web design agency

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Mengupah Agensi Web Design

Table of Content

Tahukah anda bahawa anda perlukan website yang bagus untuk berjaya? Tetapi adakah anda perlu buat sendiri website tersebut atau mengupah orang lain iaitu web design agency?

Tidak kira berapa banyak pengetahuan yang anda di dalam web design, web design agency yang professional boleh memberikan anda website yang lebih baik. Jika anda mengupah orang yang pakar boleh menjimatkan masa dan meningkatkan keuntungan anda.

Di sini kami senaraikan 7 sebab kenapa anda perlu serahkan kerja website kepada yang pakar.

1. Menjimatkan masa

Walaupun anda mempunyai sedikit kemahiran tentang pembangunan website tetap tak dapat membina satu website yang solid dari segi fungsinya, kelajuannya dan sebagainya.

Di sini anda perlu menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan sesuatu atau mencari sesuatu penyelesaian kepada satu-satu masalah. Ini akan menyebabkan anda menghabiskan banyak masa dan mungkin tidak dapat website seperti yang anda inginkan. Jika anda merupakan seorang yang banyak komitmen semestinya ini akan mengganggu anda.

Fikirkan seperti ini

Setiap minit yang anda kerjakan untuk website anda akan memakan satu minit yang lain untuk perkara yang sepatutnya anda lakukan.

Jika anda mengupah syarikat web design pastinya akan menjimatkan masa dan komitmen anda pastinya tidak terganggu.

2. Website anda akan dipercayai

Jika anda membuat website anda sendiri pun, ia mungkin tidak dipercaya oleh pengguna di luar sana. Anda mungkin tidak sedar yang pengguna lebihkan suka untuk melihat sesuatu info itu tidak seperti yang anda buat atau pun jika website yang melibatkan pembelian atas talian, ia mungkin menimbulkan rasa ragu-ragu kepada pengguna jika mereka tidak dapat melihat “kepercayaan” itu.

Contohnya, jika website anda berfungsi dan berjalan seperti biasa dalam masa beberapa bulan, tetapi anda cuba untuk menukar sesuatu pada website anda dan tiba-tiba berlaku perkara tidak diingini menyebabkan website anda down. Mungkin anda akan panik dan pengguna juga merasakan seperti itu jika masalah tersebut tidak diselesaikan dengan secepat mungkin.

Anda boleh melihat contoh seperti Facebook atau Whatsapp yang pernah down seketika menyebabkan orang panik walaupun tidak sampai setengah hari.

3. Anda akan mendapat design yang lebih baik

Jika anda menggunakan template, boleh menyebabkan website anda nampak boring dan mungkin sama dengan website syarikat yang lain.

Anda inginkan pelanggan anda tertarik dan teruja dengan website anda, website agency boleh lakukan untuk anda

Mereka boleh memberikan anda lebih daripada apa yang anda fikirkan.

4. Website anda menjadi lebih laju

Kemungkinan anda tidak mempunyai kepakaran di dalam bahagian ini, jadi apa yang web design agency ini boleh tawarkan ialah kepakaran mereka terutamanya untuk melajukan laman web anda.

Kebanyakan dan boleh dikatakan hampir semua web design agency tahu macam mana dan apa yang boleh membantu website anda. Ini bermaksud bahawa anda akan mendapat website yang lebih baik  dan lebih laju yang tidaklah loading terlalu lama yang mana boleh menyebabkan kehilangan pengguna.

5. Ia dibuat dengan teknologi mesra peranti

Sesetengah daripada anda pastinya tidak tahu tentang “mobile responsive“.

Mobile friendly designs sentiasa bertukar-tukar dan sentiasa dinaik taraf dari satu masa ke satu masa. Kebanyakan daripada pengguna sekarang lebih menggunakan telefon mudah alih mereka untuk mencari maklumat di dalam internet. Jadi ianya penting untuk sesebuah website itu serasi dengan peranti mereka.

6. Website anda akan kelihatan bagus

Ia mengambil lebih kurang 1/10 saat daripada setiap orang untuk mendapatkan “first impression” daripada orang yang lain. Tetapi mereka mengambil masa kurang daripada itu untuk mendapatkan “first impression” untuk website anda.

Dalam masa 50 milisaat pertama semasa melayari di website anda, pengguna sudah membuat keputusan sama ada untuk terus berada atau meninggalkan website anda

Ini bermakna bagaimana bentuk dan fungsi website anda adalah sangat penting. Jika ianya laju, design yang minima, website yang moden, pelawat website anda akan lebih tertarik untuk melayari isi kandungan website anda.

7. Ia akan maksimumkan SEO website anda

Ranking website anda di Google Search amatlah penting. Semakin tinggi rank website anda semakin tinggi peluang trafik website anda. Kemahiran ini kebiasaannya ramai yang tidak mengetahuinya yang dipanggil SEO.

 

Diharap dengan perkongsian kali ini dapat menerangkan serba sedikit tentang betapa pentingnya penggunaan website dan mengapa perlunya mengupah web design agency untuk website anda. Jika anda berminat untuk mengupah kami bolehlah hubungi kami. Anda juga boleh melihat portfolio kerja kami di sini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Share This Post