Website kena hack? Terkena serangan malware? Anda tidak tahu cara bersihkan website daripada malware? Kali ini kami akan kongsikan cara bagaimana untuk anda bersihkan sendiri website anda daripada malware.
Jika anda menggunakan platform WordPress untuk website anda, isu serangan malware sememangnya tidak boleh dielakkan. Pemantauan secara berterusan adalah perlu bagi mengelakkan website anda diserang oleh sesetengah golongan yang tidak bertanggungjawab ini.
Kebiasaannya website yang tidak dijaga dari segi maintenance berkemungkinan besar untuk diserang oleh malware. Mereka ini menanam suatu code untuk dimasukkan ke dalam plugin yang tidak diupdate. Inilah pentingnya maintenance untuk sesebuah website.
Kami di Eskay Web Agency juga menawarkan servis maintenance website secara bulanan bagi yang memerlukan.
Langkah Untuk Bersihkan Website Daripada Malware
Langkah pertama jika website anda terkena serangan malware, apa yang harus anda lakukan adalah bertenang. Jangan panik. Jika anda panik anda akan bertindak secara tidak rasional terhadap website anda.
Ikuti langkah-langkah ini untuk membersihkan system file asal WordPress supaya malware dapat dibuang daripada folder-folder WordPress.
1. Download zip file asal WordPress dari lokasi berikut:
=> https://wordpress.org/wordpress-5.5.1-no-content.zip
(Boleh tukar version number mengikut version WordPress yang digunakan)
2. Jika anda gunakan cPanel, anda boleh buka File Manager di dalam cPanel untuk akses folder di dalam website anda. Kemudian upload zip file tadi ke public_html atau folder di mana lokasi website anda.
3. Delete semua file core WordPress KECUALI
– File wp-config.php
– Folder wp-content
4. Extract zip file WordPress (langkah 1) yang telah di upload tadi
5. Letakkan semua file ini di folder asal iaitu di public_html (jika anda install WordPress anda bukan di folder).
6. Download plugins dan themes yang digunakan di dalam website dari sumber asal.
7. Delete semua folders plugins dan themes yang ada dalam /wp-content/plugins dan /wp-content/themes
8. Upload kesemua file plugin yang anda download tadi ke dalam /wp-content/plugins dan extract zip file tersebut
9. Upload file theme yang anda download tadi ke dalam /wp-content/themes dan extract zip file tersebut
10. Check folders dalam /wp-content/uploads untuk kewujudan file .php atau .ico
* Anda boleh zipkan file uploads tersebut dan scan di website VirusTotal . Jika tiada apa-apa virus yang ditemukan, maka folder uploads anda selamat untuk digunakan semula.
11. Tukar salt values dalam wp-config.php. Tukar password cPanel. Tukar password database. Tukar password wp-admin.
12. File System WordPress yang ada dalam hosting anda sekarang adalah fresh dan bersih dari sebarang makhluk asing, dan akhir sekali adalah dengan membuat full backup untuk website anda.
Jika anda tidak biasa menggunakan cPanel dan File Manager dinasihatkan supaya untuk melihat tutorial bagaimana cara untuk menggunakan File Manager daripada cPanel.
Dan jika anda rasa bimbang untuk lakukan sendiri, anda boleh serahkan kepada kami. Kami turut menyediakan servis untuk bersihkan website daripada malware dan juga sediakan sekali backup supaya anda mempunyai backup jika terjadi apa-apa kepada website anda pada masa akan datang.
Jika anda berminat boleh klik di sini : Servis Bersihkan Website Daripada Malware. Dan isikan maklumat anda.