e-commerce website

10 Sebab Kenapa Anda Memerlukan Website e-Commerce

Isi Kandungan

Pada masa kini, kita dapat melihat populariti penggunaan internet dan kemajuan teknologi, ianya terlalu cepat dan senang untuk membeli belah secara atas talian berbanding sebelum ini. Pengguna internet tidak lagi hanya duduk dan menghantar emel atau membuat kajian sahaja. Manusia pada masa kini menggunakan laptop, tablet dan tentunya smartphone yang terlalu variasi teknologinya. Transaksi jual beli pada masa kini semuanya di atas talian. Hanya pilih barangan dan masukkan info pembayaran, mereka hanya perlu menunggu barang sampai ke tangan mereka.

Sebagai seorang peniaga, anda semestinya terfikir kenapa perlunya website e-Commerce pada masa kini. Di sini kami senaraikan 10 sebab kenapa anda memerlukan website e-Commerce.

1. Pasaran Dunia

Dengan adanya website e-Commerce, anda sudah setapak ke hadapan dalam pemasaran produk anda. Manakan tidak, produk anda sudah boleh dilihat di seluruh dunia tanpa mengira waktu dan zon masa. Kedai atas talian anda juga beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu berbanding dengan waktu kedai fizikal anda. Pengguna dapat memilih apa yang mereka mahukan tidak kira masa dan tempat.

2. Memperkenalkan Brand Anda

Peluang untuk anda mempromosikan brand anda adalah lebih tinggi dengan adanya website anda sendiri. Pengguna dapat mengingati nama brand serta produk anda.

3. Penjualan Meningkat

Pelanggan yang berpotensi membeli produk anda akan lebih tertarik untuk membeli produk anda di mana mereka akan dapat akses ke website pada bila-bila masa sahaja. Jadi mereka tidak perlu bersusah payah untuk ke kedai anda tambahan jika jarak kedai dan tempat mereka jauh.

4.Pemasaran Melalui Media Sosial & Search Engine

Dengan maksimumnya penggunaan Search Engine Optimization (SEO) website anda, website anda berpeluang untuk berada pada muka surat pertama di dalam search engine seperti di Google. Media website seperti Facebook, Instagram dan Twitter juga dapat membantu platform anda untuk mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan anda melalui review dan rating. Anda perlu sentiasa memberikan mereka maklumat baru tentang produk anda supaya dapat meningkatkan traffic ke website anda.

5. Lebih Mudah

Pada hari ini pengguna lebih berminat untuk membuat pembelian melalui atas talian. Kita dapat lihat website e-Commerce lain seperti Lazada, Shopee dan lain-lain yang mengubah trend manusia untuk membeli secara atas talian. Pengguna lebih berminat untuk membuat pembelian atas talian kerana ianya lebih mudah dari segi masa dan tempat. Mereka hanya memerlukan peranti, internet dan akaun bank online untuk membuat pembelian.

6. Menjimatkan Perbelanjaan

Tanpa perlu pertikaikan, memiliki e-Commerce platform dapat menjimatkan perbelanjaan anda dari segi kos sewa kedai, bil utiliti dan juga bilangan staff. Malah anda dapat menguruskan perniagaan anda dari rumah sahaja.

7. Mengurangkan Risiko

Kedai atas talian membolehkan anda untuk meningkatkan kadar keuntungan dengan risiko yang kurang kerana anda tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai dengan mengambilkira risiko kecurian, mogok pekerja dan kerosakan barang yang banyak berlaku di kedai fizikal.

8. Maklumat Pelanggan

Anda boleh menggunakan website anda untuk mendapatkan maklumat daripada pelanggan seperti contoh daripada order tracking, maklumat penghantaran berdasarkan pembelian yang telah dibuat sebelum ini.

9. Target Pelanggan Yang  Sama Pada Masa Akan Datang

Apabila seseorang pelanggan membuat pembelian di website anda, sudah pasti anda akan mendapat maklumat dan tahu citarasa mereka. Jadi anda boleh membuat anggaran untuk golongan umur sesuai untuk sesuai produk.

10. Mempengaruhi Pembelian

Pada zaman ini, pembeli yang berpotensi akan menggunakan internet untuk membeli barangan dan membuat keputusan apa yang mereka mahu dan di mana mereka akan melakukan pembelian. Dengan adanya maklumat produk anda pada website anda boleh meningkatkan jualan anda jika produk anda adalah tepat untuk mereka.

Dengan adanya website atas talian sekarang akan memberikan anda kelebihan berbanding mereka yang belum mengetahui atau kurang berminat untuk mempunyai website e-Commerce yang mana pasaran jauh lebih besar sekarang. Tidak mustahil pada masa akan datang pengguna sudah hilang selera untuk mengunjungi pusat membeli belah.

Kami menyediakan perkhidmatan untuk membuat website dan website e-Commerce sesuai dengan bajet anda. Anda akan mendapat website yang terkini, moden dan user-friendly. Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan website anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This Post