Jika anda seorang pemilik bisnes yang memiliki website sendiri, semestinya anda ingin dapatkan sebuah website yang convert dan mampu mendapatkan jualan secara automatik untuk anda. Pernahkah anda terfikir kenapa website anda masih tidak dapat menjana jualan yang tinggi walaupun bilangan pengunjung ke website anda sangat banyak?
Sumber: freepik.com
3 Tips Penting Untuk Dapatkan Website Yang Convert
Macam mana nak dapatkan website yang convert? Terdapat beberapa faktor yang dapat membantu website anda untuk menjana jualan yang tinggi, antara faktor – faktor utamanya adalah :
1. Copywriting Website
Sumber: freepik.com
Copywriting website yang menarik adalah copywriting dengan Headline yang dimasukkan unsur-unsur emosi dan psikologi. Hal ini sering menjadi faktor utama untuk menangkap perhatian prospek untuk scroll website anda sampai ke bawah! Jika anda ingin menarik traffic malalui Paid Ads (Iklan Berbayar), anda pasti perlukan copywriting yang bermain dengan emosi kerana ia sering membuatkan prospek tertarik untuk klik.
Seterusnya, huraian untuk maklumat produk (Product Description) anda juga perlu lengkap. Antara maklumat yang boleh anda sertakan adalah :
- Material & kelebihan produk (Produk fesyen wajib ada)
- Tempoh masa pengeposan
- Jaminan kualiti (Contoh : “Moneyback Guarantee”)
- Tawaran yang meleleh untuk masa terhad (Contoh: “5 Free Gift untuk pembelian sebelum jam 6 petang hari ini”)
2. Proses Jualan (Flow)
Sumber: freepik.com
Proses Jualan / Flow Jualan yang straightforward adalah sangat penting untuk conversion rate yang tinggi. Untuk website E-Commerce, tidak perlu banyak langkah (steps) untuk buat jualan. Anda hanya perlukan 3 langkah untuk mudahkan pelanggan (customer) anda membeli di website anda :
- Add To Cart (Landing Page / Product Page)
- Checkout (Checkout Page)
- Payment & Order Detail (Thank You Page)
Biasanya website yang convert hanya mempunyai 3 langkah (steps) ini dan tidak perlu banyak steps seperti perlu create account, login dan sebagainya. Tiga (3) langkah ini akan bantu anda untuk dapatkan website yang convert kerana segala maklumat yang diperlukan sudah ada pada page utama dan pelanggan hanya perlu klik pada button add to cart / “Beli Sekarang” dan mereka akan dibawa ke checkout page secara automatik. Hal ini akan mendorong mereka untuk terus mengisi maklumat penghantaran dan terus melakukan bayaran.
3. Kelajuan Website (Loading Speed)
Sumber: freepik.com
Tahukah anda bahawa kelajuan website (Loading Speed) yang pantas akan menaikkan conversion rate sebanyak 30%? Semasa membuka sesebuah website, masa yang diambil untuk loading amat penting sehingga 10 saat pun akan terasa sangat lama! Antara faktor sebuah website E-Commerce yang bagus adalah ia mempunyai loading speed di bawah 5 saat. Jika website anda mempunyai kadar loading speed yang perlahan, kemungkinan besar pengunjung akan hilang mood untuk membeli atau mungkin tidak akan masuk ke website anda lagi pada masa akan datang!
Adakah anda bersedia untuk menghadapi situasi ini? Sebagaimana sediakah anda? Adakah anda ingin dapatkan website yang convert? Hubungi kami untuk khidmat nasihat atau penerangan yang lebih lanjut tentang apa yang perlu anda sediakan untuk dapatkan website yang boleh menjana jualan.
Hubungi kami dengan klik di sini.