Jenis Web Hosting

3 Jenis Web Hosting Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Mula Membina Website

Isi Kandungan

Kebanyakan organisasi atau pemilik bisnes selalu inginkan laman web mereka dapat diakses dengan pantas dan baik tanpa ada sebarang masalah. Majoriti mereka yang mengupah agensi web untuk membangunkan laman web sering menyangka bahawa harga yang mereka bayar adalah harga upah untuk membangunkan laman web tersebut. Hakikatnya, harga yang mereka bayar bukan harga upah semata-mata tetapi merangkumi harga untuk membeli domain dan web hosting kerana setiap laman web wajib mempunyai 2 perkara tersebut.

jenis web hosting

Lazimnya, prestasi sesebuah laman web amat bergantung kepada jenis web hosting yang digunakan. Jenis web hosting yang dipilih akan memainkan peranan yang cukup besar dalam prestasi laman web kerana semua file, aset dan database yang digunakan di dalam laman web akan disimpan di dalam web hosting. Semakin tinggi spesifikasi dan prestasi web hosting yang digunakan, maka prestasi laman web juga akan bertambah baik.

Apa itu Web Hosting?

Web hosting merupakan sebuah pusat penyimpanan atas talian yang menyimpan segala maklumat, imej, video, dan kandungan lain yang merangkumi laman web anda. Ketika anda ingin mengakses sebuah laman web melalui browser (Google Chrome, Mozila Firefox, dan sebagainya), layar internet akan meminta akses file untuk laman web tersebut kepada web hosting sebelum laman web tersebut dipaparkan. Seterusnya, web hosting akan memberikan maklumat file yang diminta terus ke web browser yang meminta kemudian barulah laman web tersebut akan dipaparkan pada skrin.

Jenis – Jenis Web Hosting

Langkah pertama yang perlu dititikberatkan sebelum membangunkan sebuah laman web adalah pemilihan jenis web hosting. Pemilihan web hosting akan mempengaruhi prestasi laman web anda selepas siap dibangunkan. Sebelum anda memilih web hosting yang terbaik untuk laman web, anda perlu tahu dan faham jenis-jenis web hosting yang wujud kerana setiap jenis mempunyai spesifikasi dan harga yang berlainan. Oleh itu, penting untuk anda faham jenis-jenis web hosting ini supaya anda dapat kenalpasti web hosting yang paling sesuai dengan laman web anda. Terdapat 3 Jenis Web Hosting yang selalu digunakan untuk pembangunan laman web :

  • Shared Hosting
  • VPS Hosting (Virtual Private Server Hosting)
  • Dedicated Hosting

jenis web hosting

Sumber : Wix.com

Setiap jenis web hosting ini akan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri, samada dalam bentuk prestasi, kapasiti atau harga yang ditawarkan. Sebuah web hosting yang mahal belum tentu dapat menjamin prestasi laman web yang baik, dan sebuah web hosting yang murah juga belum tentu akan menyebabkan prestasi laman web anda menurun. Oleh itu, anda perlu bijak memilih web hosting yang sesuai untuk laman web yang ingin anda bangunkan agar dapat menjamin prestasi laman web yang baik.

1. Shared Hosting

Shared hosting merupakan jenis hosting yang paling popular dan banyak digunakan kerana harganya yang lebih murah berbanding jenis-jenis hosting yang lain. Shared hosting boleh didapati dengan harga yang lebih murah kerana pengguna hosting ini berkongsi satu server yang sama dengan pengguna yang lain.

Walaupun berkongsi satu server yang sama, setiap pengguna akan diberikan akses untuk akaun hosting yang berlainan secara individu. Jadi maklumat-maklumat sulit yang ada di dalam setiap akaun hosting ini tidak akan dikongsi atau didedahkan kepada hosting yang lain walaupun berada di dalam server yang sama. Jenis hosting ini boleh diibaratkan seperti sebuah rumah flat yang mempunyai banyak kediaman di dalamnya.

jenis web hosting

2. VPS Hosting (Virtual Private Server Hosting)

Virtual Private Server atau secara ringkasnya VPS merupakan jenis hosting yang membahagikan sebahagian kapasiti di dalam server menjadi hosting peribadi pengguna, setiap laman web akan disimpan di dalam hosting peribadi ini. Pengguna hosting jenis ini masih lagi berkongsi satu server dengan pengguna yang lain, tetapi setiap pengguna akan diberikan akaun hosting dengan kapasiti peribadi yang berasingan dan besar untuk menyimpan maklumat sulit berkenaan laman web. Oleh itu, harga untuk jenis web hosting ini adalah lebih mahal berbanding shared hosting.

Jika shared hosting boleh diibaratkan sebagai sebuah rumah flat yang mempunyai banyak kediaman, VPS hosting pula boleh diibaratkan sebagai rumah kondo yang juga mempunyai banyak kediaman di dalamnya tetapi dengan kelebihan ruang yang lebih besar, selesa dan pelbagai kemudahan peribadi seperti gimnasium, parkir, kolam renang dan sebagainya. Web hosting jenis ini merupakan pilihan yang tepat bagi anda yang mempunyai trafik laman web yang tinggi.

jenis web hosting

3. Dedicated Hosting

Dedicated hosting pula merupakan jenis hosting yang paling kompleks dan mahal kerana pengguna dapat menggunakan keseluruhan kapasiti penggunaan server tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa, laman web yang menggunakan jenis hosting ini juga akan menjadi sangat laju. Dengan mempunyai akses penuh terhadap server, pengguna boleh menetapkan setiap settings yang ada dengan lebih fleksibel agar prestasi laman web dapat ditingkatkan ke tahap maksima.

Biasanya hosting jenis ini digunakan oleh laman web yang menggunakan kapasiti yang besar dan sudah mempunyai trafik yang tinggi. Web hosting jenis ini boleh diibaratkan seperti mempunyai sebuah rumah banglo sendiri yang mana semua barang dan kemudahan yang ada adalah milik kita sepenuhnya dan tidak perlu berkongsi dengan sesiapa.

jenis web hosting

Setelah anda faham tentang jenis web hosting ini, barulah mudah untuk anda membuat keputusan jenis web hosting mana yang sesuai untuk laman web anda. Setiap jenis web hosting pasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri, pastikan anda bijak dalam memilih web hosting yang terbaik untuk laman web agar tidak mudah ditipu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Kami di Eskay Web Agency telah membantu ramai usahawan dalam memilih jenis web hosting yang terbaik untuk laman web mereka, adakah anda yang seterusnya? Hubungi kami sekarang untuk dapatkan bantuan dalam proses pemilihan web hosting terbaik untuk laman web anda!

Leave a Reply

Share This Post