Kita baru sahaja dikejutkan dengan wabak penyakit yang melanda satu dunia iaitu Covid-19. Wabak penyakit ini memberikan kesan besar kepada seluruh dunia dan hampir melumpuhkan keadaan ekonomi bagi sesebuah negara. Kebanyakan founder bisnes juga gulung tikar kerana tidak dapat menanggung kos gaji pekerja yang tinggi. Bayangkan jika sesebuah bisnes itu mempunyai website e-commerce iaitu perniagaan secara atas talian, adakah anda rasa sesebuah bisnes itu dapat diselamatkan pada musim pandemik Covid-19 ini?
Website E-Commerce Dapat Melatih Masyarakat Untuk Belanja Secara Atas Talian
Kita dapat melihat trend untuk memiliki website e-commerce pada musim ini adalah sangat tinggi, kami di Eskay Web Agency sendiri menerima banyak request daripada pelanggan sedia ada dan baru untuk membina website e-commerce ketika tempoh PKP tempoh hari. Dengan adanya website khususnya e-commerce, ianya secara langsung dapat melatih supaya pengguna iaitu masyarakat untuk memilih perkhidmatan online ini. Ianya sangat bagus bagi pemilik bisnes yang baru untuk memulakan perniagaan. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjimatkan kos sewa kedai fizikal dan juga dapat mengurangkan penggunaan pekerja.
Sumber: AmirudinShari.com
Sebenarnya penggunakan website dan juga mobile app untuk adalah sangat tinggi di negara-negara maju. Apabila pandemik Covid-19 ini melanda khususnya negara Malaysia, ia menimbulkan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya memiliki website e-commerce untuk perniagaan anda. Dengan pergerakan yang terbatas, kedai yang dibuka khas pada masa tertentu dan juga pelbagai larangan, pastinya penting untuk sesuatu bisnes tersebut memiliki website.
Satu Bisnes Satu Website
Kempen untuk satu bisnes satu website seharusnya disambut baik oleh pemilik bisnes pada masa ini. Zaman sekarang adalah zaman untuk orang yang pandai mengambil peluang. Tidak menjadi kerugian untuk membuat pelaburan bagi memilik website, kerananya ianya juga akan menjadi salah satu aset digital anda. Bayangkan dengan teknik marketing yang betul, anda dapat jualan sehari RM100,000 ribu. Tidakkah anda mahu menyambut cabaran yang dilaungkan Dr. Azizan Osman untuk mendapatkan jumlah jualan sebanyak RM 1 juta?
Perlukan website e-commerce untuk produk atau bisnes anda? Hubungi kami untuk dapatkan sebut harga sekarang. Eskay Web Agency sedia membantu dan guide anda!