Setiap minggu saya berhubung dengan syarikat yang memerlukan website baru dan terkini dan mereka mengadu kepada saya tentang website mereka sekarang. Mereka memberitahu tentang website yang sedia ada tak berfungsi dengan baik, website ada masalah, website loading terlalu lama dan macam-macam lagi masalah. Kadang-kadang web design agency bersikap lepas tangan selepas website siap.
Di bawah ini kami senaraikan beberapa sebab utama kenapa anda khususnya bisnes anda memerlukan website yang baru.
10 Sebab Kenapa Anda Perlukan Website Terkini
- Website anda kelihatan seperti reka bentuk pada tahun 1995.
- Website anda memerlukan beberapa update, akan tetapi pereka website anda sudah tidak dapat dihubungi.
- Kandungan gambar di dalam website anda sudah tidak menarik seperti penggunaan gif yang outdated.
- Isi kandungan website merupakan info 10 tahun yang lepas.
- Anda tidak tahu kewujudan website anda. Anda juga tidak tahu adakah website anda dapat diakses oleh orang ramai dan berapa ramai orang yang akses ke website anda setiap hari.
- Website anda terlalu kecil atau maklumat yang sedia ada terlalu sedikit. Ia mungkin kelihatan hebat pada tahun 2000 tetapi tidak sekarang kerana tidak mobile responsive.
- Navigasi website anda susah untuk diakses dan pelawat website anda mungkin sukar untuk melihat info yang diingini.
- Website anda mungkin mempunyai isi atau content yang berulang tanpa anda sedari. Google dapat tahu tentang ini.
- Website anda terlalu perlahan sehingga anda dapat bancuh secawan kopi untuk melihat setiap satu page website anda.
- Anda menyambut pelawat website dengan image anda bercakap sendirian. Ia mungkin nampak hebat untuk 10 tahun lepas, tetapi trend itu sekarang mungkin tidak lagi sesuai.
Sekali lagi kami tekankan bahawa anda perlu mengikut trend teknologi yang berubah terlalu cepat khususnya untuk website. Anda tidak boleh lagi bergantung kepada reka bentuk yang old school seperti dahulu kala untuk terus meningkatkan lagi populariti website dan bisnes anda.
Jika anda berminat atau perlukan website, anda boleh hubungi kami iaitu web designer anda untuk perbincangan secara lanjut. Kami Eskay Web Agency sedia membantu anda untuk memberikan servis yang terbaik untuk anda.