sebab laman web perlu dikemaskini

3 Sebab Laman Web (WordPress) Anda Perlu Dikemaskini

Isi Kandungan

Ramai yang masih tidak tahu sebab-sebab laman web perlu dikemaskini selepas siap dibina dan tak kurang ramai juga yang menyangka bahawa sesebuah laman web tidak perlu dikemaskini selepas siap dibina. Fikiran sebegini amat berbahaya kepada mereka yang mempunyai laman web terutamanya kepada mereka yang mempunyai trafik dan jualan yang tinggi melalui laman web kerana anda mungkin akan kehilangan pengunjung jika laman web anda jarang dikemaskini!

Lazimnya, sebuah laman web yang dibangunkan melalui platform wordpress perlu sentiasa dikemaskini mengikut versi terkini platform tersebut. Hal ini adalah kerana WordPress merupakan sebuah platform yang mempunyai komuniti yang sangat tinggi di mana komuniti tersebut sangat aktif dan sensitif kepada sebarang kemaskini terkini yang akan membantu mereka menyesuaikan fungsi baharu WordPress yang telah dikemaskini ke dalam laman web mereka masing-masing. Di samping itu, komuniti ini juga secara tidak langsung menjadi sumber kepada platform WordPress dalam proses troubleshoot dan membetulkan sebarang ralat pada versi WordPress yang lama. Jadi wajarlah untuk mereka yang membangunkan laman web melalui platform WordPress sentiasa mengemaskini versi WordPress di laman web mereka agar fungsi dan ciri yang ada pada versi baru dapat digunakan tanpa sebarang masalah.

Selain itu, terdapat beberapa perisian di dalam laman web yang memerlukan kemaskini sama seperti platform WordPress. Antaranya adalah plugin dan theme,  dua perisian ini merupakan perisian utama pada laman web yang anda perlu pastikan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan optimum. Sekiranya perisian ini jarang dikemaskini atau tidak pernah dikemaskini selepas proses pembinaan laman web, anda mungkin akan kehilangan beberapa fungsi yang berkait dan laman web anda mungkin akan mengalami masalah teknikal seperti button tidak berfungsi, gambar produk sentiasa loading, susun atur reka bentuk yang ralat dan sebagainya. Bagi memberi kesedaran kepada anda tentang sebab laman web perlu dikemaskini, kami telah menyenaraikan beberapa sebab yang utama :

sebab laman web perlu dikemaskini

Sumber: freepik.com

3 Sebab Laman Web Perlu Dikemaskini

Sebuah laman web yang mencapai prestasi optimum adalah laman web yang sentiasa dikemaskini mengikut arus peredaran digital, berikut merupakan 3 sebab utama laman web perlu dikemaskini sekurang-kurangnya sekali setahun :-

 

1. Keselamatan

Aspek keselamatan merupakan sebuah aspek utama yang sangat penting dan wajib ada pada setiap laman web terutamanya pada laman web yang mempunyai trafik dan jualan yang tinggi. Dengan mengemaskini versi Worpress dan perisian yang ada pada laman web kepada versi terkini, anda juga secara tidak langsung mengemaskini perisian anda ke tahap keselamatan yang telah dinaiktaraf oleh developer perisian tersebut.

Selain itu, laman web yang sentiasa dikemaskini juga mempunyai tahap keselamatan yang lebih baik berbanding laman web yang jarang dikemaskini. Hal ini adalah kerana penyerang-penyerang siber lebih cenderung untuk menyerang laman web yang jarang dikemaskini kerana laman web ini tidak mempunyai perisian terkini dan lebih mudah diserang!

2. Ciri & Fungsi Baharu

Dalam era baharu digital sekarang, pasti semua inginkan sebuah laman web yang mempunyai fungsi dan ciri yang pelbagai. Antara sebab laman web perlu dikemaskini adalah anda dapat menggunakan ciri dan fungsi baharu yang telah ditambah ke dalam versi terkini WordPress dan perisian pada laman web anda. Developer perisian di seluruh dunia sentiasa mencari jalan bagi memastikan setiap perisian ciptaan mereka dapat membantu untuk memudahkan pengguna perisian tersebut dengan mempelbagaikan fungsi dan ciri yang menepati kehendak semasa pada era digital ini.

Oleh itu, secara tidak langsung anda juga akan memperoleh ciri dan fungsi baharu untuk digunakan dalam laman web setelah anda mengemaskini perisian yang ada pada laman web anda. Hubungi kami segera jika anda sudah lama tidak mengemaskini laman web anda!

3. Penyelesaian Masalah Perisian

Setiap perisian yang wujud sentiasa ada ruang untuk ditambahbaik dan tidak terus sempurna hanya melalui satu versi sahaja. Setiap kali sesebuah perisian mempunyai masalah atau ralat, satu kemaskini perisian yang baru akan dilakukan oleh developer perisian tersebut. Sebab laman web perlu dikemaskini adalah kerana versi perisian yang lama boleh menyebabkan timbulnya masalah-masalah teknikal yang tidak diingini.

Sebagai contoh, laman web e-commerce mungkin akan kehilangan fungsi bayaran secara kad kredit kerana terdapat masalah pada versi lama perisian yang digunakan untuk fungsi pembayaran tersebut. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, pastinya laman web tersebut akan kehilangan pelanggan dan hasil jualan juga akan semakin merosot! Namun begitu, masalah ini dapat diselesaikan hanya dengan mengemaskini perisian tersebut ke versi yang baharu.

 

Setelah mengetahui sebab-sebab laman web perlu dikemaskini, adakah anda sedar bahawa laman web anda perlu dikemaskini sekurang-kurangnya sekali setahun? Ataupun adakah anda tidak pernah walau sekalipun mengemaskini laman web anda sejak ia siap dibina?

Jika jawapan anda YA, jangan risau kerana kami di Eskay Web Agency sentiasa bersedia untuk membantu memberikan sokongan teknikal untuk anda kemaskini laman web anda. Hubungi kami segera dan kami sedia membantu untuk memberikan servis yang terbaik untuk anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This Post