Semestinya ramai yang masih belum tahu tentang kewujudan Canva dan bagaimana cara gunakan Canva bagi menggantikan software editing pro lain? Bagi pemilik media sosial yang ingin menjimatkan kos tenaga kerja, canva adalah jawapannya.
Jika anda ingin mengetahui tutorial atau cara untuk menggunakan Canva, anda berada pada tempat yang betul. Canva ini mempunyai banyak kelebihan dan dapat menjimatkan masa anda kerana anda boleh menggunakan template yang ada.
Tugas anda untuk mengendalikan akaun Instagram, Facebook, Twitter, dan bahkan e-mel anda jauh lebih mudah dengan selepas ini. Untuk membantu anda menilai bagaimana Canva dapat membantu akaun media sosial anda berkembang, berikut adalah lima cara bagaimana Canva dapat membantu menguruskan akaun media sosial anda.
1. Cover Profil Facebook
Gambar cover Facebook anda adalah perkara pertama yang dilihat penonton anda ketika mengklik profil anda. Dengan mengambil kira pandangan pertama adalah aset yang berharga di halaman anda, gambar cover Facebook memberi gambaran segera kepada penonton anda tentang siapa jenama anda dan apa yang anda boleh tawarkan kepada mereka. Menukar gambar cover Facebook anda secara berkala adalah sesuatu langkah yang bijak kerana:
- Ia membolehkan anda menonjolkan sesuatu yang spesifik seperti promosi dan sebagainya.
- Ini menunjukkan bahawa anda aktif dan anda berinteraksi dengan audien anda.
- Ia menunjukkan unsur-unsur bisnes anda melalui grafik yang berwarna.
Canva mempunyai ribuan template Facebook Cover PERCUMA yang direka secara profesional dan boleh disudahkan dengan beberapa klik sahaja. Ukurannya sudah tepat, jadi anda pasti dapat memperoleh reka bentuk piksel yang tepat.
2. Gambar Yang Menarik
Dalam persaingan sekarang, tidak mudah untuk membina sesuatu jenama. Dengan adanya grafik yang menarik ini ia mampu untuk memperkenalkan jenama anda.
Canva menjadikan penjenamaan semudah drag and drop. Sama ada anda memilih untuk menggunakan logo, template media sosial, atau hashtag, tugas yang sepatutnya memakan masa kini hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk siap.
4. Review
Salah satu prinsip asas yang sering digunakan oleh marketer dalam psychology marketing adalah dengan pembuktian sosial. Dan salah satu kaedah termudah untuk menunjukkan bukti sosial jenama anda dan membantu bakal pelanggan mempercayai anda adalah melalui review. Untuk menjadikan review anda menyerlah, disertakan contoh review;
Seperti yang dapat kita lihat dalam contoh di atas, penggunaan warna, bingkai, jenis tulisan dan penggunaan warna putih yang menarik digunakan untuk memberikan ilustrasi kepada review ini. Untuk design review di Canva, cukup dengan pilih template yang sesuai dengan dimensi yang anda perlukan dan sesuaikan elemen grafik agar sesuai dengan aturan jenama anda. Review boleh digunakan di mana sahaja. Ianya boleh digunakan sebagai catatan di media sosial, di halaman website anda, atau bahkan dalam presentation.
4. Story Instagram
Dengan laporan yang menunjukkan bahawa Instagram mempunyai lebih dari 1 bilion pengguna bulanan aktif – 500 juta dari mereka menggunakan tool Story pada Instagram setiap hari. Jadi, ia adalah salah satu strategi yang menarik untuk strategi marketing anda.