cara buat facebook page

8 Step by Step Cara Buat Facebook Page 2023

Isi Kandungan

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang cara buat Facebook Page untuk bisnes online mereka. Namun begitu, masih ada segelintir pemilik bisnes yang tidak tahu cara buat Facebook Page malahan ada juga yang tidak tahu samada bisnes mereka sudah mempunyai Facebook Page atau belum!

Hal ini mungkin kedengaran pelik atau tidak logik, namun ini adalah hakikat yang tidak mustahil terjadi di dalam dunia bisnes online. Dalam dunia bisnes online kini, Facebook Page bukan lagi satu pilihan tetapi merupakan satu keperluan asas dan wajib dimiliki oleh setiap bisnes online.

Melalui case study kami di Eskay, kami mendapati rata-rata pemilik bisnes yang baru ingin berjinak-jinak di dalam pasaran online selalu menyangka bahawa Facebook Personal dan Facebook Page adalah perkara yang sama. Hakikatnya, ia adalah 2 perkara yang mempunyai fungsi yang berbeza. Namun begitu, syarat untuk mempunyai Facebook Page perlu mempunyai akaun Facebook Personal terlebih dahulu.

Kemudian baru boleh wujudkan sebuah Facebook Page untuk bisnes online anda. Jika masih belum mempunyai sebuah Facebook Page, mari kami kongsikan 8 Step Cara Buat Facebook Page untuk bisnes online.

8 Step Cara Buat Facebook Page Untuk Bisnes Online Anda

Untuk panduan cara buat facebook page ini, kami menyarankan agar menggunakan komputer (PC) atau laptop supaya lebih mudah untuk anda ikut dan faham. Sebelum mula untuk buat facebook page, pastikan sudah mempunyai akaun Facebook Personal (akaun facebook peribadi). Jika masih belum mempunyai akaun facebook personal, boleh daftar di sini : Daftar Akaun Baru Facebook.

1. Mula dengan ‘Create A Page’

Sebagai langkah pertama, anda perlukan akses untuk ke halaman daftar Facebook Page. Terdapat 3 cara untuk akses halaman tersebut :

  • Pastikan log masuk ke dalam akaun facebook peribadi dahulu. Kemudian boleh klik pada pilihan ‘Create’ yang tertera pada bar menu atas dan pilih ‘Page’.

cara buat facebook page

  • Selain itu, juga boleh akses halaman ‘Create a Page’dan klik pada ‘Get Started’.

  • Anda juga boleh akses ke halaman ‘Create a page’ melalui sidebar di sebelah kiri paparan facebook. Kemudian klik pada ‘Create Page’ untuk mula.

cara buat facebook page

cara buat facebook page

2. Pilih Page Category & Klik ‘Get Started’

Setelah masuk ke dalam halaman ‘create a page’, anda akan diberikan 2 pilihan kategori untuk tentukan jenis Facebook Page :

  • Business or Brand – Pilihan untuk usahawan yang ingin memasarkan produk untuk bisnes online mereka di Facebook.
  • Community or Public Figure – Pilihan untuk komuniti, organisasi atau kelab yang ingin berkongsi aktiviti mereka dan berhubung dengan ahli melalui Facebook.

Jika ingin buat facebook page untuk bisnes online, pastikan anda klik pada ‘Get Started’ di kategori yang betul iaitu Business or Brand. 

cara buat facebook page

3. Isi Maklumat Untuk Facebook Page

Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk Facebook Page seperti Nama Bisnes, Kategori Bisnes, Alamat dan Nombor Telefon. Maklumat ini sangat penting kerana ini akan menjadi maklumat yang digunakan oleh pengguna facebook untuk mencari atau menghubungi bisnes anda, jadi pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini.

cara buat facebook page

Pastikan anda memilih nama yang ingin digunakan dengan teliti, hal ini adalah kerana nama untuk facebook page tidak boleh diubah selepas dipilih dan sekiranya boleh diubah sekalipun mungkin akan mengambil masa yang lama untuk diluluskan oleh Facebook. Anda juga perlu memastikan kategori yang dipilih adalah berkaitan atau hampir dengan niche bisnes, hal ini akan mempengaruhi hasil carian pengguna di dalam facebook. Jika pilih kategori yang tidak berkaitan dengan niche bisnes anda, facebook page anda mungkin akan susah dijumpai ketika para pengguna melakukan carian.

4. Muat Naik Gambar Profile

Selepas menghantar maklumat yang diminta, facebook page akan diwujudkan di dalam Facebook dan akan dibawa ke halaman untuk setup facebook page yang baru anda daftar tadi. Mulakan dengan memuat naik gambar profile, sebuah facebook page yang tidak mempunyai gambar profile lazimnya akan dilabel sebagai scammer dan kurang dipercayai oleh para pelanggan di facebook. Oleh itu, adalah penting untuk letakkan logo bisnes atau gambar produk anda sebagai gambar profile bagi mendapatkan customer trust.

cara buat facebook page

Untuk memuat naik gambar profile, cuma perlu klik pada button ‘Upload a Profile Picture’ dan pilih gambar yang ingin digunakan. Untuk saiz gambar profile, kami sarankan untuk gunakan gambar yang mempunyai ukuran segi empat sama (square) seperti 180 x 180 pixel. Sekiranya masih tiada gambar yang sesuai untuk digunakan sebagai gambar profile, boleh skip step ini dan memuat naik gambar profile tersebut pada masa lain.

5. Muat Naik ‘Cover Photo

Langkah seterusnya selepas memuat naik gambar profile adalah memuat naik Cover Photo untuk Facebook Page. Caranya sama seperti anda memuat naik gambar profile, namun untuk saiz gambar cover photo ini kami sarankan ukuran sekitar 828 x 465 pixel

cara buat facebook page

Hal ini adalah kerana cover photo mempunyai saiz ukuran segi empat tepat (Rectangle) dan akan dipaparkan di facebook page anda seperti sebuah banner. Biasanya gambar yang digunakan untuk diletakkan di bahagian cover photo adalah gambar banner promosi untuk bisnes atau teaser video kerana bahagian cover photo merupakan bahagian pertama yang akan dilihat oleh pengguna facebook yang berkunjung ke page anda!

cara buat facebook page

6. Setkan Username Untuk Facebook Page

Setelah selesai memuat naik gambar profile dan cover photo,  anda perlu setkan username yang sesuai untuk facebook page anda. Username penting sebagai identiti page anda, username akan menjadi titik perbezaan sekiranya terdapat facebook page lain yang mempunyai nama yang sama dengan page anda. Username juga dapat memudahkan pengguna untuk tag facebook page anda sekiranya mereka lupa nama facebook page anda.

cara buat facebook page

Klik pada ‘Create Page @Username’ untuk setkan username yang anda inginkan untuk facebook page anda, pastikan username yang anda pilih mudah untuk dieja dan dibaca. Hal ini akan menjadi salah satu faktor penting dalam membantu para pengguna Facebook untuk mencari dan menjumpai facebook page anda.

Sekiranya username yang anda pilih tidak available atau sudah digunakan oleh orang lain, anda boleh cuba untuk gunakan username lain dan check sama ada username tersebut available atau tidak hanya dengan memasukkan nama username baru tersebut. Selain itu, anda juga boleh rujuk kepada tips untuk memilih username yang disediakan oleh Facebook.

7. Lengkapkan ‘Page Info’

Facebook page anda kini sudah tersedia dan berjaya diwujudkan. Namun begitu, pengguna facebook yang berkunjung ke page anda akan memerlukan beberapa maklumat tambahan penting yang berkaitan dengan bisnes anda seperti waktu operasi, URL website, nombor telefon untuk dihubungi, dan sebagainya. Anda boleh lengkapkan maklumat-maklumat tersebut pada melalui ‘edit page info’.

cara buat facebook page

Anda akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan maklumat tambahan untuk facebook page bisnes online. Halaman ini membahagikan maklumat kepada 5 bahagian iaitu General, Contact, Location, Hours dan More. Pastikan isi semua maklumat yang diminta selengkap yang mungkin dan tidak membiarkan bahagian Description kosong, hal ini adalah kerana semakin lengkap info yang anda isikan maka facebook page anda akan semakin dipercayai oleh para pengunjung.

cara buat facebook page

8. Lakukan Post Pertama

Kini anda sudah berada di langkah terakhir bagaimana cara buat facebook page untuk bisnes online. Perkara terakhir yang perlu anda lakukan setelah siap membuat facebook page adalah mempromosikan facebook page tersebut kepada rakan-rakan atau pelanggan anda. Namun begitu, sebelum berbuat demikian perlu memastikan facebook page anda mempunyai content atau post. Jika mempromosikan page anda tanpa melakukan posting terlebih dahulu, page akan menjadi kosong, tiada content dan mungkin akan dilabel sebagai scammer.

Oleh itu, pastikan lakukan 5 hingga 8 posting terlebih dahulu sebelum mula mempromosikan page tersebut. Sebagai permulaan, boleh mula lakukan posting seperti :

  • Gambar yang mempunyai tips atau kata-kata motivasi
  • Video teaser produk
  • Gambar produk

cara buat page perniagaan di facebook

Lebih banyak posting yang dilakukan sebelum mempromosikan page adalah lebih baik. Namun begitu, pastikan tidak post kesemuanya pada masa atau hari yang sama. Anda boleh menggunakan fungsi ‘Publishing Tools’ yang disediakan oleh facebook untuk membantu menjadualkan posting agar tidak di publish pada masa atau hari yang sama.

cara buat page perniagaan di facebook

Klik pada ‘Publishing Tools’ dan akan dibawa ke halaman Post Creation Tool. Selepas selesai mengisi copywriting untuk post, jangan terus klik pada publish. Sebaliknya klik pada button di sebelah ‘Publish’ kerana boleh jadualkan posting mengikut hari dan masa yang anda inginkan melalui fungsi ‘Schedule Post’.

cara nak buat page fb

Setelah memasukkan hari dan masa yang ingin dijadualkan,  boleh klik pada ‘Schedule’ untuk sahkan penjadualan post.

cara buat facebook ads

Seterusnya, button ‘Publish’ tadi akan berubah menjadi ‘Schedule Post’ dan hanya perlu klik pada button tersebut untuk selesaikan proses penjadualan post.

cara buat facebook ads

Setelah selesai setkan jadual untuk posting di facebook page, boleh rujuk kembali jadual posting yang telah dibuat tadi di bahagian ‘Scheduled Post’.

cara buat facebook ads

Setelah selesai kesemua 8 Step Cara Buat Facebook Page Untuk Bisnes Online yang telah kami kongsikan ini, kini telah berjaya membuat sebuah facebook page untuk bisnes online anda. Diharap perkongsian kami pada kali ini dapat membantu mereka yang baru ingin belajar buat facebook page untuk bisnes online, jangan lupa untuk kongsikan ilmu ini agar kita semua dapat memperoleh manfaat bersama!

Seterusnya, sebagai penutup.

Selepas anda dah selesai buat Facebook Page, ianya tak harus berhenti setakat itu. Langkah selepas ini yang anda perlu lakukan ialah, membawa masuk trafik atau pengunjung ke Facebook Page tersebut untuk dapat melihat posting berkenaan tawaran atau promosi yang dilakukan. Untuk itu anda perlu tahu tentang cara buat Facebook Ads yang berkesan. Belajar cara bagaimana anda boleh mendapatkan pelanggan melalui Facebook Ads.

This Post Has 2 Comments

  1. Ayunie

    Hi,
    Please teach me

    1. Eskay

      Hi… Teach about which part?

Leave a Reply

Share This Post