3 Web Hosting Terbaik di Malaysia 2020

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Selain daripada domain, anda memerlukan web hosting untuk menyimpan website anda. Semestinya anda pernah mendengar atau ternampak iklan syarikat atau penyedia hosting daripada luar negara seperti GoDaddy di mana-mana platform online.

Semestinya perkhidmatan mereka adalah terbaik. Tetapi adakah anda tahu bahawa di negara Malaysia juga mempunyai banyak penyedia atau syarikat web hosting. Ada yang menawarkan pakej harga serendah RM30 untuk tempoh satu tahun dan harga premium lain mengikut pakej masing-masing.

Banyak benda yang anda perlu fikirkan atau ambil kira untuk memilih hosting yang sesuai bagi website anda. Anda perlu fikirkan berapa bajet anda, berapa target visitor bulanan website, bandwidth, size storage, support dan macam-macam lagi.

Kali ini kami akan kongsikan dengan anda 3 penyedia hosting terbaik di Malaysia bagi tahun 2020.

 

1. ServerFreak Web Hosting

 

serverfreak web hosting terbaik malaysia

 

RM15 untuk sebulan mungkin tinggi nilainya bagi sesetengah orang tambahan bagi mereka yang baru mencuba membeli hosting. Kriteria hosting yang baik adalah baik dari segi support, kelajuan server tersebut, security dan lain-lain lagi.

Bagi kami di Eskay Web Agency, ServerFreak sangat terbaik dari segi support mereka. Mereka menyediakan platform livechat di website mereka. Ini amat memudahkan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan segera atau pun website anda sedang mengalami masalah. Malahan customer support mereka juga sangat friendly dan mudah untuk melakukan sesuatu untuk client mereka.

 

2. Yeahhost

 

yeahhost web hosting terbaik malaysia

 

Bagi mereka yang mementingkan saiz storage untuk hosting mereka, anda boleh memilih servis atau pakej daripada Yeahhost. Harga yang ditawarkan amat berbaloi bagi kami dengan saiz storage yang besar selain daripada support mereka juga bagus.

Kekurangan support daripada penyedia hosting ini adalah website mereka tiada livechat, jadi anda harus membuka tiket untuk sebarang pertanyaan.

 

3. CunHost

 

cunhost web hosting terbaik malaysia

 

CunHost adalah penyedia web hosting yang agak baru di Malaysia. Kelajuan server mereka boleh dikatakan agak laju melihat daripada beberapa website yang dibangunkan di server mereka.

Dengan pakej RM120 / setahun untuk pakej shared hosting, bagi kami ianya amat berbaloi bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

 

Kesimpulannya, definisi terbaik itu adalah subjektif dan pandangan di atas adalah berdasarkan pengalaman kami mengendalikan web agency. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai hosting atau ingin membina website boleh hubungi kami di sini.

More To Explore

lajukan website
Web Maintenance

Lajukan Website Anda Dengan 3 Trick Mudah Ini

Kini semua orang inginkan result yang pantas dan begitu juga dengan carian maklumat atau pembelian di website, sudah tentu setiap orang inginkan website yang mereka layari dapat memenuhi kehendak mereka dengan cepat dan mudah. Oleh itu, penting untuk anda lajukan website anda bagi memastikan pengunjung tidak bosan menunggu lama dan tidak ‘ turn off ‘

menjana duit melalui internet
Blog

5 Teknik Menjana Duit Melalui Internet

Pada era digital ini, ramai yang telah mula menjana duit melalui internet. Rata-rata mereka yang menjana duit melalui internet ini telah menjadikan internet sebagai punca pendapatan utama mereka, hal ini kerana kaedah menjana duit melalui internet ini bukanlah perkara yang sukar kerana mereka dibayar berdasarkan aktiviti mereka secara atas talian. Jadi mereka cuma perlu memastikan

Subscribe to our newsletter

Dapatkan tips - tips terkini tentang website dan SEO!

Tips & Trick Website

Dapatkan Tips & Trick Terkini berkenaan website!
 Maklumat anda tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak ketiga.
× Boleh kami bantu anda?