bina website guna wordpress

10 Kelebihan Bina Website Guna WordPress

Isi Kandungan

Secara faktanya, website boleh dibina dengan menggunakan pelbagai platform, bahasa dan salah satunya adalah dengan bina website guna WordPress. Dengan menggunakan HTML sahaja, anda boleh mempunyai sebuah website sendiri. Tapi tahukah anda tentang kelebihan bina website guna WordPress?

apa itu wordpress

 

WordPress adalah salah satu Content Management System (CMS). CMS adalah satu sistem pengurusan kandungan menyokong corak kerja seperti penghasilan, pengurusan, penyebaran, penerbitan dan penjelajahan maklumat-maklumat  dalam sistem tersebut. Ianya meliputi keseluruhan pusingan satu-satu halaman dalam website, bermula dari penyediaan alatan mudah untuk penghasilan satu kandungan sehingga penerbitan kandungan tesebut dan akhirnya mencapai kembali sekiranya sudah diarkibkan.

Tapi tahukan anda tentang kelebihan apabila anda membina website anda dengan menggunakan WordPress?

1. Mudah dan Senang Bina Website Guna WordPress

Ciri ini membantu WordPress mengatasi pesaingnya seperti Drupal atau Joomla dan menjadi pilihan kegemaran Web Developer di mana sahaja, tanpa memerlukan untuk mereka menguasai HTML, CSS, PHP dan teknologi rumit lain.

2. Inovatif dan Stabil

Sama seperti telefon anda, WordPress juga selalu up-to-date dengan teknologi yang terkini, trend dan keperluan pengguna terkini. Fungsi dan tujuan website dapat berubah dari masa ke masa, dan syukurlah, WordPress dapat melaksanakannya.

Kemas kini berkala bermaksud CMS tetap relevan, masalah dapat diselesaikan, dan ciri baru yang berguna dan menarik ditambahkan secara berkala.

3. Siap Dengan Search Engine Optimization (SEO)

WordPress adalah mesra SEO. Website yang dibina menggunakan WordPress mempunyai kod ringkas dan tetap menjadikannya sesuai untuk pengindeksan Google. Komponen SEO untuk setiap halaman juga dapat disesuaikan sehingga memberi anda kuasa penuh pada halaman mana yang ingin anda target untuk berapa di carian Google (iaitu, anda dapat memfokuskan kempen SEO anda pada halaman yang berpotensi).

4. Pilihan Design Yang Menarik

WordPress dilengkapi dengan beribu-ribu tema, dan kebanyakan di antaranya percuma, yang membolehkan anda memilih dan menggunakan tema yang sesuai dengan kehendak anda.

5. Struktur Lengkap

Salah satu ciri yang menjadikan WordPress lengkap adalah strukturnya. Struktur website yang lengkap dapat meningkatkan kelajuan website dan secara langsung dapat menarik perhatian pengunjung.

Kemudian, WordPress mempunyai ciri untuk menyediakan peta laman XML, memberitahu bot Google di mana halaman laman web anda dan yang patut diindeks dan dipaparkan di carian Google.

6. Senang Untuk Diuruskan

WordPress menyediakan satu paparan iaitu Dashboard kepada user mereka. Di sinilah maksud Content Management System terlaksana. Setiap user dapat menguruskan content website sendiri tanpa perlu tahu tentang coding dan programming.

7. Open Source

Tahukah anda bahawa WordPress ini adalah salah satu perisian open source. Perisian open source adalah perisian yang telah siap sedia untuk digunakan untuk pengubahsuaian oleh sesiapa sahaja. Sebagai perisian open source, WordPress dinaik taraf setiap hari oleh ribuan developer di seluruh dunia.

Ini telah menarik minat developer untuk menyumbangkan ciri baru ke platform ini. Developer ini telah membuka dimensi baru baru yang menjadikan WordPress lebih mudah dan berguna setiap hari.

Sekiranya terdapat fungsi yang anda perlukan untuk website anda, kemungkinan ada plugin di direktori WordPress yang sesuai dengan kehendak anda.

Developer juga bekerjasama dengan designer untuk membuat tema yang menarik, dan banyak tema ini percuma atau berbayar sesuai dengan harga pasaran.

8. Responsive

Dengan penggunaan telefon mudah alih yang diramalkan akan melebihi penggunaan desktop pada tahun 2014, reka bentuk website yang responsif bukan lagi pilihan tetapi harus. Apabila anda menggunakan reka bentuk website daripada WordPress, anda secara automatik mendapat manfaat teknologi web yang responsif tanpa perlu bina website yang lain untuk peranti yang berbeza.

9. Tingkatkan Keselamatan Website

Salah satu kritikan utama terhadap penggunaan WordPress ketika pertama kali adalah keselamatan yang lemah. Mitos ini telah dibongkar. Selagi anda mempunyai web developer WordPress yang peka kepada perubahan teknologi, anda dapat memperkuat keselamatan website anda dan menjadikannya tidak boleh digodam. Kami di Eskay Web Agency juga mempunyai backup plan untuk website pelanggan. Jadi pelanggan tidak perlu risau akan website mereka.

10. Support

Komuniti WordPress merangkumi ribuan juruteknik dan sukarelawan yang memberikan nasihat dan khidmat support secara percuma di pelbagai forum. Yang perlu anda buat hanyalah mengemukakan soalan anda dan anda akan menerima jawapan anda dalam masa yang singkat.

Banyak lagi kelebihan lain apabila anda bina website guna WordPress. Jadi ia dapat disimpulkan bahawa penggunaan WordPress adalah sesuai untuk suatu tempoh yang lama sesuai dengan kemajuan teknologi.

 

Leave a Reply

Share This Post