahan pula, mereka perlu bernavigasi di dalam website terlebih dahulu sebelum mereka memutuskan produk pilihan mereka.

3. Jenis – Jenis Landing Page

landing page

Sumber: Unbounce.com

  • Lead Generation Page

Juga disebut sebagai “Lead Gen” atau “Lead Capture” page, Lead Generation page ini menggunakan ‘Form‘ (Borang) sebagai bentuk Call-To-Action (CTA) di dalam landing page tersebut. Form ini berfungsi sebagai cara untuk mengumpulkan database prospek yang berkunjung, seperti nama, emel, alamat dan nombor telefon mereka. Hal ini adalah bertujuan untuk mewujudkan sasaran spesifik untuk produk yang akan mereka tawarkan.

Biasanya landing page jenis ini akan digunakan oleh golongan B2B untuk mendapatkan database tersebut dengan cara menawarkan E-Book Percuma, Kursus Online Percuma, Diskaun Training, dan sebagainya.

  • Clickthrough Page

Landing page jenis click-through merupakan landing page yang menggunakan button Call-To-Action (CTA) secara terus dan menyambungkannya ke pautan luar seperti Whatsapp Chat, Channel Telegram, URL website dan lain-lain. Lazimnya landing page jenis ini akan digunakan oleh pemilik website yang ingin mempromosikan satu produk hot selling item mereka secara berfokus. Button CTA yang digunakan juga akan terus ke checkout page untuk pengunjung melakukan bayaran secara atas talian.

4. Langkah awal membina sebuah Landing Page?

Sebelum anda runsing mencari tools atau software untuk membina Landing page, terdapat beberapa langkah awal yang harus dititikberatkan seperti :

  • Tentukan tujuan sesebuah landing page ingin dibina. Apakah yang ingin anda dapatkan melalui landing page? Leads, Sales atau Branding?
  • Jika fungsi landing page tersebut adalah untuk menangkap leads, pastikan anda mempunyai tawaran yang dapat menarik pengunjung untuk memberikan emel atau maklumat mereka kepada anda. Kata kuncinya adalah Lead Magnet. Lead magnet apa yang mampu anda tawarkan?
  • Rangkakan copywriting yang menarik dan mampu untuk membuatkan pengunjung tidak ragu untuk menyerahkan dan melakukan apa yang diminta di landing page tersebut. Ini sangat penting kerana kata-kata atau ayat yang digunakan dapat memberikan impak yang besar pada hasilnya.

Setelah selesai semua langkah tersebut, anda kini boleh mula membina sebuah landing page untuk bisnes anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan beberapa tools atau software yang popular seperti WordPress, Wix, Leadpages, ClickFunnels dan sebagainya ataupun anda boleh mengupah mana-mana agensi web untuk membina landing page yang anda inginkan.

Hubungi kami sekiranya anda perlukan sebarang bantuan atau ingin membina sebuah landing page untuk bisnes anda, kami di Eskay Web Agency sedia membantu untuk mendapatkan sebuah landing page yang mampu menghasilkan conversion!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This Post